Monday, 12 April 2010

Buku oh Buku

Assalamualaikum semua :) Oh dah beberapa tak update blog.Jadual exam dah keluar,makin cuak jadinya walaupun exam saya pastinya tak kan sama dengan orang lain *buat2 faham jela.huhu*.Memandangkan minggu exam dah makin dekat saya cuba untuk cari buku-buku selain buku pelajaran untuk dibaca.Hoho,petang2 saya dah tak boleh nak sumbat ilmu kimia tu :D.Semalam saya baca novel yang sama sebanyak 3 kali..haishh..hari ini insyaALLAH buku baru akan dibuka :D


Dalam 2 minggu lepas saya selesai baca buku Dua Wajah.Buku ni menceritakan tentang pengalaman Syed Husin yang menjadi tahanan ISA selama 6 tahun.Beliau dipenjarakan tanpa perbicaraan.Kebanyakan yang ditahan dipaksa mengaku melakukan kesalahan yang sememangnya mereka tak buat.Kesian Syed Husin tak dapat tengok anak dia membesar
:(.Menangis lah juga saya baca buku ni *emo sebab homesick haha*


LANGIT ILAHI,karya Hilal Asyarf.Saya tak pernah baca buku dia sebenarnya,sekadarnya baca blog sahaja dan agak tertarik dengan gaya penulisannya.InsyaALLAH buku ni saya akan ambil dalam masa terdekat dengan seorang teman yang baru pulang dari Malaysia.Terima kasih tolong belikan.Sangat jeles sebab dia pergi pesta buku dan beli buku yang sangat banyak.Di sebabkan saya tak balik summer nanti, sila lah beli buku Faisal Tehrani yang baru itu untuk saya :D

Tadaaa,InsyaALLAH ini adalah buku baru yang akan dibuka.Kak Maz suruh saya baca.Dah seminggu tapi belum dibaca.Nampak macam sangat menarik.Kalau ada masa, nanti habis baca saya ulas.huhu.CINTA memang satu topik menarik dan cinta tak kan pernah berakhir :) cewahhh,jiwang.


Buku ini adalah milik saudara Abu Ubaidah.Sama juga dengan Dua wajah.Sesiapa rasa nak pinjam sila lah beritahu dia sebab Ubai dengan baik hati nya membuat tawaran kepada sesiapa sahaja yang nak pinjam :).InsyaALLAH buku ini akan dibedah semasa cuti summer nanti.
Saya cop buku ni ye Ubai :)


Buku ni diperkenalkan oleh Kak Sha melalui blognya.Karya ini adalah hasil penulisan doktor muda.Bak kata Kak Sha,pasti ada keunikannya yang tersendiri.Masih mencari-cari siapakah yang ada buku Denyut Kasih Medik ini sudilah kiranya bagi saya pinjam hehe.Oh mungkin boleh kirim kat sesiapa yang nak balik Malaysia.Awak tu tengok-tengok,sudi belikan tak??haha,gurau je.jangan marah :D

Ok,buku impian saya :D.Murabbi Cinta dan Secangkir Teh Pengubat Letih.Saya sangat suka gaya penulisan Abu Saif :).Ada yang sudi berikan saya hadiah tak? *haishh,sungguh tak malu cik siti ni*huhu.Gurau je,insyaALLAH saya akan beli juga buku ni.Saya tahu pasti ada yang sudi tolong belikan untuk saya ;)
Hampir terlupa.Buku CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA *maaf tak ada gambar* insyaALLAH akan dibaca dalam masa terdekat atau mungkin summer nanti.Kata seorang senior..'ct,nanti nak kahwin bagi lah buku tu kat bakal suami,sangat sesuai' haha.Tersipu-sipu saya dibuatnya.Maaf la tak tahu lagi siapa bakal suami. :D.Kakak tu kata buku ni menceritakan tentang bagaimana Hasan Al-Banna ketika di rumah,maknaya semasa bersama keluarga beliau.Tak sabar nak baca semua buku.
Kawan-kawan,tolong doakan kejayaan saya dalam exam final ni :).Saya ingin berjaya seperti anda,ingin tersenyum gembira seperti anda (^_^).Jangan stress2 ye,rileks kan otak dengan membaca buku selain buku medik ;).Got to go,CHEMISTRY is waiting for me.
Dear friends,take care and good luck too






9 Kata-kata hikmah:

faramira said...

wah! buku yg menarik perhatian.. mesti carik nie!

1) denyut kasih medik
2) murabbi cinta n signnature abu saif sekali
*wat2 paham je la* hakhakhak..(^.^)V

GadisBerbajuBiru said...

faramira:
carik2.kalau sudi beli lah untuk org gak.hahaha

ceh,mentang2 dpt sign :P
baca2.amek segala ilmu yg ada dlm buku tu ;)

cempedakbiru said...

bago2..
jd lah ulat buku..
jgn skali2 jd ulat gonggok..

btw, gud lark siti..!

GadisBerbajuBiru said...

cempedakbiru:
:)insyaALLAH..jadi ulat buku

terima kasih jero.good luck jgk
(^_^)

sinar_islami said...

wah wah...banyak buku dia nak baca..
all da best sis..
Alhamdulillah..ummi akak dah tolong belikan untuk akak..sayang sungguh kat ummi...
:) tapi utk cik biru kita...idak la pula mak akak beli..hehe

syifa hanifuddin said...

tentang cinta...cam bes jer...

GadisBerbajuBiru said...

sinar_islami:
all the best to kak sha,doakn org..nk exm ni..cuak2 :)
hoho,xaci2.. :P xpela nanti sesapa balik kita kirim la.hehe


syifa:
mmg sngt best :) nk pinjam ke??nty kak siti btau kak maz..nak x?

djambu puadovich said...

Amcm buku Dua Wajah? sedap ke dibaca?

sejak bila minat politik ni? ;)

GadisBerbajuBiru said...

djambu puadovich:
sedap je,menarik la..

eh minat je sebenarnya :D cuma tak ambil tahu sngt..politik dunia sekarang kotor,dulu pun sama je..menyampah pulak..tapi ambil tahu la jgk sikit2 sbb nya kalau tak tahu langsing tu rasa mcm....katak bawah tempurung :D