Sunday, 7 February 2010

Melangkah ke alam baru

“TIPU DOSA”

Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut saya selepas kak kiki memberitahu yang dia akan bertunang.Sejurus selepas itu terus dia beritahu yang perkahwinan mereka akan berlangsung dalam cuti winter break ni.Errrkk,I can’t believe it .Macam2 soalan saya tanya. *tengah excited*


Pada awalnya kami sedang bergurau tentang pemakaian cincin di Mesir.Orang kata kalau pakai cincin tu maknanya dah berpunya.Tak semestinya la,saya pakai sebab mak suruh pakai ;).Ada sesetengahnya sebab memang suka pakai dan macam2 sebab boleh ada.Saya cakap la kak kiki ni tak nak pakai cincin sebab takut orang kata dia dah berpunya ,hehe.Tapi hari tersebut kak kiki pakai cincin dan terkejut habis saya mendengar perkhabaran yang indah itu. *ayat xleh blah*


KAK KIKI,terima kasih sebab menjadikan saya antara golongan terawal yang tahu.Im happy for you (^_^).Hakikatnya sedih juga sebab lepas ni rasa seperti sedikit terbatas la kot..yela, orang tu dah jadi isteri.HEHE.Tapi kalau saya belanja makan mesti nak keluar kan?kan? :D


Cakap pasal kahwin ni teringat pada pesanan dan kata2 ayah saya,


“Lelaki ni,sebelum kahwin ke selepas kahwin segala2nya adalah mak dia.. tapi bagi perempuan selepas kahwin segala2 nya adalah suami dia”


“Ayah kalau boleh nak suruh 2 orang anak perempuan ayah ni cepat2 kahwin.Kalau ada anak lelaki 5 orang dan perempuan 2 orang,nak jaga perempuan yang 2 tu lagi susah sebenarnya.Bila dah kahwin lega la sikit,suami pulak yang jaga” *tapi hero kami ada 3 je,hehe*


Tapi sebab nak belajar,tu ayah tak bagi kahwin lagi.kan?kan? Kita hanya merancang tapi ketentuannya tetap di tangan ALLAH. *bajet macam nak kahwin tak lama lagi haha*


Nabi bersabda:Sesiapa yang mempunyai 3 orang saudara perempuan,2 orang anak perempuan atau 2 orang saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yang baik pada mereka,mengelokkan hubungan dengan mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga (HR Abu Daud,Tarmizi dll)


Ayah juga pernah bertanya pada saya dan kak long,


“Kalau masa tu ada suami dan mak kamu,lepas tu kedua2 nya minta nak air.Kamu kena bagi kat sape dulu air tu?”


Kami pun jawap la,


“suami”


Adeh la,teringat balik rasa macam kelakar je ayah cakap macam tu walaupun masa tu saya masih lagi kebudak-budakan .Tapi itulah yang sepatutnya,beritahu supaya kami tahu.Terima kasih ayah.INSYAALLAH kak ngah akan cuba yang terbaik untuk jadi isteri solehah *blushing *


Sekarang jom kita usha2 gambar perkahwinan mereka.Majlis akad nikah berlangsung di masjid kat ARMA (saya pun tak tahu nama masjid tuh,hehe)

Pengantin tengah berdebar menunggu bakal suami tiba dari Mansurah :).Masa ni kami ada dalam bilik tetamu.


Ini dia pengantin lelaki.Mesti cuak kan?Saya dengar orang kata,bagi lelaki saat ni lah saat yang paling mendebarkan dalam hidup.yeke? :D jawap2


Saat menunggu lafaz.Mesti berdebar2 tahap paling tinggi :D Saya yang tengok pun dup dap dup dap.haha.


SAH? sah...(^_^),Alhamdulillah,majlis akad nikah di ARMA tadi berjalan dengan lancar walaupun lafaz nikah terpaksa diulang sebanyak 3 kali.Sebelum lafaz yang betul pengantin lelaki dan tok kadi kiranya macam buat rehersal la.Masa tu pun dah tersasul2. :-P Ustaz Kadir tersilap cakap mas kahwin nya sebanyak 200 pound STERLING,huhu.


Solat sunat setelah sah menjadi suami isteri


Cincin kahwin :)


IMTIYAZ,kini bertiga


Pasangan bahagia :).Semoga kekal hingga ke akhir hayat,insyaALLAH


Semoga berbahagia. Usah mencari yang terbaik,sebaliknya berubahlah menjadi yang terbaik agar memperoleh yang terbaik.Jaga diri elok2 wahai kumbang2 dan bunga2 di luar sana (^_^) ahaaa,lagi satu ..tak salah kiranya ‘perigi cari timba’ dulu tapi biarlah mengikut cara yang betul,yang tersilap langkah sama2 lah muhasabah .Setiap orang mengharapkan yang terbaik kerana berkahwin itu bukan sehari atau seminggu tetapi sehingga ke akhir hayat ;)

---->Semakin bertambah pasangan berkahwin di mansurah..haaa,awak tu bila lagi?? (^_~)



11 Kata-kata hikmah:

auni said...

sy mahu jd pemberi comment yg pertama..huk3..

hosmate sy yg comel ni..blk2 trus ngadap computer..yelaaa,pemberita paling bz dimansourah ni la katekan...kan?kan?;D
*dlm hati ni lega,dh ade tmn dh kat rmh ni..hehe
eh2,bkn ni nk oyak...

MABRUK kak kiki dn ustaz kadir!
moga bahagia dn kekal hingga ke syurgaNYA..

tuan blog ni bile lg??sy rase mcm dh dekat je.....hehehehehehe

Anonymous said...

salam....alhmdulillah...smoga k kiki n ustaz kadir bahagia n dpermudhkan sgla urusan,insya-Allah..xdan nk g tgk depa kawen...huhuhu...~....xpela...siti pn dh ckup bagus jdi wakil saya....hahaha...so,saya doakan...hehehe..smoga awk......dipermudahkan sgala urusan..insya-Allah,ameen..(",)

Anonymous said...

salam...alhamdulillah..semoga k kiki n ustaz kadir bahagia n diprmudahkan sgala urusan,insya-Allah,ameen...xdan nk g tgk depa kawen..huhu...xpela...lagipun siti g sana pn dh ckup sbg wakil saya..haha..so,saya doakan semoga awk.....dipermudahkan sgl urusan...insya-Allah,ameen..~..-sakinah-

dealova said...

tuan blog ni dah nk dekat dah tu...tunggu mase je ..ngeh3...><

GadisBerbajuBiru said...

>AUNI

yuhu,anda berjaya jadi pengomen yang pertama..hukhuk,kesian kene tinggal sorg2. :D xpe2,hero dah balik,agagaga

tuan blog lambat lagi kot.:D hehe.tunggu calon dtg. *bajet ade org nak,hehe*


>SAKINAH

wslm...insyaALLAH semoga dipermudah kan juga bila masa saya sampai.haha

>DEALOVA

amboi2.cakap kat kite pulak doh...padahal die.. :D..

~mydear164~ said...

haah la..bila lagi ni??awak tu..insyaALLAH..doa2kn kjayaan bsame..

aishah said...

comeynye k.kiki....semoga dorang kekal smpai syurga...amin...ct bile lg?? rmai je calon duk tunggu ct tuh, tunggu ct nk pilih jer...hehehe....gurau2...

GadisBerbajuBiru said...

>MYDEAR164

hehe,lambat lagi..insyaALLAH doakan kejayaan bersama ;)

>AISHAH

insyaALLAH,semoga kekal sampai ke syurga,bersama musyrif abadi,huhu

lmbt lagi la kito.xdok ore nok pun :D :D ..tunggu aishah dulu nih. ;P

Anonymous said...

salam..jaga2,ade lalat nnt :D

chenurulhusna said...

apa tunggu aishah..ape tunggu ct...tungu kak husna dulu la:Dhahaha

GadisBerbajuBiru said...

>ANON

wslm.lalat?? tak faham :)

>KAK HUSNA

baik la baik la,saya tunggu kamu dulu,hehe.tapi kalau jodoh saya sampai dulu tak dpt la nk halang nya.kan?kan?
lalalala~~ hehe