Saturday, 9 January 2010

Aku Terima Nikahnya

'Perkahwinan kami tidak susah.Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikannya,saya hanya berpandukan fatwa hati.Dengan sedikit maklumat tentangnya,dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya,saya berpegang kepada pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan'

'Jika kita mahu yang paling sempurna,maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang,kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu,kita tidak expect sebarang kekurangan.Maka selepas berumah tangga,hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata.Terimalah seseorang seadanya.Kebaikannya disyukuri,kekurangannya diredhai'

'Kepada kumbang dan bunga,jauhilah apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanyaa itu saling membuktikan kepada ALLAH bahawa kalian berdua amat berani menderhakai ALLAH.Rumah tangga dibina bukan hanya atas dasar cinta,tetapi juga pada saling mempercayai.Jika ALLAH sudah diingkari,siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan?Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini,esok dan selamanya'

Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang,akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang.

Penulisan di atas tu saya petik daripada buku AKU TERIMA NIKAHNYA oleh Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Abu Saif.Untuk isi yang lebih banyak dan menarik sila lah beli buku tu ye.Kalau nak pinjam dengan saya pun boleh :D Nak baca kat blog ustaz pun boleh,www.saifulislam.com. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dan peringatan daripada buku tersebut,INSYAALLAH.




YA ALLAH,seandainya dia benar untuk ku maka Engkau dekatkanlah hati kami..namun seandainya dia ternyata bukan untuk ku maka Engkau jauhkan lah hati kami.....

Lambat lagi aku nak terima nikahnya............sebabnya... sebabnya... :) fikirlah sendiri kerana hanya diri mu lebih mengenali siapa kamu.


0 Kata-kata hikmah: