Thursday, 29 April 2010

Impaksi Molar ke 3

ALHAMDULILLAH,bersyukur dan gembira sangat sebab dah cabut gigi molar ke 3.Gigi yang telah membuat saya sengsara dan menangis2 :D.Sayangi gigi anda,jangan dah rosak baru menyesal.Saya terima 3 jahitan dan insyaALLAH hari rabu ni pergi buka balik benang.Cuak habis bila doktor cakap,we have to do minor surgery for your tooth.Menggigil seluruh badan.Jangan main,4 jarum suntikan bius kot.Tapi kan,tak sakit pun.Beberapa minit je dah tercabut..tak sempat pun Moh nak rakam.Nasib baik tak menangis.Yang tak selesanya sebab gigi tu berada di bahagian paling belakang jadinya mulut kita macam ditarik2 lah sikit.Hari ni saya nak bercakap pasal gigi molar ke tiga pulak ye.Semoga anda semua faham dan dapat manfaat.Tak faham tanya je,kalau saya tak boleh jawap saya tanya senior2 saya.hehe.Oh,lupa nak cakap...bayaran untuk rawatan gigi saya tadi adalah sebanyak 600Le.Mahalnya :(,melayang duit tapi tak pelah..puas hati dan insyaALLAH lepas ni dah tak sakit2 lagi.Kalau tak nak duit melayang jaga gigi elok2 (^_~)



Definisi

Gigi molar tiga (gigi bongsu) adalah gigi yang terakhir tumbuh dan terletak di bagian paling belakang dari rahang. Biasanya gigi ini tumbuh pada akhir masa remaja atau pada awal usia 20-an. Pada usia inilah yang dianggap sebagai “age of wisdom” (usia di mana seseorang mulai bijaksana), sehingga gigi bongsu dalam bahasa Inggeris disebut “wisdom teeth”. Normalnya setiap orang memiliki empat gigi molar tiga, masing-masing satu pada setiap sisi rahang. Tapi ada juga orang yang tidak memiliki gigi bongsu dan ini bukan lah sesuatu yang pelik atau pun tak normal.

Pada kebanyakan kes, rahang seringkali tidak cukup besar untuk menampung gigi-gigi ini sehingga tidak dapat tumbuh sepenuhnya atau tetap berada di bawah gusi atau di dalam tulang. Keadaan inilah yang disebut impaksi. Impaksi adalah suatu keadaan di mana gigi mengalami hambatan dalam arah erupsinya / tumbuhnya, sehingga tidak dapat mencapai posisi yang seharusnya.

Gambar 1 : Impaksi gigi molar

Impaksi gigi molar tiga dapat timbul dalam berbagai posisi, benar-benar terperangkap dan berada dalam gusi atau tulang, sehingga tidak nampak apabila dilihat dalam mulut. Atau berkemungkinan juga sudah menembus gusi tapi hanya tumbuh separuh jalan. Arahnya boleh jadi horizontal, mengiring dengan mahkota ke arah gigi molar dua atau sebaliknya, atau malah menghadap ke arah dalam atau ke luar rahang.

Gambar 2 : Berbagai posisi impaksi gigi molar tiga

Penyebab

Impaksi disebabkan tidak tersedianya cukup ruangan pada rahang, sehingga gigi molar tiga tidak memiliki tempat untuk tumbuh dengan normal.

Gejala

Anda mungkin tidak merasakan keluhan apapun sampai benar-benar terjadi kerosakan.Biasanya keluhan yang dirasakan adalah:
  • Rasa sakit atau rasa kaku pada rahang di area gigi molar tiga yang impaksi.
  • Pembengkakan pada gusi di atas gigi molar tiga yang impaksi
  • Sakit kepala, sakit pada telinga atau leher.
  • Bau mulut akibat adanya infeksi

Pemeriksaan

Pemeriksaan yang biasanya dilakukan adalah pemeriksaan radiografik panoramik untuk melihat posisi gigi molar.

Rawatan

Perawatan yang dilakukan pada impaksi gigi molar tiga adalah pengangkatan (cabut) gigi molar tiga tersebut. Gigi molar yang impaksi atau tumbuh mengiring tidak berfungsi dengan baik dalam pengunyahan dan menyebabkan berbagai gangguan oleh sebab itulah gigi tersebut lebih baik dicabut daripada terus berada di dalam mulut.

Semakin cepat gigi molar tiga dicabut, impaksi akan semakin baik daripada harus menunggu sehingga timbulnya komplikasi dan rasa sakit yang lebih kuat. Apabila anda menunggu sehingga timbul rasa sakit,risiko terjadinya komplikasi pada waktu gigi ingin dicabut tentunya akan lebih tinggi, bahkan proses penyembuhan mungkin akan lebih lama. Semakin muda usia pesakit, proses pengangkatan akan lebih mudah dan proses penyembuhannya lebih cepat.

KENAPA GIGI MOLAR TIGA ANDA HARUS DICABUT?

Gigi molar tiga yang impaksi pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Masalah yang umumnya timbul adalah:
  1. Karies gigi. Gigi molar tiga yang tumbuh ke arah gigi molar dua (dengan posisi mahkota yang mengiring dan bersandar pada mahkota gigi molar dua), menyebabkan sisa makanan dan plak mudah berkumpul di tempat tersebut. Akibatnya gigi-gigi tersebut akan lebih mudah terkena karies kerana sulitnya pembersihan pada kawasan tersebut.

  2. Infeksi gusi. Pada gigi molar tiga yang hanya tumbuh sebahagian di atas gusi, akan menyebabkan makanan senang masuk ke celah gusi dan berkumpulnya bakteria di tempat tersebut. Ini akan menyebabkan terjadinya infeksi pada gusi, sehingga terjadi pembengkakan gusi pada kawasan tersebut, rasa sakit, dan bau mulut. Bahkan pada infeksi yang cukup berat dapat menyebabkan kesakitan untuk membuka mulut.

    Gambar 3 : Impaksi molar tiga menyebabkan infeksi gusi diatasnya

  1. Rasa sakit dan kerosakan pada gigi molar dua kerana tertekan gigi molar tiga.

Gambar 4 : Gigi molar tiga mendesak gigi molar dua

Saat gigi molar tiga bergerak untuk tumbuh, gigi-gigi lain akan terdorong oleh gerakan gigi molar tiga tersebut.

  1. Pada beberapa kes, gigi molar tiga yang dibiarkan dalam keadaan impaksi dapat menyebabkan terbentuknya kista dan menyebabkan kerosakan yang lebih luas pada rahang dan gigi lain.

Gambar 5 : Impaksi gigi molar tiga menyebabkan terbentuknya kista

Untuk pastikan gigi molar tiga anda akan tumbuh atau pun tidak,pergilah ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan.Please lah,pergi klinik gigi ye..OK?

LOVE YOUR TEETH,LOVE YOURSELF! :)


Root Canal Treatment-Rawatan Akar

ALHAMDULILLAH,tadi dah selesai Root Canal Treatment(RCT)-rawatan akar untuk gigi pre-molar ke 5 saya.Tak sakit langsung sebab nya doktor dah biuskan bahagian berkenaan tapi agak menggerunkan tengok peralatan yang tajam dan bunyi yang......tak tahu lah nak cakap macam mana.Secara jujur,sedih :( kali terakhir jumpa dentist sebelum fly ke Egypt,then balik Malaysia hari tu tak pergi jugak, pergi ahad lepas sebab sakit gigi wisdom alih-alih benda lain pula yang kena buat.Disebabkan saya penakut lah saya agak tak nak jumpa doktor,tambah2 dengan doktor di Mesir :D *sila jangan ikut perangai saya* Ok kawan2,tolong lah pergi cek gigi.Kadang-kadang kita rasa macam tak ada apa2,sihat je,ok je padahal kita tak perasan gigi yang dalam tu dah dirosakkan karies.


Gigi pre-molar ke 5 saya tak selalu sakit tapi sangat sensitif kepada benda sejuk dan panas.Rupa-rupa nya dah ada lubang kecil kat situ dan lubang tersebut telah menyebabkan lapisan pulpa (pulp) gigi tersebut terdedah (expose).Doktor bagi saya pilihan sama ada buang terus atau nak buat rawatan akar dan saya pilih rawatan akar sebab nak kekalkan fungsi gigi.


Saya tak malu nak kongsi cerita saya dengan awak semua sebab tak nak nanti awak jadi macam saya :D *serius tengah sedih :P* Gigi tak asli dah,tapi tak pelah.Bersyukur (^_^)
Please sangat2,kalau tiba2 rasa macam gigi jadi sensitif atau nampak lubang walaupun KECIL,silalah pergi jumpa doktor gigi ;) OK???

Latarbelakang

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan salah satu rawatan pilihan bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji. Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

salur akar
salur akar



Sabtu ni ada lagi pertemuan dengan doktor.Doakan semuanya baik2 saja (^_^)
LOVE YOUR TEETH,LOVE YOURSELF!

Monday, 26 April 2010

Pengskaleran (SCALING) -Cuci gigi

Assalamualaikum awak semua! :) Tadi baru balik klinik gigi dengan Kak Iba,Hana dan Anuar.Saya baru lepas scaling gigi :D.Ok rasa macam 'baru' haha.Selepas balik tadi saya dengan rajin nya cari lah serba sedikit pasal scaling ni.Terima kasih kepada encik google.Zaman kecil-kecil dulu saya ni bukan lah seorang yang jaga sangat gigi jadi gigi saya tak ada lah secantik gigi anda.Semakin besar baru lah semakin tahu dan faham *dah la takut doktor.haha*.Gigi cantik,senyuman pun menawan ;).Gigi kita yang depan nampak macam ok tapi hakikatnya dalam tu tetap ada kotoran.So,please please please pergi lah cuci gigi at least setahun sekali (^_^)

Ditulis oleh Dr. Nur Zunaidah

No ImageRawatan penyakit gusi yang konservatif.

PENSKALERAN

Merupakan kaedah rawatan penyakit gusi yang paling umum dan konservatif. Penskaleran adalah pembuangan karang gigi dan plak yang melekat di permukaan gigi. Proses ini selalunya menumpukan kawasan di bawah garis gusi di sepanjang akar gigi.Plak gigi lebih mudah melekat ke permukaan yang kasar. Disebabkan ini maka permukaan akar dilicinkan melalui satu proses yang dipanggil pengetaman akar atau ‘root planing’. Pengetaman akar membuang karang gigi yang tertinggal dan melicinkan permukaan akar gigi yang tidak rata.

No Image

Plak adalah bahan melekit yang penuh bakteria yang melekat di permukaan gigi. Bila ianya mengeras selepas jangka masa yang lama akibat campuran mineral dari air liur, ianya menjadi karang gigi juga dikenali sebagai tartar atau kalkulus.

Bakteria menyebabkan penyakit gusi. Plak dan karang gigi mengadakan permukaan tidak rata yang memudahkan bacteria melekat. Penskaleran dan pengetaman akar membuang permukaan ini. Pada peringkat awal penyakit gusi, penskaleran adalah mencukupi untuk merawat penyakit gusi. Ianya sangat berkesan untuk merawat keradangan gusi iaitu gingivitis. Pada peringkat lewat, penskaleran dan pengetaman akar kadang kala perlu digabungkan dengan pembedahan.

Adakah penskaleran menyakitkan?

Pada peringkat awal penyakit gusi, penskaleran mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan rasa sensitif. Gusi boleh berdarah sewaktu rawatan dijalankan. Jika penyakit gusi sudah melarat, kesakitan boleh dirasai, oleh itu doktor pergigian boleh menyuntik anestesia setempat untuk menghilangkan rasa sakit.

Bagaimana ia dijalankan?

Penskaleran dan pengetaman akar dijalankan dengan alat penskaleran ultrasonik atau alatan tangan atau kombinasi kedua-duanya. Alat ultrasonik mempunyai dua komponen iaitu:

  1. Tip logam tumpul yang bergetar pada frekuensi tinggi dan melonggarkan karang gigi dari permukaan gigi.

  2. Sistem pengairan yang menyejukkan tip logam dan membersihkan karang yang sudah tertanggal dari permukaan gigi.

Peralatan tangan pula mempunyai hujung tajam yang mengorek karang dari permukaan gigi. Penskaleran dan pengetaman akar biasanya dijalankan pada satu lawatan bagi kes yang tidak teruk atau sederhana. Bagi penyakit gusi yang teruk, ianya mungkin perlu dijalankan berulang kali kerana perdarahan yang banyak menyukarkan doktor pergigian untuk memastikan semua karang dapat dibersihkan dalam satu lawatan.

Apa yang anda rasai selepas rawatan?

Untuk beberapa hari selepas rawatan, gusi anda akan berasa sedikit sakit dan gigi mungkin berasa sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk atau panas. Doktor boleh memberikan ubat penahan sakit dan penggunaan ubat gigi sensitif akan disyorkan. Jika perdarahan banyak doktor pergigian akan mencadangkan ubat kumuran berantiseptik untuk membantu gusi cepat sembuh. Walaubagaimanapun pemberusan dan pemflosan gigi mestilah dijalankan dengan betul walaupun kurang selesa. Gusi pun akan berdarah bila diberus atau diflos buat beberapa hari tetapi dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik, gusi anda akan beransur-ansur sembuh dan perdarahan biasanya akan berhenti dalam masa seminggu.

RUJUKAN :www.dr.com.my

Sunday, 25 April 2010

Love is Sayang,Love is Cinta -khas buat yang tercinta

Hari ini,24 April genaplah 20 tahun umur Fatimah Azzahara Hashim :).Happy birthday dear.Semoga kebahagiaan dan kejayaan sentiasa bersama mu.Semua orang sangat gembira bermula detik pukul 12.00 tengah malam semalam lagi *betul tak ayat ni?asal saya rasa cam pelik semacam je :d*Tadi kami makan2 kek sikit kat Ocean.Sangat gembira berkumpul ramai-ramai.Berterbangan tinggi ke langit rindu saya *HIPERBOLA*.Kesian Moh sebab kena telur dan tepung.Saya tak buat eh sebab memang tak nak buat.MOH ku sayang,kami buat sebab kami sayang awak.Nak bagi kenangan yang terindah heeeee :D

KLIK untuk besarkan :)

Balik2 je terus tulis sesuatu dalam FB dan tagged mereka yang tercinta.Saya sayang mereka dan saya dah beritahu mereka serta saya akan sentiasa beritahu mereka bahawa saya SAYANG mereka.Apalah erti hidup saya kalau tiada sahabat-sahabat di sisi :)


Awak macam mana?Dah beritahu sahabat awak????Kalau masih belum,jangan bertangguh lagi :)

(^_^)

Saturday, 24 April 2010

Di sebalik kemarahan

Muka saya buruk sebab saya tengah marah.Tengok kening,berkerut-kerut.ish ish ish



Comel tak saya?Lebar sungguh saya sengih,sampai tertutup mata.haha
PILIH.Nak yang mana satu??


ALHAMDULILLAH,ini adalah post ke 2 saya untuk hari ini :) Orang yang ada YM saya perasan tak status YM saya sangat pelbagai dari pagi sampai lah ke petang.Emosi tak begitu stabil+sakit gigi lepas tu jadi macam nak marah tapi di sebabkan marah ni tak elok,maka kita senyum jelah eh.Sabar,OK?Buruk kot kalau marah2.Tak caya?Masa tengah marah,membebel-bebel cuba pergi depan cermin haha.Cik Siti macam biasa buat je.Yela,memang biasa *pengakuan eksklusif* hehe.Jadi bahan ujian untuk kebaikan diri sendiri ;)


Tengah mood tak betul,baba dan mama datang pasang lampu dapur yang dah hampir 2 bulan rosak.Haishh,kesian betul kami kan?Kalau lapar tengah2 malam masak guna torchlight je.Lepas mama balik saya yang tengah tak betul ni decide lah nak kemas dapur.Nak marah kat manusia sebenarnya,tapi kalau sememangnya boleh tahan dengan berdiam diri,diam aje lah.Saya mendiamkan diri dan pergi lah cuci satu dapur :D :D :D.Kebersihan itu sebahagian daripada iman.Happy kot tengok benda bersih,kemas dan cantik :).Ini sebenarnya salah satu cara nak salurkan kemarahan kita.Apabila rasa nak marah,moody cepat2 buat sesuatu.Jangan layan sangat perasaan tu.Di sebalik kemarahan tersebut kita boleh lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri dan mungkin juga untuk orang lain.


Nabi S.A.W bersabda,'Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk,tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah'.(HR BUKHARI dan MUSLIM dari Abu Hurairah)


Tuesday, 20 April 2010

Bersyukur lah

Gigi molar ketiga saya benar-benar membuatkan saya sakit (-_-).Bersyukur lah awak yang tak tumbuh lagi dan yang memang dah tak kan tumbuh.Gigi molar ketiga mula tumbuh dalam umur 18 tahun tahun hingga 21 tahun.Tapi emak saudara Sha,umur 26 tahun baru tumbuh.Amacam??Tak mustahil pun sebab semua nya kerja ALLAH :).Mana tahu awak nanti macam tu juga,so be ready untuk merasai kesakitan nya hehe.*psiko haha*


Cuaca hari ni agak panas-36 degree.Oh,saya bukan lah puteri lilin tapi cuaca yang panas sering membuatkan saya sakit kepala dan....... tak payah cakap lah,siapa kenal saya mesti dia tahu apakah itu ;).Masa sekolah menengah dulu selalu kena kacau sebab nya saya memang agak sensitif dengan cuaca yang panas.Bersyukur lah awak yang tak ada apa-apa masalah kesihatan :)


Sakit gigi yang kejap ok kejap tak ok membuatkan saya pun jadi tak berapa OK.Apa-apa pun saya tahu,kesakitan yang saya alami tak kan setanding dengan kesakitan baginda dan para sahabat semasa menyebarkan Islam suatu masa dahulu.Jadi bersyukur lah.Kita diuji kerana ALLAH masih sayangkan kita (^_^)


WE PREPARE FOR THE WORST :) -Ayah Cik Adhwa Anis :P


--->time orang nak g jumpa doktor dia xsakit,time orang tak rancang nak pergi,dia sakit pulak.haishh


Sunday, 18 April 2010

Semua nya dari ALLAH


CIK CT,walaupun gigi molar awak sakit tapi awak tetap kena senyum,OK? :D :D


Apa kita rasa apabila sesuatu yang kita rancangkan tak menjadi?sesuatu yang kita mahu,tapi tak dapat?Kecewa?Marah?Sedih?Berbaur pelbagai perasaan.Hakikatnya semua itu datang daripada ALLAH.Kalau kita fikir perkara yang baik mahu pun buruk itu semua nya dari DIA,insyaALLAH hati kita akan tenang.Berusaha lagi untuk lakukan yang terbaik.USAHA itu yang ALLAH nilai.


'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'
AL-BAQARAH:155


'ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...................'
AL-BAQARAH:286


Usaha itu yang ALLAH nilai!!! (^_^) Kawan-kawan medik,selamat berjaya untuk praktikal


--->tetiba homesick :-(,cepatlah 2011

Thursday, 15 April 2010

Mati

Tadi saya tertengok satu video dalam FB yang dipost seseorang.Sangat tersentuh dan meremang bulu roma saat melihat video tersebut.Seorang lelaki,mati dalam solat dan dalam keadaan sujud.Maha Suci ALLAH.....mulut saya bagaikan terkunci.Semoga sinar esok masih ada untuk kami YA ALLAH.Satu perkara yang kita pasti tentang hidup ini adalah kita semua PASTI akan MATI.Bila dan bagaimana,ALLAH jualah YANG MAHA MENGETAHUI.

Internet saya sangat slow kalau nak upload video jadi,saya letakkan link.


Ampunkan kami YA ALLAH

Monday, 12 April 2010

Buku oh Buku

Assalamualaikum semua :) Oh dah beberapa tak update blog.Jadual exam dah keluar,makin cuak jadinya walaupun exam saya pastinya tak kan sama dengan orang lain *buat2 faham jela.huhu*.Memandangkan minggu exam dah makin dekat saya cuba untuk cari buku-buku selain buku pelajaran untuk dibaca.Hoho,petang2 saya dah tak boleh nak sumbat ilmu kimia tu :D.Semalam saya baca novel yang sama sebanyak 3 kali..haishh..hari ini insyaALLAH buku baru akan dibuka :D


Dalam 2 minggu lepas saya selesai baca buku Dua Wajah.Buku ni menceritakan tentang pengalaman Syed Husin yang menjadi tahanan ISA selama 6 tahun.Beliau dipenjarakan tanpa perbicaraan.Kebanyakan yang ditahan dipaksa mengaku melakukan kesalahan yang sememangnya mereka tak buat.Kesian Syed Husin tak dapat tengok anak dia membesar
:(.Menangis lah juga saya baca buku ni *emo sebab homesick haha*


LANGIT ILAHI,karya Hilal Asyarf.Saya tak pernah baca buku dia sebenarnya,sekadarnya baca blog sahaja dan agak tertarik dengan gaya penulisannya.InsyaALLAH buku ni saya akan ambil dalam masa terdekat dengan seorang teman yang baru pulang dari Malaysia.Terima kasih tolong belikan.Sangat jeles sebab dia pergi pesta buku dan beli buku yang sangat banyak.Di sebabkan saya tak balik summer nanti, sila lah beli buku Faisal Tehrani yang baru itu untuk saya :D

Tadaaa,InsyaALLAH ini adalah buku baru yang akan dibuka.Kak Maz suruh saya baca.Dah seminggu tapi belum dibaca.Nampak macam sangat menarik.Kalau ada masa, nanti habis baca saya ulas.huhu.CINTA memang satu topik menarik dan cinta tak kan pernah berakhir :) cewahhh,jiwang.


Buku ini adalah milik saudara Abu Ubaidah.Sama juga dengan Dua wajah.Sesiapa rasa nak pinjam sila lah beritahu dia sebab Ubai dengan baik hati nya membuat tawaran kepada sesiapa sahaja yang nak pinjam :).InsyaALLAH buku ini akan dibedah semasa cuti summer nanti.
Saya cop buku ni ye Ubai :)


Buku ni diperkenalkan oleh Kak Sha melalui blognya.Karya ini adalah hasil penulisan doktor muda.Bak kata Kak Sha,pasti ada keunikannya yang tersendiri.Masih mencari-cari siapakah yang ada buku Denyut Kasih Medik ini sudilah kiranya bagi saya pinjam hehe.Oh mungkin boleh kirim kat sesiapa yang nak balik Malaysia.Awak tu tengok-tengok,sudi belikan tak??haha,gurau je.jangan marah :D

Ok,buku impian saya :D.Murabbi Cinta dan Secangkir Teh Pengubat Letih.Saya sangat suka gaya penulisan Abu Saif :).Ada yang sudi berikan saya hadiah tak? *haishh,sungguh tak malu cik siti ni*huhu.Gurau je,insyaALLAH saya akan beli juga buku ni.Saya tahu pasti ada yang sudi tolong belikan untuk saya ;)
Hampir terlupa.Buku CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA *maaf tak ada gambar* insyaALLAH akan dibaca dalam masa terdekat atau mungkin summer nanti.Kata seorang senior..'ct,nanti nak kahwin bagi lah buku tu kat bakal suami,sangat sesuai' haha.Tersipu-sipu saya dibuatnya.Maaf la tak tahu lagi siapa bakal suami. :D.Kakak tu kata buku ni menceritakan tentang bagaimana Hasan Al-Banna ketika di rumah,maknaya semasa bersama keluarga beliau.Tak sabar nak baca semua buku.
Kawan-kawan,tolong doakan kejayaan saya dalam exam final ni :).Saya ingin berjaya seperti anda,ingin tersenyum gembira seperti anda (^_^).Jangan stress2 ye,rileks kan otak dengan membaca buku selain buku medik ;).Got to go,CHEMISTRY is waiting for me.
Dear friends,take care and good luck too






