Monday, 27 December 2010

LIFE-Love Islam For Eternity

LIFE gabungan



LIFE sesi 2-Mahasiswa


LIFE sesi ke 3-Mahasiswi

  1. Yuran pendaftaran bagi setiap peserta adalah sebanyak LE4 (untuk LIFE Gabungan).
  2. Makanan hanya disediakan semasa "LIFE" Gabungan kepada peserta yang berdaftar. Klik sini -->
    Syarat-syarat pertandingan dan Borang Penyertaan secara online
  3. PRINCESS HOUR adalah terbuka kepada semua mahasiswi Perubatan Cawangan Mansurah (tidak perlu yuran dan pendaftaran).

Ok,kengkawan.jom la join LIFE.Sedihnya xdapat nak join sepenuhnya sebab exam 1 Jan.Huhu.Tak leh masuk pertandingan kegemaran saya.hekhek.Takpela,saya tetap sokong program ni.Jom Jom Jom ;)

Friday, 24 December 2010

Sunnatullah,berdakwah itu memang susah.

Saturday, 18 December 2010

Bahasa hati

Aku ingin mencari bahasa yang paling indah di dunia untuk aku ciptakan satu puisi.
Mungkinkah aku bisa mengambil bahasa di langit?
Namun,adakalanya bahasa juga belum mampu untuk merungkai bicara hati ini.


***************************


Terima kasih Tuhan
Gembira masih dapat ku kecap
Sedih masih singgah dalam hidup ku
Luka pernah ku rasa
Bahagia sentiasa ada
Biar apa jua rasanya,bertuahnya aku merasa nikmat Mu
Beruntung aku diuji

Di saat bergelak ketawa
Pintu hati diketuk
Terjaga sebentar dari dunia
Namun ketawa itu lebih berbisa
Menghijab antara yang nyata dan ghaib
Persis si buta

Lemas dengan nikmat dunia
Rimas menepis godaan
Hati berteriak hebat
'Ini jihad ku,ini jihad ku'

Percaya,
Tuhan sedang mendengar pada ku
Tuhan sedang melihat pada ku...

Aku akan terus berharap
Biar bahasa hati ini terus kekal
Mengukir cinta antara aku dan Tuhan ku
demi bahagia di sana


-PUISI INI ANTARA MANUSIA DENGAN TUHAN,BUKAN MANUSIA DENGAN MANUSIA.KECEWA ANDAI ADA YANG TERSILAP FAHAM -__-


p/s:Semoga keluarga sihat2 saje di Malaysia juga buat adik di Morocco.Kak Ngah sedang merindui kalian semua.



Tuesday, 14 December 2010

GHURABA'




Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”

Sunday, 12 December 2010

Di sini aku bermula....

Assalamualaikum~

Alhamdulillah,tadi telah selesai mesyuarat pertama Unit Pembangunan Insan(UPI).Banyak perancangan mahu pun cadangan,semoga Allah memudahkan segala gerak kerja.Kita merancang,tapi Allah jua lah sebaik-baik perancang.



'Siti dah kembali ke tempat asal tapi dibawah ketua yang baru',kata Kak Milah,penolong UPI sesi 08/09.Di dalam UPI inilah saya mula mengenali PCM.Setelah menjadi exco untuk sesi 09/10 kini saya kembali ke dalam UPI sesi 10/11 dengan harapan saya dapat memberikan yang lebih baik buat UPI dan semua.Terima kasih kepada yang memberikan saya peluang untuk berada di dalam persatuan ini.Terima kasih juga kepada 'insan' yang berpesan kepada saya jangan buat keputusan sebab orang lain.Orang kata,pengalaman mematangkan kita.Harap-harap itu lah yang berlaku kepada saya.

Tetiba rindu pada geng2 mesyuarat PSMB.12 kali mesyuarat,kalah meeting exco :P


'Meeting is a part of our tarbiyah'.


Selalu saya dengar orang tak suka bermesyuarat katanya sebab terlalu lama.Tapi adakah pernah kita fikir selama mana kita duduk bersila dalam mesyuarat itu apa yang kita dapat.Mustahil tiada langsung manfaat yang kita peroleh walau secebis.Kerana itu saya berpegang pada 'mesyuarat itu adalah sebahagian daripada pendidikan' buat kita.Jangan kata semua butir bicara mereka yang terlibat langsung tak bermakna.

