Tuesday, 1 December 2009

Jangan marah

Bila ada orang buat saya sakit hati,saya berharap saya tak kan marah dia kembali.Saya tak kan bersedih,menyebabkan insan2 di sekeliling saya turut terkena tempiasnya.

Jangan marah orang yang menyakiti hati kamu kerana dia mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih sabar :)

Bila ada orang buat tak tahu dengan saya,saya berharap saya tak kan berputus asa

Jangan marah orang yang buat tak tahu dengan kamu kerana dia pasti ada sebabnya yang tersendiri

Bila ada orang tengking saya,saya berharap saya tak kan terkejut dan seterusnya menitiskan air mata.Saya mahu jantung saya sentiasa rileks =D

Jangan marah orang yang tengking kamu kerana mungkin kamu ada berbuat salah yang kadang2 kamu sendiri tak sedar

Oleh sebab itu,belajarlah untuk bersabar
ikhlaskan hati kerana ALLAH
Jangan bersedih lagi biar apa pun mereka buat
big girl should be strong ;)


0 Kata-kata hikmah: