Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Tadi baru selesai SC gabungan untuk junior2 blok E.SC gabungan dibuat bersempena Maal Hijrah dan untuk memperkenalkan sistem terbaru Smart Circle. (tadi sahabat2 SC saya menukar nama smart circle kepada sharing & caring,hehe.best jugak kan?) Sistem terbaru SC pun memang memerlukan kami untuk membuat SC gabungan sebulan 2 kali.

Bercakap pasal maal hijrah mesti kita akan terkenangkan penghijrahan nabi dan umat islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah.Betul tak?Tapi untuk kita sekarang ni hijrah bermaksud perubahan dari buruk kepada yang baik dan insyaALLAH yang baik kepada yang lebih baik.

Teringat saya pada kisah saidina Umar Al-Khatab.Seorang pahlawan yang gagah berani.Umat Islam sepatutnya berhijrah ke Habsyah tapi selepas mendapat berita Umar telah memeluk Islam maka semuanya berpatah balik ke Kota Mekah untuk meraikan 'kemenangan' tersebut.Kemenangan ini bermaksud Umar akan membela agama Islam kelak.

Saya tertarik dengan satu kisah khalifah kedua khulafa' ar-rasyidin ini.Pernah suatu ketika Umar sedang makan buah tamar kemudian Umar ketawa dan selepas itu bersedih.Seorang sahabat bertanya kenapa Umar berkelakuan sedemikian dan Umar menjawap,dia ketawa kerana mengenang kembali dahulunya dia menggunakan buah tamar untuk membuat berhala dan menyembahnya.Umar bersedih pula kerana teringat akan kisahnya membunuh anak perempuan nya sendiri.

Lihatlah Umar.Dari seorang yang garang dan tegas berubah menjadi seorang yang berhati lembut setelah memeluk Islam.Semoga kita juga diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.Membentuk diri yang lebih sempurna.

SALAM MAAL HIJRAH buat semua (^_^) Jangan biarkan azam kita berlalu seperti angin

'YA ALLAH,berikan aku cahaya Mu'

1 Kata-kata hikmah:

Muaz Faris said...

menarik blog.. jemput ke blog saya pula.