Thursday, 8 April 2010

EXAM is just around the corner


EVERYBODY,good luck ;)
Let's do the best

Tuesday, 6 April 2010

Bagai mencurah air ke daun keladi

PESANAN:Saya sedang EMO.Sila senyum terlebih dahulu :D say cheeseeeeeee..OK

Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi.Dah tegur depan-depan muka pun masih macam dulu.Saya tahu nak berubah bukan senang.Sekelip mata dah jadi baik,sekelip mata dah jadi cantik.Tapi sekurang-kurangnya biar ada perubahan walau sedikit.Saya sangat kecewa sekarang (Y_Y).Nak berubah memang susah tapi nak tegur orang pun susah juga tahu tak?Nak cari kekuatan,nak cari kata-kata.


Kalau nak sangat bercinta pun tak payah sampai nak berkasih sayang dalam FACEBOOK.Semua orang boleh baca lagi-lagi kalau tak buat private.ONE WHOLE WORLD!Kalau tak rasa malu dengan kawan-kawan fikir lah apa orang lain akan kata kalau orang baca benda-benda yang macam tu.Bukan nak menghalang jiwa remaja dan fitrah kita tapi jangan terlalu over di mata orang lain.Bercinta bagai nak rak pun belum tentu lelaki atau perempuan tersebut adalah pasangan kita.Awak pasti ke awek awak sekarang tu jadi isteri awak?PASTI?PASTI?Orang kata,kalau ada jodoh tak ke mana tapi kalau tak ada jodoh??


Saya tahu saya bukan lah orang yang layak nak bercakap pasal ni.Saya pun ada kekurangan dan kesilapan.Tapi apabila ada seseorang yang ingin berubah,jangan patahkan semangat dia.Jangan mengutuk apa yang ingin dia lakukan.Dalam fasa perubahan,dia memerlukan kata-kata semangat dan dorongan bukan nya hinaan atau celaan.


Emosi saya cepat terganggu dengan masalah teman di sekeliling.Kadang-kadang saya berharap saya hidup dengan manusia yang mempunyai fikiran dan fikrah yang sama dengan saya.Dunia sekarang sangat memenatkan.Penuh dengan pelbagai cabaran.Entah bagaimana kehidupan anak-anak saya kelak.Pasti lebih dahsyat.............


Saya tak berniat nak melukakan sesiapa.Maafkan saya.Saya juga insan yang lemah.

Ketenangan

Melihat sesuatu yang berwarna-warni adalah salah satu cara saya menggembirakan hati tambahan kalau yang warna-warni itu adalah alam semula jadi ciptaan ALLAH.Hari ini saya rasa agak kelam-kabut.Jadi saja menghabiskan masa sekejap search kat google-colourful.Keluar search result yang banyak dan saya tekan satu link.Tadaaaa,tengok lah gambar bunga-bunga di bawah.Sangat cantik dan menenangkan :)


Saya hadiahkan gambar ini untuk Nau because she loves flowers and purple so much!Good luck my dear


Wanita ibarat rama-rama.Sekali dipegang,hilang warna,tiada serinya


I just can smile (^_^)


Tengoklah langit biru tu,cantik kan?


Saya mahu rumah yang dikelilingi dengan bunga-bungaan.Subhanallah,sangat cantik


Bunga biru.Ini adalah gambar bunga hadiah daripada Nau.Thanks dear,so sweet :)

Menatap alam ciptaan ALLAH mendatangkan damai dalam hati.Saya teringin ke Eropah pada musim bunga.Berjalan-jalan bersama keluarga di taman bunga huhu,bestnya.Semoga dimakbulkan ALLAH.ameen ameen YA RAB.

Try buat ini di YM anda (bukan status ye) dan hantar kepada kawan anda
@};-

(^_^)