Ingin saya petik kata-kata Kak didi semasa mesyuarat tadi,

Ada 3 masa bg pelajar seperti kita.
1.Masa utk belajar
2.Masa utk berhibur
3.Masa utk bekerja/bermasyarakat.
Jangan korbankan masa belajar utk bekerja sebaliknya korbankan lah masa hiburan kita.Berhibur itu perlu tapi jangan melebih-lebih.
*lebih kurang la ni*


Ini juga adalah medan untuk kita lebih kenal siapa diri kita dan siapa mereka yang bekerja bersama-sama kita.Selamat berkenalan dan bekerja kepada semua AJK UPI! (^__^)

P/S:
*Esok saya ada test Dental material.Doakan!
*Sayang nk lepas wartawan UPP,tapi saya tahu...inilah yang terbaik,InsyaAllah.Mintak maap Zaki dan Farah.huhu.
*Bagi sesiapa (ikhwah dan akhowat) yang berminat nak jadi AJK UPI boleh hubungi ketua dan penolong saya.




Saturday, 11 December 2010

Make me strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

KLIK DI SINI untuk dengar dan download

Lirik lagu ini sangat best~Menusuk ke hati.Moga-moga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan.

Friday, 10 December 2010

(^_^)




Mencari ilham dengan ketenangan.Bukan kah alam ciptaan Allah itu ternyata mendekatkan kita kepada NYA.SubhanAllah.

*Teringin ke Europe suatu hari nanti untuk melihat tulip.Kredit utk Arfa.Gambar yg cantik~Nak buat taman bunga sendiri boleh x?huhu

Tuesday, 7 December 2010

Bayi kecil itu....


Bayi kecil itu bersendirian bersama insan yang asing dari sisinya
Lenanya seperti terganggu
Sekejap matanya dibuka
Sekejap dahinya berkerut-kerut
Mungkin dodoian yang dirasa tidak setenang seperti biasa
Mungkin suasana di sekeliling ini tidak senyaman kamarnya

Dia mungkin tidak memahami
Tapi inilah PENGORBANAN

'Ummi dan abi,semoga anak mu ini sentiasa menjadi penawar duka lara mu di saat dikau penat berjuang.Semoga kerinduan ini akan menguatkan lagi hati mu untuk terus bertahan'

Benarlah,bayi kecil itu sangat suci wajahnya
tiada langsung terpalit dosa
Bisa meruntun jiwa ini.


MOHAMMAD THORIQ ZIYAD :)
Semoga membesar dengan sihat dan menjadi pejuang di jalan Allah,meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah.Jangan nakal-nakal,kesian ummi dengan abi ;)

Ziyad sedang tidur,menunggu ummi abi nya pulang dari berjuang dan saya berjaya menghasilkan satu puisi yg entah pape.Ziyad menggugat jiwa acik ct.hikhik.Ziyad~cepat2 besar deh!~

Sunday, 5 December 2010

Hati dan semangat

Lakukan sesuatu dengan hati ataupun dengan semangat semata-mata berbeza impaknya.

Dengan hati,
pergantungan pada Allah adalah segala-galanya,
hasilnya pasti lebih indah,
saat berjuang pasti benar-benar akan dirindui.

'Titisan air mata nya bukti cintanya pada perjuangan'


Dengan semangat,
pudar semangatnya maka hilanglah usahanya,
mungkin hasilnya berjaya
namun adakah saat berjuang akan benar-benar dirindui.


Aku memerlukan kedua-duanya......


Thursday, 2 December 2010

Kembali


Ada jiwa yang sedang menangis,

Merindui Tuhan nya,

Ada jiwa yang sedang merintih,

Ingin merindui Tuhan nya,

Segenap sukma nya terasa kosong,

Di mana kalimah cinta Tuhan nya?

~ ~ ~ ~ ~ ~

Salji putih itu kini menjadi semakin hitam,

Kembali kan kesuciannya,

Kembali lah kepada Pencipta mu.


Katakanlah,'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dia lah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang'

AZ-ZUMAR:53



Monday, 29 November 2010

Bahasa mencerminkan diri

Facebook sebenarnya sangat memberikan manfaat kepada kita semua-itu sekiranya kita pandai menggunakan segala kemudahan yang diberikan sebaliknya kalau tak reti,tak tahu,tak manfaatkan maka buruklah jadinya.

