Friday, 19 February 2010

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar

matahari terbit -di terusan Suez

Meneroka satu perjalanan,menyelusuri sebuah sejarah.Trip yang sepatutnya hanya 3 hari bertambah menjadi 4 hari gara-gara hujan semasa perjalanan pulang ke Mansurah yang menyebabkan banjir.Jalan terpaksa ditutup kerana air turun dari gunung dengan laju.Kebanyakan perjalanan kami hanya dihiasi dengan pemandangan gunung-ganang.Walaupun begitu,itu tetap sesuatu yang mengagumkan bukan?

Gambar-gambar dalam perjalanan saya agak tidak lengkap kerana kamera kehabisan bateri.Sungguh sadis.Apa-apa pun,insyaALLAH semuanya akan kekal dalam ingatan.



Ini adalah kubu peninggalan Israel.Kubu yang dibina dengan pasir.48 jam diperlukan untuk memusnahkan kubu ini dan ini bermakna sesiapa yang menyerang tak kan sempat untuk memusnahkan kubu tersebut sebalik nya mereka akan diserang kembali oleh tentera israel.Tapi siapa sangka,Mesir berjaya menawan kubu ini menggunakan air.Sejumlah air yang banyak.Apabila pasir bercampur air,runtuh la kan?

Seterusnya perjalanan di teruskan ke beberapa tempat lain-Uyun Musa,Hamam Firaun,Makam nabi Salleh,Saint Catherine,Makam Nabi Harun,Lembu Samiri dan Mata air 12.Makam nabi Harun dan lembu samiri sepatutnya dilawati pada hari ke 2 selepas turun dari puncak Sinai tetapi telah ditukar kerana memikirkan biasanya semua peserta agak keletihan dan mungkin sakit kaki nak jalan banyak sangat :D.Perubahan ini telah menyebabkan kami tak berkesempatan untuk ke wadi arbain kerana malam sudah mula menjelmakan dirinya.Berikutan malam nya kami akan mendaki puncak sinai,terpaksa lah pulang untuk berehat.


Bersiap sedia untuk mendaki.Semuanya kelihatan bersemangat (^_^).Baju belon yang dibawa agak menyusahkan pergerakan kami.Semasa mendaki keadaan agak panas sehinggakan terpaksa membuka baju belon tersebut.Pakai masa kat puncak je sebab angin yang sangat kuat dan sejuk.



Pemandangan gunung-ganang dari puncak Sinai.


Subhanallah,saya berjaya melihat matahari terbit dari puncak Jabal Musa.Saya adalah antara golongan yang terakhir tiba-dalam pukul 5.45 pagi.Sungguh tenang menatap keindahan ciptaan ALLAH.


ALHAMDULILLAH,kami berjaya.Kami berada di puncak Sinai.Kami berada di Jabal Musa.Sungguh penat dan lega.Cuba bayangkan bagaimana nabi Musa suatu ketika dahulu.Berjalan bersendirian,mendaki tanpa jalan yang sedia ada seperti kita pada hari ini.Tiada unta untuk ditunggang.Bukan sehari seperti kita sebaliknya berpuluh-puluh hari.Sungguh cepat saya melatah.(T_T)

Kepenatan mendaki dan menuruni puncak sinai membuat saya dah tak nak kembali ke sini.Mungkin saat itu kerana terlalu penat,perasaan bercampur baur.Saat ini saya mula berfikir,insyaALLAH saya akan ke sana lagi dengan pengetahuan yang lebih mantap.

Dalam perjalanan menuruni puncak sinai,saya terjatuh.Lutut sedikit terluka dan berdarah.2 3 hari menanggung kesakitan.Sakitnya makin terasa saat diri ingin bersujud menghadap Ilahi.Bagaimana nabi Musa ye??Hmmm...

Hampir pukul 10 pagi,perjalanan menuruni Sinai berakhir.PENAT.Pulang ke tempat penginapan,berehat sebentar dan seterusnya kami bertolak ke Dahab.

4 Kata-kata hikmah:

sinar_islami said...

rindu pula akak kat sinai... :)
alhamdulillah selamat...
jeles pula tgk antum ada banner..
banner kami hilang dipertengahan jalan..
Allah tak izin

GadisBerbajuBiru said...

saya pun mula merindui sinai :)
tunggu 2 tahun lagi..insyaALLAH..rindu akan terlerai (^_^)

~BeInIsNeIn~ said...

knape 2 tahun?? thun depan??

GadisBerbajuBiru said...

sbb tahun ni baru pg so tunggu 2 tahun lagi la..xbest la dekat2 sngt.kene jauh2,bagi rindu bertambah2 nk pg balik sana :)