Saturday, 27 March 2010

JOM Belajar Bahasa Kemboja.

OK,jom kita belajar bahasa kejap eh.Hilangkan stress anda buat beberapa minit.Sudah agak lama berada di Mesir dan saya terpaksa akui bahawa bahasa Kemboja saya makin teruk.Maafkan kak ngah mak dan yah.Balik nanti kak ngah praktis balik.hikhik.Tiap kali call rumah pun saya tak cakap bahasa Kemboja.Lebih selesa untuk bercakap dalam bahasa Melayu.Semasa balik Malaysia tahun lepas saya rasa agak sedih dengan diri sendiri sebabnya lidah rasa macam dah makin keras pulak.haishh.Saya faham je orang2 tua cakap apa tapi tak nak join sekali sebabnya nanti saya akan diketawakan.Lenggokan bahasa saya tidak sehebat bahasa mereka.Pastilah begitu.Saya lahir dan membesar di sini :D


Baiklah.Kita mulakan dengan yang mudah ye *gaya macam cikgu yang tak boleh blah haha*.Saya bagi satu ayat terus lah eh?Nanti kita translate kan.Jangan risau,ayat yang senang2 je


1.ccemoh len Fatimah = nama saya Fatimah *tukar la jadi nama anda
ccemoh:nama
len:saya

2.len cong si bbai mon = saya nak makan nasi ayam
len:saya
cong:nak
si:makan
bbai:nasi
mon:ayam

3.len oddeng = saya tak tahu

len:saya
oddeng:tak tahu

4.ngaing tte seeikey nuh = awak buat apa tu?

ngaing:awak
tte:buat
seeikey:apa
nuh:tu

OK,untuk huruf yang saya buat DOUBLE cth:tte SILA baca dengan bersabdu :D


Sekarang kata ganti nama untuk lelaki dan perempuan iaitu DIA

Untuk lelaki kita guna ANIH
*Contoh ayat:eiyy anih,aing wai alau aih = dia ni,aku pukul baru tahu (lebih kurang la kot,hehe)

Untuk perempuan kita guna MINIH
*Contoh ayat:saat nah minih = cantik nya dia ni


Sudah pasti lidah anda akan terbelit-belit, tak pun keras je rasa nak baca perkataan2 di atas.Maaf saya gelak sebabnya seperti dapat membayangkan.Tapi takpe.USAHA TANGGA KEJAYAAN.NAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH :D

Mungkin ada orang kemboja yang terbaca post ini.Kalau salah tolong betulkan ye.hehe.Selamat belajar dan good luck exam ;)

Wednesday, 24 March 2010

KITA


In every man,there is a child

Pernah dengar tak ayat kat atas?Saya dapat ayat ni daripada seorang teman

Bagi saya,maksudnya kita tak boleh anggap seseorang lelaki tu 100% matang sebab kadang-kadang mereka ada juga sifat kebudak-budakan lagi-lagi apabila dengan orang tersayang,dengan yang sepatutnya ek :)

Kata seorang teman blogger yang lain,

Matang itu pudar bila bertemu insan-insan tersayang.Kita kembali keanak-anakan. Cubalah berapa lapis topeng kematangan yang kau pakai, tak termampu menyelindung sifat manja itu. Jadi, aku simpulkan matang itu bukan tertakluk pada sifir rasional semata. Matang itu pelbagai. Sesiapa tiada hak utk label anda sebagai tidak matang.Setiap tindak-tanduk ada sebab. Setiap sebab diterima akal tidak boleh diperlekehkan.Ok,ini link teman saya :D KLIK DI SINI


Bukan saya nak membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan tapi rasanya sifat kebudak-budakan atau manja adalah sesuatu yang agak sinonim dengan wanita.Lelaki ada ego yang lebih tinggi dan saya saja je nak cakap perkara ni.hoho.Ok,ada orang tak nak terima kenyataan di atas.Bertenang,jangan cepat melatah.Kita sepatutnya meraikan pendapat orang lain barulah bahagia,aman sentosa :D


Lelaki dan wanita sangat berbeza.Wanita ada 9 nafsu (emosi),1 akal.Lelaki ada 9 akal,1 nafsu.Kita serupa tapi tak sama.Jangan anggap kami sekuat Adam.

OK,sekian.

