Monday, 22 March 2010

Masak sedap memikat hati

yum yum sedapnya..nak lebih lagi??klik di sini


Ok,tajuk entry ini memang tak boleh blah haha.


Kalau nak belajar memasak boleh lah tekan link Jom Memasak di sebelah kanan anda ye :D.Semalam saya masak lauk kemboja dan tetiba teringat ramai yang minta saya masakkan untuk mereka lauk kemboja.Resepi nak tulis sekarang pun boleh tapi disebabkan saya tak ambil gambar saya tak nak bagi lagi.hoho.Kalau tengok gambar senang sikit kan?Lain kali saya buat post pasal resepi tu siap dengan gambar ye.Lepas tu boleh lah awak masak sendiri,tak payah tunggu air tangan saya.hehe.


Kalau cakap pasal memasak ni mesti berkaitan dengan perempuan,betul tak?Tapi kalau tengok chef-chef kat hotel atau pun yang hebat-hebat semuanya lelaki.Nak tau kenapa?Sebabnya perempuan masak kat rumah je untuk suami dan anak-anak *wink2*.Ayah kata,perempuan kena pandai masak baru dapat ikat perut suami.Tak dela suami asyik nak makan kat luar je..aish,gaya macam dah nak kahwin.haha.Jangan salah faham ye,tak kira dah nak kahwin ke lambat lagi ke sebagai perempuan kita kena la belajar (^_^)


Saya suka tengok orang masak,cerita masak-masak,buku memasak tapi memasaknya tak dela hebat sangat.Kadang-kadang bantai je,alhmdulillah biasanya boleh dimakan *oh perasan,hoho*.Orang kata,memasak adalah seni jadi tak salah kalau bantai je.Jangan bantai karut-marut sudah.Istilah bantai di sini macam reka resepi la.Boleh terima tak? :D


Sekarang sedang cuba untuk meminati buat kek dan kuih-muih.Kali pertama buat cheesecake adalah untuk seorang teman sempena hari lahirnya.Fuhh,nasib baik sedap *entah betul ke tidak* :P.Ok kawan-kawan,saya menyeru anda semua..JOM BELAJAR MEMASAK.Tengok melalui internet pun boleh terer tau.huhu.


Awak semua,esok saya pergi Cairo lagi untuk uruskan zakat Terengganu.Doakan satu tremco kami selamat pergi dan balik ye.Ameen.Jaga diri semua ;).Lain kali kita post pasal resepi tu OK?


Memasak itu seni ;)


~::gadisberbajubiru::~
21032010


2 Kata-kata hikmah:

kayhard712 said...

nk rasa gak..cm sedap je dokter..

GadisBerbajuBiru said...

kayhard712:
nanti saya bg resepi cikgu masak la sendiri ye. :) insyaALLAH dapat la merasa