Salah satu keburukan yang selalu terjadi adalah manusia itu sendiri,si empunya facebook selalu menulis status-status yang menggunakan bahasa yang tidak elok,mencarut,memaki hamun orang lain.Come on people!Itu semua hanya menambahkan aib anda semua.Nak tunjuk marah boleh,sebab itu hak kita tapi ingin saya tekankan sekali lagi 'TAK PERLU LAH NAK GUNA BAHASA YANG MENCARUT@KASAR'.

Bagi saya sendiri,melalui status-status itu juga kita akan dinilai oleh friends yang ada sesetengahnya mencecah 2000.Suka ek kalau orang pandang kita dengan rasa yang tidak selesa?Fikir-fikirlah sendiri.So,beware and mind your languange~

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Bicara kata oleh in-team
*************************

p/s:Jangan cakap BERAPI,tapi kerja BERHABUK

Saturday, 27 November 2010

Keputusan

Alhamdulillah,setelah hampir 2 jam menunggu berakhir lah satu penantian.Penantian kepada satu permulaan yang baru.Moga-moga kita semua dapat menerima segala keputusan dengan redha.Berlapang dada dan bersangka baik lah terhadap apa jua perancangan ALLAH.

Keputusan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Perubatan Cawangan Mansurah

Exco Akhowat

1.fatimah bt mohd fauzi
2.nurul afifah bt alias
3.wan syaida bt wan zakkhry
4.farah hamizah bt kamran
5.nurul fadhilla amni bt raidi
6.nurul 'adilah shuhardi
7.najwa mohamad hamdan

Exco Ikhwah

1.muhamad arif bin mamat noor
2.mohammad iskandar bin sa'uadi
3.ahmad sahli mahzuz bin ismail
4.muhammad zaki bin zainal abidin
5.mohd aliffitri bin alias
6.mohamed nasarudeen bin abdul hamed
7.wan mohamed hanif bin wan osman
8.muhammad hanif bin mahamud


Timbalan Pengerusi 2

Qatrunnada Mohd Farid


PENGERUSI PCM sesi 10/11

Ahmad Azizi Mohd Jusoh


Tahniah dan takziah buat barisan kepimpinan baru PCM.Selamat menjalankan tugas.Semoga kita semua sebagai ahli perubatan tidak akan meninggalkan para pemimpin kita.Jangan hanya lantang bersuara dan bersorak ketika berkempen!Sama-sama lah saling melengkapi :)

p/s:maaf tak tulis jumlah undi yg dimenangi...nanti tunggu update dari JPC ye ;)



Thursday, 25 November 2010

Pengerusi VS Exco

Gerak kerja pengerusi dan exco-exco unit sangat berbeza sebenarnya.

Kerja-kerja untuk memikirkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PCM pada sesi kepimpinan anda adalah lebih merujuk kepada gerak kerja dan bidang tugas exco setiap unit.

Pelaksanaan atau pembatalan sesuatu program dan aktiviti itu adalah berdasarkan kemantapan dan jentera bekerja dalam unit tersebut. Keputusan ini diambil setelah penelitian terhadap kualiti dan keberkesananannya difikirkan bersama diantara pengerusi, barisan majlis tertinggi dan sahabat sebaris dengan kalian dalam tampuk kepimpinan.

Oleh hal yang demikian, untuk pembaharuan, pembatalan dan idea mewujudkan aktiviti yang baru itu lebih kepada gerak kerja seorang exco sebenarnya.

Bagaimana dengan pengerusi?? Tidak berperanankah dalam hal ini?

Mereka lebih tertumpu kepada perkara dasar.

Maksudnya bagaimana??

Individu bergelar pengerusi perlu berfikir perkara dasar persatuan yang mana perkara dasar ini perlu diterapkan dalam setiap gerak kerja unit agar dapat menghasilkan sinergi yang mantap bagi mengukuhkan persatuan PERUBATAN yang kita dokongi ini.

