Thursday, 11 February 2010

Kerana mu Le Tour De Sinai

~tajuknya memang tak boleh blah,haha

ALHAMDULILLAH,seharian berada di Kaherah sangat memenatkan.Hampir tengah malam baru kami sampai di Mansurah.Terima kasih kepada musyrif yang baik hati.Semalam sepertinya tajuk bagi perjalanan kami adalah 'PENANTIAN'.Dari pagi menunggu bas,kemudian di pejabat kedutaan menunggu semua pegawai yang ditakdirkan bermesyuarat di ARMA,menunggu teksi,menunggu dan menunggu dan terus menunggu segala2 nya.*macam over je,hehe*


penantian itu satu penyeksaan tapi bersama kesabaran pasti akan ada kepuasan walaupun mungkin hanya secebis, kerana sabar itu indah ;)


Semangat kami untuk menunggu pegawai kedutaan berbaloi apabila akhirnya En.Zainuddin dan Pn.Latifah datang semula ke pejabat mereka selepas bermesyuarat.5 jam menunggu.Aaahhh,sangat menguji kesabaran.Oh,tandatangan mereka dan cop kedutaan sangat lah berharga :D.Doakan semoga segala persiapan untuk ke Sinai berjalan dengan lancar.


Satu perkara yang pasti semalam adalah-saya sangat menyukai mansurah berbanding kaherah.Kaherah merupakan bandar yang sibuk dan sangat BISING,adehhhh sakit telinga.Tambang teksi sangatlah jauh berbeza dengan mansurah dan kalau nak naik bas.huh..berhimpit2 macam.....apa ye?roti sardin ek?apa2 jela yang pasti semuanya sangat menyeksakan (T_T).Tapi memang la tak boleh nak dibandingkan dengan Mansurah.Sini kampung biasa2 je.Jadi kat mana2 pun kita,bersyukur lah atas nikmatNYA.Setiap tempat punya kelebihannya yang tersendiri.



Ok,nak buat satu pengumuman :D.Perhatian kepada semua peserta Le Tour De Sinai,insyaALLAH pada hari ini-11FEB2010,akan diadakan satu taklimat ringkas berkaitan program ini pada pukul 3.30 petang.Diminta kepada semua peserta untuk membawa satu salinan passport muka hadapan dan bahagian cop visa.Mana2 peserta yang masih belum membayar yuran boleh lah membuat bayaran pada hari ini.Semoga anda dapat menghadirkan diri :)



Ketua saya kata sangat sejuk kat sana,bawak baju tebal banyak2 ye (^_^)

Terima kasih kepada semua ajk SINAI dan musyrif2 yang dah disusahkan oleh saya selepas taklimat tadi *pelik je ayat,haha*.Mencabar sungguh nak cari musyrif untuk akhowat2 sekalian. :D,TERIMA KASIH BANYAK2 (^_^)

0 Kata-kata hikmah: