Monday, 11 January 2010

Ada apa dengan BIRU

Bagi saya,warna yang terindah adalah warna pelangi (^_^) pelbagai warna dan menceriakan.Tapi biru merupakan pilihan pertama saya,sama seperti mak saya.hehe.Saya mempunyai agak banyak baju kurung berwarna biru sehinggakan mak cakap,

'haishhh,asyik biru je,beli warna lain la pulak' :D HAHA,padahal mak pun suka biru'


Warna pelangi sentiasa indah :)

Pada pendapat saya sendiri biru memberikan saya ketenangan.Sekali pandang terus terpikat.Ecece macam ayat nak mengurat je.Ketenangan lah yang membuat hati rasa bahagia.

Sekarang kite tengok ada apa pada biru.


BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

Langit dan laut yang biru.Kombinasi yang melahirkan ketenangan jiwa

Warnailah hidupmu seceria warna pelangi.LIVE YOUR LIFE.Setiap yang berlaku itulah warna hidupmu. (^_^)

Saya pilih biru,awak pula bagaimana? ;)

8 Kata-kata hikmah:

~BeInIsNeIn~ said...

kalau pink??

GadisBerbajuBiru said...

pink makna nya kelembutan :)

sinar_islami said...

Sinar suka purple...
teringt sorang kawan ni yg mmg blueholic..hehe..
apa2 pun warna ciptaan Allah tu indahkan..

GadisBerbajuBiru said...

owh.suka purple ye :)

haah,apa2 pun warna ciptaan ALLAH semuanya cantik..lihat saja warna pelangi..subhanallah(^_^)

warnai hidup kita dengan pelbagai warna

Baihaqi said...

saya pilih merah hati.

org kata, merah melmbgkn berani.
tapi,ramai penakut suka warna merah..
pujuk diri utk lebih brani..

:)

GadisBerbajuBiru said...

ooohh.jadinya baihaqi ni mmg berani..bukan penakut yng suka warna merah la kan? :D

bagus2.semoga berani dlm segala kebenaran

sama2 berjuang
insyaALLAH (^_^)

Baihaqi said...

tak.haha.
saya masih penakut yg suka warna merah.

penakut utk menanggung tanggungjawab atas tanggungjawab.

slmat berjuang:)

Anonymous said...

ore suka biru jgak k.ngah...