P/s:sila abaikan kalau anda rasa macam entah pape


~::gadisberbajubiru::~
24032010

Monday, 22 March 2010

Masak sedap memikat hati

yum yum sedapnya..nak lebih lagi??klik di sini


Ok,tajuk entry ini memang tak boleh blah haha.


Kalau nak belajar memasak boleh lah tekan link Jom Memasak di sebelah kanan anda ye :D.Semalam saya masak lauk kemboja dan tetiba teringat ramai yang minta saya masakkan untuk mereka lauk kemboja.Resepi nak tulis sekarang pun boleh tapi disebabkan saya tak ambil gambar saya tak nak bagi lagi.hoho.Kalau tengok gambar senang sikit kan?Lain kali saya buat post pasal resepi tu siap dengan gambar ye.Lepas tu boleh lah awak masak sendiri,tak payah tunggu air tangan saya.hehe.


Kalau cakap pasal memasak ni mesti berkaitan dengan perempuan,betul tak?Tapi kalau tengok chef-chef kat hotel atau pun yang hebat-hebat semuanya lelaki.Nak tau kenapa?Sebabnya perempuan masak kat rumah je untuk suami dan anak-anak *wink2*.Ayah kata,perempuan kena pandai masak baru dapat ikat perut suami.Tak dela suami asyik nak makan kat luar je..aish,gaya macam dah nak kahwin.haha.Jangan salah faham ye,tak kira dah nak kahwin ke lambat lagi ke sebagai perempuan kita kena la belajar (^_^)


Saya suka tengok orang masak,cerita masak-masak,buku memasak tapi memasaknya tak dela hebat sangat.Kadang-kadang bantai je,alhmdulillah biasanya boleh dimakan *oh perasan,hoho*.Orang kata,memasak adalah seni jadi tak salah kalau bantai je.Jangan bantai karut-marut sudah.Istilah bantai di sini macam reka resepi la.Boleh terima tak? :D


Sekarang sedang cuba untuk meminati buat kek dan kuih-muih.Kali pertama buat cheesecake adalah untuk seorang teman sempena hari lahirnya.Fuhh,nasib baik sedap *entah betul ke tidak* :P.Ok kawan-kawan,saya menyeru anda semua..JOM BELAJAR MEMASAK.Tengok melalui internet pun boleh terer tau.huhu.


Awak semua,esok saya pergi Cairo lagi untuk uruskan zakat Terengganu.Doakan satu tremco kami selamat pergi dan balik ye.Ameen.Jaga diri semua ;).Lain kali kita post pasal resepi tu OK?


Memasak itu seni ;)


~::gadisberbajubiru::~
21032010


Sunday, 21 March 2010

Gula-gula

Jangan hanya cantik di pandangan mata.Sama-sama kita memaniskan juga rasanya (^_^)


Saya ada satu cerita,


Saya ada gula-gula.Gula-gula yang manis,menarik dan sedap.Ramai orang suka gula-gula tersebut sebab ianya manis.Ramai orang suka tengok gula-gula tersebut sebab ianya menarik dan berwarna-warni.Satu hari,sambil berjalan-jalan saya buka plastik gula-gula tersebut.Kemudian......oh tidak!!gula-gula saya jatuh ke tanah.Sekarang dah kotor,bersalut tanah dan pasir.Nak kutip balik,basuh dan makan ke?Kalau ambil semula pun mesti dah tak sama dengan awalnya.Pasti ada kuman-kuman dan kotoran yang tak nampak pada mata kasar namun hakikatnya wujud.Saya sedih dan kecewa.Gula-gula saya dah tiada.Kalau saya beli yang sama sekalipun tetap tak kan serupa dengan yang ini kerana setiap gula-gula pasti ada nilainya yang tersendiri.Oh gula-gula,alangkah baiknya andai kau jatuh pun masih dalam keadaan berbalut.


Ok.Habis cerita saya yang tak sedap tu :D


1.siapakah GULA-GULA di atas?

2.yang mana satu pilihan awak?nak gula-gula yang masih berbalut atau nak kutip yang dah jatuh,basuh dan makan?


Jangan beritahu saya pilihan awak.Beritahu pada diri awak sendiri dan saya doakan awak kuat serta berusahalah untuk mencapai pilihan tersebut.

GULA-GULA,jangan buat saya bersedih lagi (T_T)



~::gadisberbajubiru::~
20032010

Saturday, 20 March 2010

Sabar

Nak update blog tapi macam tak tahu nak tulis apa.(@_@).Semalam kami pergi Cairo naik coaster.Aduhai,rasa nya ini adalah perjalanan paling teruk saya ke Cairo.Segala jenis permukaan jalan boleh rasa.Bergegar-gegar kepala otak.Sampai kat ARMA saya jadi mereng sikit,nak termuntah.huhu.Balik Mansurah pun sama la-pening,nak muntah.


Ada sesuatu yang membuat saya rasa geram+nak marah+membantutkan kerja saya.Satu pesanan saya kepada diri saya sendiri dan awak,awak serta awak semua.Kalau kita ada mengubah keadaan barang seseorang dari BEGITU kepada BEGINI,seeloknya apabila dah selesai guna atau buat apa-apa jela ubahlah balik keadaannya kepada BEGITU.Kesabaran saya diuji lagi.



KEEP YOUR HEART FREE FROM HATE (^_^)


Mengenal dan bekerja dengan ramai orang sangat mencabar dan membuatkan saya lebih kenal siapa diri saya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.Kadang-kadang rasa macam nak marah,geram,sedih,gembira,lawak dan sbgnya.Satu yang saya pasti,MANUSIA SANGAT MENGUJI KESABARAN SAYA! (@_@).Sila bertoleransi dengan semua orang dan jangan pentingkan diri sendiri.


--->maaf kalau ada kalanya saya ni TERemosional.



Sabar itu sebahagian daripada iman,sabar itu indah


~::gadisberbajubiru::~
20032010

Wednesday, 17 March 2010

ejek

Hmmm,permulaan post yang tak elok.Sebentar tadi,tiba2 saja ada seorang ikhwah menelefon saya dan beria-ria meminta maaf.Sebab??Sebabnya pernah mengejek atau dalam bahasa kelantannya 'nyenye'.Walaupun tak pernah bekerja dengan beliau dan saya sendiri pun tak pernah menelefon beliau untuk mintak jadi musyrif atau apa-apa jela tapi saya gembira dia mengaku serta sudi meminta maaf.Mungkin ada yang mencabar beliau atau..entah.Saya cuba untuk berbaik sangka.Saya tahu,masih ada di luar sana yang selalu menggunakan nama saya untuk dijadikan bahan ejekan.Sebab nama ayah saya pelik ke eh?


Sejak dari sekolah rendah,nama ayah sering jadi bahan ejekan.Cikgu sendiri pun pernah gelak-gelakkan saya dan sampai satu saat,saya rasa sangat malu,sangat menyampah dan rasa macam tak nak tulis nama ayah saya.Apabila menerima hadiah kecemerlangan,nama ayah akan dibaca dan pasti,seperti satu kewajipan nama ayah akan dibaca dengan bacaan yang tak betul dan kadang2 satu dewan boleh tergelak.Sangat memalukan bukan?Perkara yang sama terjadi kepada adik-adik saya sekarang.Tapi kami cuba untuk membiasakan diri,buat-buat tak malu dan hingga hari ini saya dah kuat.Kuat apabila ada yang bermain-main dengan nama ayah.InsyaALLAH,saya kuat (^_^).Saya dah tak malu untuk mengaku itu adalah nama ayah kerana apa jua yang terjadi,hanya kami yang tahu kisah tersirat di sebalik nama yang pelik tu.


Kalau nak tahu,jangan malu untuk bertanya.Kalau tak tahu,jangan memandai-mandai.Kalau tak tahu dan tak nak tahu,cubalah untuk husnuzhon.Untuk mereka di luar sana yang pernah mengejek saya,saya maafkan anda semua walaupun anda tak kan buat seperti ikhwah di atas.Oleh sebab itu,maafkan juga salah silap saya.Kita semua manusia biasa,tak lepas daripada melakukan kesilapan.Untuk 'beliau',terima kasih kerana mengaku.Maaf kerana mengguna cerita awak.Bukan bertujuan untuk mengaibkan awak atau diri saya sendiri tapi cukuplah untuk menjadi peringatan kepada semua.Menerima kebenaran yang menyakitkan adalah lebih baik daripada ditipu.Kalau tak faham pun buat-buat faham jela.


hadapi dengan senyuman (^_^)




~::gadisberbajubiru::~
16032010

Sunday, 14 March 2010

MUSYRIF


ALHAMDULILLAH,semalam telah berlalu dengan baik walaupun sangat memenatkan.Semalaman kami beramai-ramai tak tidur demi menyiapkan makanan untuk dijual pada Culture Day.Dalam pukul 5 petang saya terus pulang dan mengqada tidur supaya nanti tak ngantuk masa program motivasi untuk mentor.Ok,berbalik pada tajuk.Semalam rasa lega sebab saya tumpang musyrif orang lain :D ngeee ~~~.Kalau ada yang baca post saya yang lepas2 tu mesti tahu saya ni macam mana jadinya bila kena cari musyrif (@_@).


Sebenarnya dari minggu lepas lagi nak cakap pasal ni tapi saya simpan dulu dan malam ni,hati saya sebagai seorang wanita macam agak tersentuh bila dah banyak kali saya menghadapi situasi yang sama.Sebelum tu saya nak menceritakan satu kisah.Minggu lepas,saya dan cik manis pergi ke Cairo untuk menguruskan hal zakat Terengganu.Dalam perjalanan pergi dan balik tu macam2 cerita,macam2 aduan,macam2 ilmu saya dapat daripada cik manis kita ni.


Cik manis ni seorang akhowat yang sememangnya menggunakan musyrif.Boleh dikatakan agak kerap-tusyen,mesyuarat,study group dan sbgnya.Tapi menggunakan musyrif yang berlainan setiap malam namun musyrif dari rumah yang sama.Nak dipendekkan cerita...bila dah lama2..musyrif2 tu dah tak angkat telefon.2 3 malam macam tu dan akhirnya cik manis berputus asa la kononnya sampai dah tak nak guna musyrif.Dipendekkan lagi ceritanya..pada 1 malam,cik manis kita ni balik dari satu tempat dengan kawan nya.Lepas tu tetiba ada arab yang naik motor pukul cik manis dari belakang..GEDEBOK!adehhh,sakitnya...Betul2 depan rumah cik manis kot.Selepas kejadian tu,cik manis pun menggunakan balik sistem musyrif ni.Serik la kakak oiii..haaa,awak semua nak ke macam tu?Daripada cerita ni boleh nampak tak kepentingan musyrif?Kalau susah sangat nak cari musyrif kahwin jela,dapat musyrif sejati :D.Eh,jangan kahwin semata-mata sebab nak musyrif pulak.ngehehehe..ish ish ish.


Daripada apa yang saya tahu,ramai akhowat tak nak menggunakan musyrif sebab rasa leceh.Terpaksa minta tolong dan kadang-kadang bukan semua yang sudi tolong..bertambah leceh jadinya.Nak-nak kalau yang tusyen tiap2 malam.Saya sendiri pun rasa tension apabila kena cari musyrif.Tumpang musyrif orang lagi best. :D :D.Pernah terjadi,saya cari musyrif semua tak dapat dan akhirnya ikhwah ke 6 baru berjaya.Boleh bayangkan macam mana perasaan saya masa tu...(-__-).Ikhwah mesti tak kan tahu..kan?Tapi apa yang saya nak beritahu kat sini..musyrif sangat penting demi keselamatan kita jugak.Susah ke,leceh ke,menyampah ke...buang kat tepi dulu..perasaan tu semua kejap je.rilex2 sudoh.huhu.


Saya mohon maaf dan terima kasih sangat2 kepada musyrif yang selalu saya guna.Kalau yang kenal saya,mesti dia tahu saya ni macam mana orangnya.Agak tak berani dan tak masuk juga segan dengan orang yang saya tak biasa.Saya pun terfikir,musyrif2 yang saya biasa guna ni macam mana mula2 kenal dulu ek?Huh,entah-entah semua orang pun dah bosan tengok muka yang sama.ngehehe.Oleh sebab itu,mulai hari ini saya akan belajar memilih yang lain (^_^).Sesiapa yang rasa saya selalu guna dia tu,TIMO KASIH BBBANYOK DEH.Pantun 2 kerat sikit.

Terima kasih daun keladi,
lain kali jadi lagi.. (@_@)


errrkk..sanggup ke? ;) OK,saya tahu anda semua faham apa yang saya cakapkan walaupun saya rasa sangat berterabur.Oh APRIL please come faster.YA ALLAH,permudahkan segala urusan.Jaga diri semua.Kalau nak baca post lain yang berkaitan dengan musyrif ini linknya,

*Musyrif oh Musyrif -Cik Hijau
*Musyrif -AbuHumairah


p/s:- HANA,sila pulang ke Mesir cepat2..rindu teramat :(
- Terima kasih asytar ;)