Sebagai contoh:

Dasar kebajikan : maka setiap unit perlu merancang aktiviti yang mampu memberi kebajikan yang maksimum kepada ahli. Kebajikan tidak tertumpu kepada unit kebajikan semata-mata; seperti menghulurkan sumbangan TKS, menziarahi ahli sakit dan membantu pengurusan ke lapangan terbang sahaja. Keperluan ahli dalam akademik, kerohaniaan, sosial dan hiburan juga dikira sebagai kebajikan kepada ahli.

Maka, kualiti setiap aktiviti yang dijalankan itu perlulah diteliti semula. Adakah ia masih relevan dilaksanakan ataupun tidak berdasarkan keberkesanan terhadap ahli yang kita sama-sama maklum mempunyai kekangan masa yang tinggi dalm kehidupan selaku pelajar perubatan.

Lalu, pengkualitian yang akan dilaksanakan lebih banyak tertumpu kepada mereka yang pernah melalui saat-saat percubaan program baru dilaksanakan. Jelas di sini PENGALAMAN secara langsung dalam gerak kerja sesi lalu lebih membantu menguatkan persatuan ini.

Sekali lagi di tegaskan,tugas pengerusi adalah berfikir perkara dasar persatuan. Pembawakan dasar persatuan pada sesi anda akan memberi idea kepada unit-unit dibawah kalian untuk berfikir aktiviti tahunan masing-masing. Samada perlu meneruskan aktivit lama ataupun tidak, dan pengerusi bertindak berfikir bersama exco-exco unit terhadap kualiti aktiviti sesi lepas dan objektif program baru yang bakal dilaksanakan, adakah ia bakal merealisasikan dasar dan pembawakan PCM pada sesi anda.

DASAR dan PEMBAWAKAN

Perkara dasar ini pula bukanlah satu perkara mudah. Dasar juga boleh dikatakan pembawakan dalam persatuan.

Tahun demi tahun, wajah-wajah pengerusi PCM berubah. Pembawakan juga berbeza, pelbagai pembaharuan yang cuba dilaksanakan dan dari sesi ke sesi. Saya dapat merasai perbezaan itu.

Berfikir perkara dasar dapat dihasilkan dengan memerhatikan pembawakan barisan pimpinan pada sesi lalu yang belum mampu dipraktikkan oleh pemimpin lepas dan perlu diperkasakan pada sesi pimpinan kalian.

Sekali lagi, perlu saya nyatakan, pada mereka yang bakal bergelar Pengerusi ;PENGALAMAN semasa berada dalam barisan exco LEBIH MAMPU DAN TEPAT dalam memerhati keadaan pada barisan exco( yang mana mereka ini turut sama berfikir untuk gerak kerja unit lain sebelum ini) dan keadaan ahli agar mampu mencerna idea untuk menghasilkan perkara dasar dan pembawakan pada sesi kalian.

Kehadiran penasihat dan exco kekal adalahuntuk membantu tugas pengerusi. Mereka juga punya portfolio tersendiri yang perlu difikirkan. Maka seorang pengerusi itu mestilah berkelayakan dan mengetahui bidang tugasnya yang sebenar. Dan kehadiran sahabat sebaris dengan anda adalah untuk membantu urusan sampingan anda, bukan melaksanakan tugas utama anda.

BERPRINSIP DALAM BEKERJA

Prinsip dan dasar SEOLAH-OLAH perkara yang sama, hakikatnya punya perbezaan.

Prinsip adalah tunjang kekuatan persatuan.

Apa yang perlu ada dalam jiwa seorang pengerusi ini adalah berprinsip dalam berpersatuan.

Apakah prinsip seorang yang mengakui dirinya Islam?

Jawapannya :Rukun Islam dan Iman, maka berpegang pada prinsip ini boleh memandu kita untuk meletakkan batas-batas perbuatan yang boleh dilaksanakan mahupun tidak.

Perumpamaanya begitu dalam berpersatuan.

Berprinsip dalam gerak kerja adalah 'guideline' kepada kita apakah perkara yang boleh dilaksanakan dan tidak boleh dilaksanakan untuk menjamin survival PERUBATAN 10 tahun akan datang atau lebih dari itu. Prinsip ini bukanlah pembawakan prinsip peribadi ke dalam persatuan, tetapi ia adalah prinsip persatuan yang mutlak dimana ia perlu diguna pakai dalam sebarang gerak kerja.

