Saturday, 20 February 2010

DAHAB

.

DAHAB-menariknya bagi saya kerana pantai yang indah,air nya cukup jernih-biru,sangat memberi ketenangan (^_^).Kami tiba di Dahab selepas asar dan cuaca agak ok,tak panas tak sejuk.Tiada aktiviti yang ditetapkan di Dahab,rileks2 je.


Pada malam nya kami pergi makan seafood.Rasanya yang Mansurah punya lagi best.Apa2 pun alhamdulillah,kenyang :D


Cantik kan?Pasir warna-warni.Saya beli satu tapi malangnya pecah.InsyaALLAH,2 tahun lagi kesedihan akan ditebus kembali,hehe.


Keesokan paginya kami pergi naik glass boat.Oh,indah sungguh laut di sana.Cuaca pada hari tersebut sememangnya panas dan membuatkan saya agak pening2.Muka pun dah jadi merah sangat2 macam udang kena bakar.Ada orang kata kulit tak cukup pigment.HAHA.Summer dah nak datang,entah bagaimana tahun ni saya akan menghadapi summer.Kulit yang sensitif kadang2 menyukarkan aktiviti seharian saya.Tak pela,bersyukur masih diberi kesihatan dan sempurna anggota badan :)


budak comel (^_^).Rindunya pada kanak2 comel di Malaysia :D



Subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar.Bersyukur nya mempunyai deria yang sempurna.Bisa menatap,merasa,mendengar ciptaan ALLAH.

-keep thinking-

(-__-) ampunkan diri ini atas segala kelalaian dan kesilapan

Friday, 19 February 2010

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar

matahari terbit -di terusan Suez

Meneroka satu perjalanan,menyelusuri sebuah sejarah.Trip yang sepatutnya hanya 3 hari bertambah menjadi 4 hari gara-gara hujan semasa perjalanan pulang ke Mansurah yang menyebabkan banjir.Jalan terpaksa ditutup kerana air turun dari gunung dengan laju.Kebanyakan perjalanan kami hanya dihiasi dengan pemandangan gunung-ganang.Walaupun begitu,itu tetap sesuatu yang mengagumkan bukan?

Gambar-gambar dalam perjalanan saya agak tidak lengkap kerana kamera kehabisan bateri.Sungguh sadis.Apa-apa pun,insyaALLAH semuanya akan kekal dalam ingatan.



Ini adalah kubu peninggalan Israel.Kubu yang dibina dengan pasir.48 jam diperlukan untuk memusnahkan kubu ini dan ini bermakna sesiapa yang menyerang tak kan sempat untuk memusnahkan kubu tersebut sebalik nya mereka akan diserang kembali oleh tentera israel.Tapi siapa sangka,Mesir berjaya menawan kubu ini menggunakan air.Sejumlah air yang banyak.Apabila pasir bercampur air,runtuh la kan?

Seterusnya perjalanan di teruskan ke beberapa tempat lain-Uyun Musa,Hamam Firaun,Makam nabi Salleh,Saint Catherine,Makam Nabi Harun,Lembu Samiri dan Mata air 12.Makam nabi Harun dan lembu samiri sepatutnya dilawati pada hari ke 2 selepas turun dari puncak Sinai tetapi telah ditukar kerana memikirkan biasanya semua peserta agak keletihan dan mungkin sakit kaki nak jalan banyak sangat :D.Perubahan ini telah menyebabkan kami tak berkesempatan untuk ke wadi arbain kerana malam sudah mula menjelmakan dirinya.Berikutan malam nya kami akan mendaki puncak sinai,terpaksa lah pulang untuk berehat.


Bersiap sedia untuk mendaki.Semuanya kelihatan bersemangat (^_^).Baju belon yang dibawa agak menyusahkan pergerakan kami.Semasa mendaki keadaan agak panas sehinggakan terpaksa membuka baju belon tersebut.Pakai masa kat puncak je sebab angin yang sangat kuat dan sejuk.



Pemandangan gunung-ganang dari puncak Sinai.


Subhanallah,saya berjaya melihat matahari terbit dari puncak Jabal Musa.Saya adalah antara golongan yang terakhir tiba-dalam pukul 5.45 pagi.Sungguh tenang menatap keindahan ciptaan ALLAH.


