Sunday, 21 March 2010

Gula-gula

Jangan hanya cantik di pandangan mata.Sama-sama kita memaniskan juga rasanya (^_^)


Saya ada satu cerita,


Saya ada gula-gula.Gula-gula yang manis,menarik dan sedap.Ramai orang suka gula-gula tersebut sebab ianya manis.Ramai orang suka tengok gula-gula tersebut sebab ianya menarik dan berwarna-warni.Satu hari,sambil berjalan-jalan saya buka plastik gula-gula tersebut.Kemudian......oh tidak!!gula-gula saya jatuh ke tanah.Sekarang dah kotor,bersalut tanah dan pasir.Nak kutip balik,basuh dan makan ke?Kalau ambil semula pun mesti dah tak sama dengan awalnya.Pasti ada kuman-kuman dan kotoran yang tak nampak pada mata kasar namun hakikatnya wujud.Saya sedih dan kecewa.Gula-gula saya dah tiada.Kalau saya beli yang sama sekalipun tetap tak kan serupa dengan yang ini kerana setiap gula-gula pasti ada nilainya yang tersendiri.Oh gula-gula,alangkah baiknya andai kau jatuh pun masih dalam keadaan berbalut.


Ok.Habis cerita saya yang tak sedap tu :D


1.siapakah GULA-GULA di atas?

2.yang mana satu pilihan awak?nak gula-gula yang masih berbalut atau nak kutip yang dah jatuh,basuh dan makan?


Jangan beritahu saya pilihan awak.Beritahu pada diri awak sendiri dan saya doakan awak kuat serta berusahalah untuk mencapai pilihan tersebut.

GULA-GULA,jangan buat saya bersedih lagi (T_T)



~::gadisberbajubiru::~
20032010

10 Kata-kata hikmah:

gadis berbaju ungu said...

oh gula -guli harapan agama...jgan sesekali kau tanggalkan pembalutmu!!
^,^

GadisBerbajuBiru said...

gadis berbaju ungu:
yeay awak faham..ada org xphm la.hoho.kesian saya :D

yes yes,jangan tanggalkan pembalut mu.. (^_^)

jaga iman,jaga diri..semoga kita sama2 diberi kekuatan..ameen :)

faramira said...

huuu... kesian gule2 tuh... x sengaje pon nk terjatuh....
cmner~~~~

niktaufik said...

amik y jatuh, cuba basuh...mungkin xsesedap dari awal2 beli, tp jika dibasuh dan dicuci betul2, insyaALLAH lagi sedap dari yang awal2 beli...

leh ker ek jd camtu?
:D

GadisBerbajuBiru said...

faramira:
xpela kalau tak sengaja terjatuh..kalau tahu tak sengaja maknanya masih sedar..itu pun dah mnggembirakan..betul x?Peluang sentiasa terbuka sebenarnya..atas dia sendiri je nak ambil peluang tu atau bazirkan macam tu je.Manusia boleh judge macam2 tapi ingatlah manusia bukan tahu segala2 nya..Allah jualah yg mengetahui segalanya..

kadang2 kita rasa sedih dengan kata2 manusia..semua tu buat kita jadi lemah..tapi kalau apa yg buat tu betul dan kita nak berubah,pedulikan semua tu..cari kekuatan..kerana ALLAH sentiasa ada
(^_^)

take care fara ;)

GadisBerbajuBiru said...

niktaufik:
hmmm,boleh je :)kadang2 kan yang kita ambil balik,basuh elok2 tu lagi baik daripada yg tak pernah jatuh.percaya x?

untuk gula2 sekalian,jangan berputus asa walaupun pernah jatuh..perbaiki diri dari semasa ke semasa

hidup gula-gula :D

Fakhrul Islami said...

salam...

wah... pandai ukhti buat cerita tersirat maknanya... =D

GadisBerbajuBiru said...

fakhrul islami:
wslm

haha,pandai la sangat.bantai je..alhamdulillah ada yg fhm..harap nya dpt kesedaran..insyaALLAH
(^_^)

anish said...

sgt suke post ni.
go gulagula go! :D

GadisBerbajuBiru said...

anish:
terima kasih anish :)