Wednesday, 17 March 2010

ejek

Hmmm,permulaan post yang tak elok.Sebentar tadi,tiba2 saja ada seorang ikhwah menelefon saya dan beria-ria meminta maaf.Sebab??Sebabnya pernah mengejek atau dalam bahasa kelantannya 'nyenye'.Walaupun tak pernah bekerja dengan beliau dan saya sendiri pun tak pernah menelefon beliau untuk mintak jadi musyrif atau apa-apa jela tapi saya gembira dia mengaku serta sudi meminta maaf.Mungkin ada yang mencabar beliau atau..entah.Saya cuba untuk berbaik sangka.Saya tahu,masih ada di luar sana yang selalu menggunakan nama saya untuk dijadikan bahan ejekan.Sebab nama ayah saya pelik ke eh?


Sejak dari sekolah rendah,nama ayah sering jadi bahan ejekan.Cikgu sendiri pun pernah gelak-gelakkan saya dan sampai satu saat,saya rasa sangat malu,sangat menyampah dan rasa macam tak nak tulis nama ayah saya.Apabila menerima hadiah kecemerlangan,nama ayah akan dibaca dan pasti,seperti satu kewajipan nama ayah akan dibaca dengan bacaan yang tak betul dan kadang2 satu dewan boleh tergelak.Sangat memalukan bukan?Perkara yang sama terjadi kepada adik-adik saya sekarang.Tapi kami cuba untuk membiasakan diri,buat-buat tak malu dan hingga hari ini saya dah kuat.Kuat apabila ada yang bermain-main dengan nama ayah.InsyaALLAH,saya kuat (^_^).Saya dah tak malu untuk mengaku itu adalah nama ayah kerana apa jua yang terjadi,hanya kami yang tahu kisah tersirat di sebalik nama yang pelik tu.


Kalau nak tahu,jangan malu untuk bertanya.Kalau tak tahu,jangan memandai-mandai.Kalau tak tahu dan tak nak tahu,cubalah untuk husnuzhon.Untuk mereka di luar sana yang pernah mengejek saya,saya maafkan anda semua walaupun anda tak kan buat seperti ikhwah di atas.Oleh sebab itu,maafkan juga salah silap saya.Kita semua manusia biasa,tak lepas daripada melakukan kesilapan.Untuk 'beliau',terima kasih kerana mengaku.Maaf kerana mengguna cerita awak.Bukan bertujuan untuk mengaibkan awak atau diri saya sendiri tapi cukuplah untuk menjadi peringatan kepada semua.Menerima kebenaran yang menyakitkan adalah lebih baik daripada ditipu.Kalau tak faham pun buat-buat faham jela.


hadapi dengan senyuman (^_^)




~::gadisberbajubiru::~
16032010

12 Kata-kata hikmah:

Anonymous said...

emmm...hal2 cmni biase terjadi...tp bg sy nama ayah awak 2 satu keunikan..x sume orng mmpu gune..dan mesti maksud nyer sgt tersirat...semoga tabah meneruskan kehidupan anda...insyaallah..senyom sokmo k..

GadisBerbajuBiru said...

anon:
insyaALLAH,tabah :)..senyum sokmo (^_^)

Anonymous said...

salam...nama ayah anda sangat cool.saya sangat fancy.mereka yang hanya gelak tanpa bertanya cara sebutan yang betul adalah orang yang tidak profesional.relax...

GadisBerbajuBiru said...

anon:
wslm..yeke cool?hoho.kecik2 dulu saya macam xleh trm je nama ayah saya.ish3..apa2 pun trm ksh :)

pAnTh3ra le0 said...

salam,
sape ikhwah tu cik ti??
haha....nk sebok jgak.

kalau dia penah tau sape yg mengejek bapak org lain, mengejek bapak dia sendiri mesti dia xbuat.

Anonymous said...

hehe.. sy lah org tu.. :D
nseb bek awk xletak name sy, wawawa

GadisBerbajuBiru said...

panth3ea leo:
wslm..rahsia la usamah.xkn nk gtau.huhu

(^_^),xpela.saling memaafkan la sesama kita


anon:
awak ke ni?:) xpe.maaf kan semua ye.beres

Anonymous said...

trharu sy baca artkel Siti,awk mmg bagus la,snng maafkn org.. klo sy,kurng2 bagi dlu sbijik 2 bru maafkn,huu...chaiyok Siti!!

GadisBerbajuBiru said...

anon:
huhu :D chaiyok jugak

djambu puadovich said...

oh...duduk kat ukren ni lagi la. nama abah saya jadi 'PA-UD' la, 'NU-AD' la, 'PU-UD' la, 'PU-AS' la...

padahal dah terang2 tulis 'PU-AD'

sabo je la...

GadisBerbajuBiru said...

djambu puadovich:
hoho,macam2 jadi nama ayah awak.
xpe2.sabar jugak ye :)

Hakim Pataepannang said...

nasib baek saya x kna...fuhhh