ALHAMDULILLAH,kami berjaya.Kami berada di puncak Sinai.Kami berada di Jabal Musa.Sungguh penat dan lega.Cuba bayangkan bagaimana nabi Musa suatu ketika dahulu.Berjalan bersendirian,mendaki tanpa jalan yang sedia ada seperti kita pada hari ini.Tiada unta untuk ditunggang.Bukan sehari seperti kita sebaliknya berpuluh-puluh hari.Sungguh cepat saya melatah.(T_T)

Kepenatan mendaki dan menuruni puncak sinai membuat saya dah tak nak kembali ke sini.Mungkin saat itu kerana terlalu penat,perasaan bercampur baur.Saat ini saya mula berfikir,insyaALLAH saya akan ke sana lagi dengan pengetahuan yang lebih mantap.

Dalam perjalanan menuruni puncak sinai,saya terjatuh.Lutut sedikit terluka dan berdarah.2 3 hari menanggung kesakitan.Sakitnya makin terasa saat diri ingin bersujud menghadap Ilahi.Bagaimana nabi Musa ye??Hmmm...

Hampir pukul 10 pagi,perjalanan menuruni Sinai berakhir.PENAT.Pulang ke tempat penginapan,berehat sebentar dan seterusnya kami bertolak ke Dahab.

sayang

Penat.Satu perkataan yang menggambarkan diri saya saat ini.Ayah kata,mempunyai isteri dan anak2 solehah merupakan satu anugerah yang tak ternilai.Apabila penat datang menjengah,semuanya bagai berterbangan pergi saat menatap wajah mereka.Begitu juga dengan teman,betul tak?



Buat teman2,saya rindu awak semua tapi post ini saya tujukan khas buat Zulaikha Mohammad Amin kerana hanya dia tahu apa yang dia buat.huhu.Rumah yang dah makin jauh dan kelas yang tak sama tak pernah mengurangkan kerinduan saya pada ika.(Y_Y).Terharu dengan kebaikan hati mu.

Bercerita tentang kisah yang sama 2 3 kali tak pernah membuat dia jemu.Mendengar dan melayan saja kerenah saya.Saya bukan lah seorang sahabat yang reti untuk menunjukkan kasih sayang nya tapi ketahuilah ika,i love u so much ;) *mcm kekasih la pulak,=P*

Gembira kerana kamu adalah salah satu warna kehidupan ku (^_^).


Friday, 12 February 2010

------>Musyrif,Sinai

Oh entah sesuai atau tak tajuk entry ini. :D

Di saat kepenatan menjengah,emosi tunggang langgang,muka pun berkerut2-kembali berfikir dan ingat,IKHLAS kan hati bekerja kerana ALLAH demi mendapat balasan di sana.


ALHAMDULILLAH,taklimat untuk SINAI berjalan dengan lancar walaupun bermula agak lambat dan kesudahannya berakhir semestinya lambat juga :D.Musyrif oh musyrif.Ramai yang tiada di Mansurah maka kerja mencari musyrif agak kelam kabut.Maaf atas keterlambatan dan kekurangan yang terjadi.



Kebelakangan ini banyak saja kerja yang memerlukan musyrif.Apabila berkaitan musyrif pasti saya jadi macam....'adeh,nak ambil sape jadi musyrif ni (T_T)'.Kadang2 sedaya upaya untuk elakkan kerja sehingga malam demi mengelakkan penggunaan musyrif.hoho.Tapi kita hanya merancang,ALLAH yang tentukan.Hmmm,tapi ramai je musyrif kat Mansurah ni yang baik hati :D ngehehe.Jadi akhowat sekalian,gunalah musyrif pada malam hari untuk menjamin keselamatan anda.Kalau tak de kerja penting malam2 tu tak payah la keluar.Kita cuba selesaikan pada waktu CERAH.hihi.Tapi nak keluar jalan2 kat sungai Nil boleh tak???Teringin nya nak naik cruise (-_-)


Oh kenapa malam itu indah tapi merbahaya ~~

heroes ;)


Rindunya pada hero2 saya.Doakan adik saya dapat belajar kat Timur Tengah ye.Nanti suruh die je jadi musyrif saya.haha.Lepas tu senang nak g umrah,tak payah kahwin lagi pun tak pe.hehe


Dari sekolah rendah hinggalah berumur 17 tahun,saya langsung tak pernah menyertai sebarang lawatan ke luar Kelantan sebabnya ayah tak bagi.TERIMA KASIH ayah kerana dengan senangnya membenarkan kak ngah pergi ke Sinai *sungguh terkejut*.Suasana dan keadaan mengubah segalanya (^_^).Esok, satu perjalanan akan bermula.Doakan segalanya berjalan dengan lancar,semoga perjalanan kami dilindungi ALLAH bersama keberkatan dan keredhaanNYA.