Prinsip inilah yang mampu memandu seorang ketua pimpinan untuk mengambil tindakan dan keputusan yang mungkin boleh dipengaruhi oleh pihak lain yang cuba mendapatkan keuntungan dari kalian tetapi sebenarnya memberi kemudaratan kepada persatuan PERUBATAN yang kita dokongi dan sayangi selama ini. Berprinsip dalam gerak kerja persatuan membolehkan anda mengambil keputusan yang boleh menguatkan dan mengukuhkan persatuan PERUBATAN Cawangan Mansurah ini.

Di sini lah berlaku sedikit salah faham dengan mengatakan pembawakan setiap pengerusi itu sama sahaja setiap tahun. Hakikatnya berbeza, tahun demi tahun terdapat pelbagai masalah yang perlu diselesaikan menyebabkan cara pembawakan sestiap sesi itu pastinya berubah.

Apa yang dilihat tidak dapat diubah itu adalah BERPRINSIP dalam persatuan kerana berfikir untuk PERUBATAN untuk jangka masa yang panjang walau pengerusi persatuan ini telah kembali ke tanah air, tetapi ia masih relevan untuk generasi baru akan datang. Mungkin juga cucu atau cicit kepada pengerusi bakal menjadi peneraju PCM suatu hari nanti!!

Berfikirlah wahai kedua-dua calon pengerusi dan semua calon exco yang saya hormati, anda masih belum dibebankan dengan amanah ini. Setiap langkahan adalah langkahan bernilai buat kami.

Buat seluruh ahli PCM, berfikir sejenak sebelum mengundi.

Perkongsian ini adalah sedikit perkongsian PENGALAMAN yang di alami.

Wallahu 'alam.

Aku yang menyayangi PCM,

Syamilah Mohamad

PERUBATAN punya identity tersendiri

Tuesday, 23 November 2010

Surat Untuk Calon Pengerusi

Di saat aku memegang papan kekunci, hati ini benar-benar ingin kalian tahu.

Dengarkan apa yang ingin kutulis, buat renungan hati-hati yang bakal kami taati.

Antara kalian adalah bakal pemimpin.

Pemimpin itu pendakwah.

Pendakwah itu pedagang.

Kami mohon, kalian bawakan barang dagangan yang berkualiti, bukan sahaja dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani.

Itulah pemimpin yang kami mahukan.

Dengan perkembangan minda mahasiswa/mahasiswi mansurah,

kata-kata yang berlebihan tidak kami mahukan.

Kerana kami mahukan gerak kerja dan tindakan yang lebih berkesan.

Lebih berkesan dari kepimpinan yang lepas.

Itulah yang kami mahukan.

Jangan wahai calon pengerusiku sayang,

kalian dibuai kepercayaan bahawa apa yang ada pada kalian itulah yang kami mahukan.

Tanpa kalian bertanya apa yang kami harapkan.

Kami mahukan kecemerlangan akademik.

Tapi kami tak mahukan akademik kami menang,

namun budaya hidup kami terumbang.

Kami sangat takut, suasana biah solehah akan hilang.

Percayalah wahai calon pengerusi,

memberi kepada pada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri.

Kami hati-hati yang bakal mentaati,

amat-amat menghargai walau kadang tiada ungkapan terima kasih didengari.

Kami harap kalian sedar bahawa kelebihan yang dikurniakan pada kalian untuk memimpin kami adalah satu amanah dari ilahi yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami.

Jika kalian gagal memikul tanggungjawab ini,

kalian mengkhianati undi kami,

kalian mengkhianati amanah dari ilahi.

Tapi kami yakin dan kami percaya,

kalian memiliki kelebihan yang tidak semua dalam kalangan kami miliki.

Iaitu hati yang sentiasa mengingati rabbi.

Semoga allah sentiasa merahmati kalian.

Oleh itu wahai calon pengerusi ku sayang,

berhati-hatilah dalam membawa jentera lori PCM ini,

agar tidak pancit di tengah jalan.

Tidak terbalik apabila dilanggar masalah sosial yang kian membimbangkan.

Wahai calon pengerusiku sayang,

kami harap kalian tidak sesekali lari dari masalah.

Kerana kelak, jika kalian meninggalkan kami,

hancurlah persatuan yang kami sayang ini.

Kealpaan kalian bisa mengundang musibah pada kami.

Kerana kalianlah yang bakal memandu kami.

Kami akui,

Memang berat tugas ini.

Kerana kalian adalah pemimpin.

Pemimpin itu ad-daei.

Wahai calon penegrusiku sayang,

kami faham dan kami tahu,

manusia hari ini tiada yang sempurna.

Tiada manusia yang mampu memenuhi kehendak hati kami .

Hanya tuhan saja yang mempunyai segala apa yang diingini oleh kami, mahasiswa/mahasiswi universiti Mansurah

Baik kecemerlangan akademik mahupun rohani.

Cuma……………….

Satu yang kami mahu pada calon pengerusi,

iaitu, kalian sentiasa berusaha buat sebaik mungkin.

Kami tahu harapan kami ini tinggi,

sebab itu, kami mendoakan buat kalian,

siapa yang benar2 ikhlas dan berani menyahut cabran ini yang akan menjadi pengerusi

Wahai calon pengerusiku sayang,

Kami mohon kalian dapat memberikan ilmu, pimpinan, panduan dan juga kualiti, kebajikan serta kebebasan.

Yang benar,

Ahli PCM yang tidak sabar mengundi,

Kuekoci ,

Samanoudy.

P/s: surat ini juga ditujukan kepada semua calon exco, exco kekal, mentor dan menti.

Monday, 22 November 2010

Harga Sebuah Pengalaman oleh Syamilah Mohamad

Kematangan siswa/i Masurah kini sedang diasah

Satu perkembangan positif dapat dilihat dari aspek siswa/i cuba berfikir, memahami,mencerna dan mengolah keadaan masyarakat lalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penulisan demi berkempen untuk calon pilihan hati masing-masing.

Masih ada yang peduli terhadap persekitaran. Syukur Ya ALLAH.

Sistem JPC tahun ini telah mendedahkan sedikit sebanyak sistem politik tanah air sebagai persediaan untuk kita pulang ke Malaysia dan menghidupkan suasana politik bersih di Malaysia. Bahkan kita tidak ketinggalan untuk turut sama mengecapi suasana yang dialami sahabat-sahabat yang berada di kampus tanah air ketika mana mereka menghadapi pilihanraya kampus.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JPC dan seluruh warga Mansurah atas keprihatinan anda.

Merujuk kembali kepada 'title' yang tidak berapa 'hot' diatas,

Apa ada pada pengalaman??

Sekali imbas…ia hanya sebuah memori silam…kejadian-kejadian yang mengisi saat-saat dalam kehidupan sahaja sebenarnya…samaada dirancang mahupun tidak…tiada apa yang menarik untuk dibincangkan.

BENARKAH DEMIKIAN???

Difikir,direnung dan diteliti kehidupan…ku temui dan ku sedari…

sebenarnya…PENGALAMAN adalah HARGA SEBUAH KEHIDUPAN.

Pengalaman berharga akan diperoleh apabila disertai dengan pengorbanan yang tinggi.

Apabila jiwa bersedia bekorban untuk kesusahan..maka kita akan peroleh pengalaman menghadapi kesusahan.

Begitu juga jika hati bersedia berkorban untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain…maka kesusahan dan kesedihan hati sendiri tidak lagi diambil peduli. Lalu pengalaman bersusah kerana orang lain menjadi memori dalam detik kehidupan kita.

Terzahir sedikit luahan yang cuba dikongsi bersama bakal-bakal pemimpin yang akan memacu kepimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah pada sesi hadapan.

Amat sukar untuk memilih calon pengerusi yang terbaik untuk diberi kepercayaan bagi menjadi nakhoda bahtera PCM 10/11 ini. Kedua-dua calon sama hebat dan sama mantap. Pastinya semua ahli inginkan yang terbaik dari ketua kita.

Manifesto yang diketengahkan juga menjangkau pandangan yang jauh dan cuba memajukan PCM secara keseluruhan sehinggakan slogan PCM FOR ALL saban waktu meniti di ruangan shout box blogger-blogger Mansurah.

Sedikit perkongsian hati dan perasaan bersama bakal pemimpin dan seluruh ahli PCM yang di rahmati ALLAH sekalian,

YANG TENGOK vs YANG MAKAN

Kisah 3 kanak-kanak kecil yang comel

Di kedai aiskrim fayoumi,Sikah Gadidah

*A: aiskrim ni best sangat!!

