Sunday, 14 March 2010

MUSYRIF


ALHAMDULILLAH,semalam telah berlalu dengan baik walaupun sangat memenatkan.Semalaman kami beramai-ramai tak tidur demi menyiapkan makanan untuk dijual pada Culture Day.Dalam pukul 5 petang saya terus pulang dan mengqada tidur supaya nanti tak ngantuk masa program motivasi untuk mentor.Ok,berbalik pada tajuk.Semalam rasa lega sebab saya tumpang musyrif orang lain :D ngeee ~~~.Kalau ada yang baca post saya yang lepas2 tu mesti tahu saya ni macam mana jadinya bila kena cari musyrif (@_@).


Sebenarnya dari minggu lepas lagi nak cakap pasal ni tapi saya simpan dulu dan malam ni,hati saya sebagai seorang wanita macam agak tersentuh bila dah banyak kali saya menghadapi situasi yang sama.Sebelum tu saya nak menceritakan satu kisah.Minggu lepas,saya dan cik manis pergi ke Cairo untuk menguruskan hal zakat Terengganu.Dalam perjalanan pergi dan balik tu macam2 cerita,macam2 aduan,macam2 ilmu saya dapat daripada cik manis kita ni.


Cik manis ni seorang akhowat yang sememangnya menggunakan musyrif.Boleh dikatakan agak kerap-tusyen,mesyuarat,study group dan sbgnya.Tapi menggunakan musyrif yang berlainan setiap malam namun musyrif dari rumah yang sama.Nak dipendekkan cerita...bila dah lama2..musyrif2 tu dah tak angkat telefon.2 3 malam macam tu dan akhirnya cik manis berputus asa la kononnya sampai dah tak nak guna musyrif.Dipendekkan lagi ceritanya..pada 1 malam,cik manis kita ni balik dari satu tempat dengan kawan nya.Lepas tu tetiba ada arab yang naik motor pukul cik manis dari belakang..GEDEBOK!adehhh,sakitnya...Betul2 depan rumah cik manis kot.Selepas kejadian tu,cik manis pun menggunakan balik sistem musyrif ni.Serik la kakak oiii..haaa,awak semua nak ke macam tu?Daripada cerita ni boleh nampak tak kepentingan musyrif?Kalau susah sangat nak cari musyrif kahwin jela,dapat musyrif sejati :D.Eh,jangan kahwin semata-mata sebab nak musyrif pulak.ngehehehe..ish ish ish.


Daripada apa yang saya tahu,ramai akhowat tak nak menggunakan musyrif sebab rasa leceh.Terpaksa minta tolong dan kadang-kadang bukan semua yang sudi tolong..bertambah leceh jadinya.Nak-nak kalau yang tusyen tiap2 malam.Saya sendiri pun rasa tension apabila kena cari musyrif.Tumpang musyrif orang lagi best. :D :D.Pernah terjadi,saya cari musyrif semua tak dapat dan akhirnya ikhwah ke 6 baru berjaya.Boleh bayangkan macam mana perasaan saya masa tu...(-__-).Ikhwah mesti tak kan tahu..kan?Tapi apa yang saya nak beritahu kat sini..musyrif sangat penting demi keselamatan kita jugak.Susah ke,leceh ke,menyampah ke...buang kat tepi dulu..perasaan tu semua kejap je.rilex2 sudoh.huhu.


Saya mohon maaf dan terima kasih sangat2 kepada musyrif yang selalu saya guna.Kalau yang kenal saya,mesti dia tahu saya ni macam mana orangnya.Agak tak berani dan tak masuk juga segan dengan orang yang saya tak biasa.Saya pun terfikir,musyrif2 yang saya biasa guna ni macam mana mula2 kenal dulu ek?Huh,entah-entah semua orang pun dah bosan tengok muka yang sama.ngehehe.Oleh sebab itu,mulai hari ini saya akan belajar memilih yang lain (^_^).Sesiapa yang rasa saya selalu guna dia tu,TIMO KASIH BBBANYOK DEH.Pantun 2 kerat sikit.

Terima kasih daun keladi,
lain kali jadi lagi.. (@_@)


errrkk..sanggup ke? ;) OK,saya tahu anda semua faham apa yang saya cakapkan walaupun saya rasa sangat berterabur.Oh APRIL please come faster.YA ALLAH,permudahkan segala urusan.Jaga diri semua.Kalau nak baca post lain yang berkaitan dengan musyrif ini linknya,

*Musyrif oh Musyrif -Cik Hijau
*Musyrif -AbuHumairah


p/s:- HANA,sila pulang ke Mesir cepat2..rindu teramat :(
- Terima kasih asytar ;)

5 Kata-kata hikmah:

chenurulhusna said...

hihi...si musyrif ini comel post kamo:)

pAnTh3ra le0 said...

biasa org kata musrep yg lambat...
tp masalahnya kdg2 kne tgu seteng jam nk tgu anak musrepah nih.
kalau musim sejuk kan terasa nikmat "winter sonat" tuh~
haha3

GadisBerbajuBiru said...

kak husna:
post comey ko musyrif comel?haha


panth3ra leo:
hmmm,biasalah manusia..kadang2 musyrif yg bg masalah,kadang2 anak musyrifah yg bg masalah...sama2 muhasabah la demi memperkasakan sistem musyrif :D

Anonymous said...

kadang kadang bila takda musyrif kena marah, bler kter ader musyrif plak, disalah ertikan, cmner er tuh??

GadisBerbajuBiru said...

anon:
hmmm,kalau xde memang ptt la kena..kalau ada tu,disalah ertikan macam mane ye?kalau berdua memang la xelok...tapi dah kalau dah xde sangat nk buat camne kan..