Bisakah aku mencari kekuatan seperti Nabi Musa.........................?




Thursday, 11 February 2010

Kerana mu Le Tour De Sinai

~tajuknya memang tak boleh blah,haha

ALHAMDULILLAH,seharian berada di Kaherah sangat memenatkan.Hampir tengah malam baru kami sampai di Mansurah.Terima kasih kepada musyrif yang baik hati.Semalam sepertinya tajuk bagi perjalanan kami adalah 'PENANTIAN'.Dari pagi menunggu bas,kemudian di pejabat kedutaan menunggu semua pegawai yang ditakdirkan bermesyuarat di ARMA,menunggu teksi,menunggu dan menunggu dan terus menunggu segala2 nya.*macam over je,hehe*


penantian itu satu penyeksaan tapi bersama kesabaran pasti akan ada kepuasan walaupun mungkin hanya secebis, kerana sabar itu indah ;)


Semangat kami untuk menunggu pegawai kedutaan berbaloi apabila akhirnya En.Zainuddin dan Pn.Latifah datang semula ke pejabat mereka selepas bermesyuarat.5 jam menunggu.Aaahhh,sangat menguji kesabaran.Oh,tandatangan mereka dan cop kedutaan sangat lah berharga :D.Doakan semoga segala persiapan untuk ke Sinai berjalan dengan lancar.


Satu perkara yang pasti semalam adalah-saya sangat menyukai mansurah berbanding kaherah.Kaherah merupakan bandar yang sibuk dan sangat BISING,adehhhh sakit telinga.Tambang teksi sangatlah jauh berbeza dengan mansurah dan kalau nak naik bas.huh..berhimpit2 macam.....apa ye?roti sardin ek?apa2 jela yang pasti semuanya sangat menyeksakan (T_T).Tapi memang la tak boleh nak dibandingkan dengan Mansurah.Sini kampung biasa2 je.Jadi kat mana2 pun kita,bersyukur lah atas nikmatNYA.Setiap tempat punya kelebihannya yang tersendiri.



Ok,nak buat satu pengumuman :D.Perhatian kepada semua peserta Le Tour De Sinai,insyaALLAH pada hari ini-11FEB2010,akan diadakan satu taklimat ringkas berkaitan program ini pada pukul 3.30 petang.Diminta kepada semua peserta untuk membawa satu salinan passport muka hadapan dan bahagian cop visa.Mana2 peserta yang masih belum membayar yuran boleh lah membuat bayaran pada hari ini.Semoga anda dapat menghadirkan diri :)



Ketua saya kata sangat sejuk kat sana,bawak baju tebal banyak2 ye (^_^)

Terima kasih kepada semua ajk SINAI dan musyrif2 yang dah disusahkan oleh saya selepas taklimat tadi *pelik je ayat,haha*.Mencabar sungguh nak cari musyrif untuk akhowat2 sekalian. :D,TERIMA KASIH BANYAK2 (^_^)

Tuesday, 9 February 2010

:)

Mat Jenin Ke Hutan Bawa Nasi Ulam ;)

inilah kehidupan,be happy (^_^)


"When we want to talk to Allah,we pray and says prayers. When we want to hear Allah talk to us,we read the Quran"


'and verily after each difficulty there's a relief'


"life is all about risks and it requires you to jump"


..ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram,AR-RA'D:28


~5 tahun 5 bulan,HLOVATE~

Monday, 8 February 2010

wordS


i'll lose in the moon,stars,sky,wind,sun,world

i choose to lose and it is my choice
i am strong enough to make the decision
really?

what is the meaning of LOSE here?
you read,then you decide it
:)

Sunday, 7 February 2010

Melangkah ke alam baru

“TIPU DOSA”

Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut saya selepas kak kiki memberitahu yang dia akan bertunang.Sejurus selepas itu terus dia beritahu yang perkahwinan mereka akan berlangsung dalam cuti winter break ni.Errrkk,I can’t believe it .Macam2 soalan saya tanya. *tengah excited*


Pada awalnya kami sedang bergurau tentang pemakaian cincin di Mesir.Orang kata kalau pakai cincin tu maknanya dah berpunya.Tak semestinya la,saya pakai sebab mak suruh pakai ;).Ada sesetengahnya sebab memang suka pakai dan macam2 sebab boleh ada.Saya cakap la kak kiki ni tak nak pakai cincin sebab takut orang kata dia dah berpunya ,hehe.Tapi hari tersebut kak kiki pakai cincin dan terkejut habis saya mendengar perkhabaran yang indah itu. *ayat xleh blah*


KAK KIKI,terima kasih sebab menjadikan saya antara golongan terawal yang tahu.Im happy for you (^_^).Hakikatnya sedih juga sebab lepas ni rasa seperti sedikit terbatas la kot..yela, orang tu dah jadi isteri.HEHE.Tapi kalau saya belanja makan mesti nak keluar kan?kan? :D


Cakap pasal kahwin ni teringat pada pesanan dan kata2 ayah saya,


“Lelaki ni,sebelum kahwin ke selepas kahwin segala2nya adalah mak dia.. tapi bagi perempuan selepas kahwin segala2 nya adalah suami dia”


“Ayah kalau boleh nak suruh 2 orang anak perempuan ayah ni cepat2 kahwin.Kalau ada anak lelaki 5 orang dan perempuan 2 orang,nak jaga perempuan yang 2 tu lagi susah sebenarnya.Bila dah kahwin lega la sikit,suami pulak yang jaga” *tapi hero kami ada 3 je,hehe*


Tapi sebab nak belajar,tu ayah tak bagi kahwin lagi.kan?kan? Kita hanya merancang tapi ketentuannya tetap di tangan ALLAH. *bajet macam nak kahwin tak lama lagi haha*


Nabi bersabda:Sesiapa yang mempunyai 3 orang saudara perempuan,2 orang anak perempuan atau 2 orang saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yang baik pada mereka,mengelokkan hubungan dengan mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga (HR Abu Daud,Tarmizi dll)


Ayah juga pernah bertanya pada saya dan kak long,


“Kalau masa tu ada suami dan mak kamu,lepas tu kedua2 nya minta nak air.Kamu kena bagi kat sape dulu air tu?”


Kami pun jawap la,


“suami”


Adeh la,teringat balik rasa macam kelakar je ayah cakap macam tu walaupun masa tu saya masih lagi kebudak-budakan .Tapi itulah yang sepatutnya,beritahu supaya kami tahu.Terima kasih ayah.INSYAALLAH kak ngah akan cuba yang terbaik untuk jadi isteri solehah *blushing *


Sekarang jom kita usha2 gambar perkahwinan mereka.Majlis akad nikah berlangsung di masjid kat ARMA (saya pun tak tahu nama masjid tuh,hehe)

Pengantin tengah berdebar menunggu bakal suami tiba dari Mansurah :).Masa ni kami ada dalam bilik tetamu.


Ini dia pengantin lelaki.Mesti cuak kan?Saya dengar orang kata,bagi lelaki saat ni lah saat yang paling mendebarkan dalam hidup.yeke? :D jawap2


Saat menunggu lafaz.Mesti berdebar2 tahap paling tinggi :D Saya yang tengok pun dup dap dup dap.haha.


SAH? sah...(^_^),Alhamdulillah,majlis akad nikah di ARMA tadi berjalan dengan lancar walaupun lafaz nikah terpaksa diulang sebanyak 3 kali.Sebelum lafaz yang betul pengantin lelaki dan tok kadi kiranya macam buat rehersal la.Masa tu pun dah tersasul2. :-P Ustaz Kadir tersilap cakap mas kahwin nya sebanyak 200 pound STERLING,huhu.