*B: cane ko tahu?

*A: tengok rupa pun aku tahu

*B: yeke??aku nak try la

*C: aku nak jugak la

-lalu makanlah si comel B

Belum pun sempat comel C membelinya tiba-tiba

*B: Uwekkk…pahit amat dan teramat ni ko kata sedap

-Langsung comel C membatalkan niatnya untuk turut merasa aiskrim tu

#moralnya disini :

1. Pemerhatian sahaja tidak cukup untuk kita mengkonklusikan sesuatu perkara itu dengan lebih tepat…

Jika sekadar menjadi pemerhati, bukan penggerak dalam gerak kerja persatuan secara langsung maka seseorang itu masih belum mampu menjiwai pembawakan dan menganalisis sesuatu keadaan dengan tepat.

2. Si comel B boleh lebih meyakinkan si comel C bahawa aiskrim tu sedap mahupun tidak kerana si comel B telah merasainya.

Individu yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman dalam gerak kerja persatuan lebih diyakini untuk membawa ahli-ahli ke arah perubahan yang lebih baik kerana pengalamannya dalam melihat pembawakan pimpinan sesi lalu yang perlu ditambah baikkan.

BERFIKIR UNTUK SURVIVAL PERUBATAN

Bakal pemimpin sekalian, setiap tindak tanduk kalian adalah tunjang kepada survival PERUBATAN selama mana wujudnya pelajar perubatan di bumi Mansurah ini khususnya dan seluruh Mesir amnya.

Mungkin perkara ini kurang mendapat perhatian masyarakat dalam memilih ketua kita.

Pemimpin PCM pada setiap sesi pemerintahan akan menjalankan amanah dan tanggungjawab denagn sebaik mungkin. Mereka ini diumpamakan seperti menyusun batu bata bagi pembinaan dan pengukuhan sebuah bangunan untuk berdiri teguh dari tahun ke tahun. Pembinaan dan pengukuhan persatuan ini tidak akan berhenti umpama pembinaan bangunan kerana saban hari dan waktu, tahun dan sesi keadaan yang dialami oleh persatuan itu berbeza.

Di sinilah perlunya PENGALAMAN, KEMATANGAN DAN KEBIJAKSANAAN pemimpin yang lebih atas lebih-lebih lagi pengerusi dan timbalan pengerusi untuk memacu PERUBATAN agar survivalnya terjamin dan tidak terkubur selepas berakhirnya sesi pemerintahan anda.

Bukan mudah berfikir untuk mengambil sesuatu keputusan. Kadang kala keputusan yang diambil kelihatan tidak relevan dan merugikan PERUBATAN di mata ahli. Pada hakikatnya kerugian sekarang memberi keuntungan pada masa hadapan.

Keuntungan ketika di bawah pimpinan pengerusi Saudara Ikram Ishak tahun ini adalah hasil pelaburan bijak yang dilaksanakan oleh pengerusi PCM pada tahun sebelumnya, Saudara Izzat Md Kamal dan begitu juga kerana bijaknya Saudara Syafi seawal penubuhan cawangan PERUBATAN di Mansurah menyebabkan keuntungannya dirasai saat saudara Izzat memerintah. Maka, Pengerusi perlu berpandangan lebih jauh kehadapan seolah-olah dia akan menjadi pengerusi selama 10 tahun.

Elakkan meletakkan kepentingan diri dan menonjolkan kehebatan semasa sesi pemerintahan masing-masing tetapi pengakhirannya tidak dapat menjamin keteguhan persatuan PERUBATAN yang kita sayangi.

Maka untuk bijak membaca pasaran saham di dalam berpersatuan seperti yang diolah di atas, nilaian harga PENGALAMAN itu terlalu tinggi yang tiada siapa boleh menukar gantikan dengan mata wang…

kerana HARGA SEBUAH PENGALAMAN adalah PENGORBANAN DALAM KEHIDUPAN.

Bersambung…

Coretan ini ditujukan kepada semua bakal peneraju PCM 10/11 dan ahli PCM kerana saya masih di belakang kalian dan sayangkan persatuan PERUBATAN.

SAYANGI PERUBATAN, SAYANGI PCM!!!

Aku yang menyayangi PCM,

~Syamilah Mohamad