Solat sunat setelah sah menjadi suami isteri


Cincin kahwin :)


IMTIYAZ,kini bertiga


Pasangan bahagia :).Semoga kekal hingga ke akhir hayat,insyaALLAH


Semoga berbahagia. Usah mencari yang terbaik,sebaliknya berubahlah menjadi yang terbaik agar memperoleh yang terbaik.Jaga diri elok2 wahai kumbang2 dan bunga2 di luar sana (^_^) ahaaa,lagi satu ..tak salah kiranya ‘perigi cari timba’ dulu tapi biarlah mengikut cara yang betul,yang tersilap langkah sama2 lah muhasabah .Setiap orang mengharapkan yang terbaik kerana berkahwin itu bukan sehari atau seminggu tetapi sehingga ke akhir hayat ;)

---->Semakin bertambah pasangan berkahwin di mansurah..haaa,awak tu bila lagi?? (^_~)



Saturday, 6 February 2010

Rehat sebentar

Minggu ini dan minggu seterusnya -winter break- saya agak 'bbolok' huhu.Dalam kesibukan yang melanda sempat lagi saya curi2 masa untuk menulis.Menulis dapat merehatkan diri saya dan kadang kala membuat saya sedar serta berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling.

Housemates mula berkurangan.Seorang ke UK,seorang ke Spain,seorang ke Sinai,esok saya akan ke Cairo dan seorang lagi bersendirian kat rumah.Semuanya berpisah (Y_Y).

Kata2 hana sering datang dalam fikiran saya - tak cukup kasih sayang ni,selalu keluar *sweet mek na ni* ;).Kalau tak de kerja tak keluar nya,huhu.Hana,semoga selamat sampai ke Sinai dan dapat jumpa salji.Orang yang pergi Spain dan UK tu pun,semoga selamat tiba kat destinasi.Awak kat rumah tu,jangan sedih2 (^_^) jaga diri elok2.

Untuk kakyu,terima kasih sebab turun Mansurah dalam misi mu mencari secebis cinta :).I am your new love.weeee~~

If I don't love you the way you want me to, it doesn't mean I don't love you with all I have.
*amek balik ayat kakyu,hehe*

Terima kasih kepada semua teman yang banyak membantu..siapalah saya andai tiada kalian..

Senyum ketika susah tanda ketabahan - kak cik (^_^)

Kadang2 orang tengok kita seperti tabah dan kuat,tapi rahsia dalam hati tak siapa yang tahu ;)

Thursday, 4 February 2010

LE TOUR DE SINAI


ASSALAMUALAIKUM Kepada mahasiswi2 Mansurah sekalian,Le Tour De Sinai datang lagi ~~ Pelbagai aktiviti dan tempat2 menarik menanti anda.


ANTARA TEMPAT YANG BAKAL DILAWATI:
Uyun Musa
Saint Catherine
Kubu Peninggalan Israel
Hamam Firaun
Perkampungan Kaum Nabi Ilias A.S
Dahab
Kubu Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi tempat2 yang akan dilawati dan dilewati *berbeza ye perkataan itu :D*


Masih ada 7 lagi kekosongan untuk diisi.TUJUH SAHAJA!! Cepat2,jadi lah peserta ke 7 terakhir yang bertuah.Semoga diberi pertolongan oleh ALLAH kerana membantu UNISAL (^_^).Ikhlaskan hati berjalan2 di muka bumi ALLAH kerana NYA.


BERJALAN-MELIHAT-MENTAFSIR


Tahun ni dengar kata Sinai turun salji.Apa lagi..JOM LA pergi beramai2..nak tunggu tahun depan belum tentu bertuah macam tahun ni.hehe. KLIK DI SINI.


~Meneroka satu perjalanan,menyelusuri sebuah sejarah~

Untuk pendaftaran sila hubungi FARAH HAMIZAH-0146806594 @ SITI-0142744285



Wednesday, 3 February 2010

Batrisya Balqis

comel nye die.eiyyyyy


yum yum


khusyuk nya balqis dengar lagu


acik,amende acik tunjuk ni..balqis tak paham.ngehehe


alololo,comel nye..tgh bermanja nga kak iba yang sanggup datang jauh2 demi balqis



hari pertama dijaga..balqis agak sedih hari ni,hehe..tapi nangis kejap je kan :D

Hari ni,pelajar medik tahun 3 akan 'merdeka' maknanya hari ni adalah hari terakhir saya jadi baby sitter untuk si comel ni.Tapi lain kali ada rezeki kita jumpa lagi ek.Nanti kak ma jaga pun acik boleh g sana main2 nga balqis.huhu
Mama balqis,lain kali hantar lagi kat acik ek,(^_^).Semoga dapat jawab exam dengan tenang sepanjang balqis ada nga acik.

Balqis......nanti besar jangan lupa acik ye.muuuaahhh3x.Semoga jadi anak yang solehah,jangan nakal2 ye *gaya mcm balqis boleh baca je,haha*.Saya sangat bangga dengan mama dan papa balqis ;).Semoga bahagia ke akhir hayat.

BALQIS,im gonna miss u so much..kalau sedih2 tengok gambar dia dah boleh tersenyum (^_^)

Sesuatu tentang kehidupan

Apabila berbicara tentang kehidupan terlalu banyak rasanya yang boleh kita ungkapkan,yang boleh kita ceritakan.Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan.Mendidik diri untuk jadi lebih matang,lebih menghargai apa yang ada di sekeliling dan paling penting, kita belajar untuk menghargai diri sendiri.


Pengalaman bagi tafsiran saya sendiri juga bermaksud sejarah.Setuju tak?Daripada kedua-duanya lah kita mendapat dan mencari kekuatan.


"everyone has their past"



Adalah amat menyedihkan andainya seseorang itu 'dihukum' kerana pengalaman yang lalu.Pengalaman yang pastinya bukan diminta tapi telah tertulis untuknya.Hakikatnya,manusia memang sentiasa berubah kerana hati kita milik ALLAH,bukan milik tuan.Bersyukurlah andai perubahan itu adalah ke arah yang lebih baik tapi muhasabah lah kembali,lihat lah semula jika perubahan itu adalah ke arah yang 'condong'.



Menuturkan kata-kata memang mudah tambahan kalau yang bercakap itu bukan lah orang yang merasa.Laju saja perkataan nya tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.


Tapi,walau apa pun yang terjadi MAAFKAN LAH mereka yang mempunyai pengalaman yang lepas itu,maafkan lah mereka yang berubah,maafkan lah mereka yang pantas berkata2,maafkan lah semua nya.Ringan kan mulut untuk memohon maaf dan didiklah hati untuk jadi seorang pemaaf (^_^).Belajar untuk bersabar dalam apa jua hal,insyaALLAH kemaafan pasti hadir.


Monday, 1 February 2010

Sahabat

LOVE CAN GIVE YOU A HUNDRED REASONS TO CRY,BUT true friends CAN GIVE LIFE A THOUSAND REASONS TO SMILE (^_^)


As long as we have memories,yesterday remains...as long as we have hope,tomorrow awaits...as long as we have friendship,each day is a new day


Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama suka dan duka,menegur kesilapan,memuji kebaikan,menutupi keaiban..tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan..tatkala bergelap dia lah yang menerangi..tatkala terkurang dia lah yang menambahkan..tatkala terlebih dia lah yang jadi pengagih..berat beban sama dipikul,beban ringan sama dijinjing..sentiasa ada waktu diperlukan..kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,bertemu dan berpisah cuma hanya dengan redha ALLAH



Doa untuk mu sahabat,
YA ALLAH,bentuklah dirinya menjadi hamba yang kuat menyedari tatkala ia lemah,berani menghadapi diri sendiri tatkala dia takut.Jadikan dia hamba yang memiliki rasa bangga dan keteguhan dalam kekalahan,rendah hati dan jujur dalam kemenangan.Bentuk ia menjadi hamba yang kuat dan kenal diri.Jangan lah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah.Bimbinglah supaya teguh berdiri di tengah badai ~~~ insyaALLAH..doakan ku juga



"..kalau kamu mencintai sahabatmu kerana Allah, maka khabarkanlah padanya bahawa kau mencintainya..."-maksud hadith.



Saya sayang awak (^_~),jangan bersedih lagi,jangan tension2


'Apabila mempunyai kawan,hargainya sampai bila2..sayangilah kawan dengan bersikap jujur kerana kawan keikhlasannya tak dapat dilihat tapi hanya akan di rasai'



awak menambahkan warna-warni dalam kehidupan saya.Maaf kerana masih tak dapat jadi seorang sahabat yang baik.Semoga ini ukhuwah berkekalan


---> nama saya dah naik dlm seminar perubatan,gembira tak terkira.huhu.alhamdulillah :)