Saturday, 24 April 2010

Di sebalik kemarahan

Muka saya buruk sebab saya tengah marah.Tengok kening,berkerut-kerut.ish ish ish



Comel tak saya?Lebar sungguh saya sengih,sampai tertutup mata.haha
PILIH.Nak yang mana satu??


ALHAMDULILLAH,ini adalah post ke 2 saya untuk hari ini :) Orang yang ada YM saya perasan tak status YM saya sangat pelbagai dari pagi sampai lah ke petang.Emosi tak begitu stabil+sakit gigi lepas tu jadi macam nak marah tapi di sebabkan marah ni tak elok,maka kita senyum jelah eh.Sabar,OK?Buruk kot kalau marah2.Tak caya?Masa tengah marah,membebel-bebel cuba pergi depan cermin haha.Cik Siti macam biasa buat je.Yela,memang biasa *pengakuan eksklusif* hehe.Jadi bahan ujian untuk kebaikan diri sendiri ;)


Tengah mood tak betul,baba dan mama datang pasang lampu dapur yang dah hampir 2 bulan rosak.Haishh,kesian betul kami kan?Kalau lapar tengah2 malam masak guna torchlight je.Lepas mama balik saya yang tengah tak betul ni decide lah nak kemas dapur.Nak marah kat manusia sebenarnya,tapi kalau sememangnya boleh tahan dengan berdiam diri,diam aje lah.Saya mendiamkan diri dan pergi lah cuci satu dapur :D :D :D.Kebersihan itu sebahagian daripada iman.Happy kot tengok benda bersih,kemas dan cantik :).Ini sebenarnya salah satu cara nak salurkan kemarahan kita.Apabila rasa nak marah,moody cepat2 buat sesuatu.Jangan layan sangat perasaan tu.Di sebalik kemarahan tersebut kita boleh lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri dan mungkin juga untuk orang lain.


Nabi S.A.W bersabda,'Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk,tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah'.(HR BUKHARI dan MUSLIM dari Abu Hurairah)


3 Kata-kata hikmah:

cempedakbiru said...

salam cik siti..
apo kono ni maroh2..?
x molek, tp xpo(buleh)...

ni ado simple tips dr dato' dr fadzillah kamsah utk ilangkn marah..

1. Istighfar
2. Senyum
3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa
tu?)
4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan terus ta'awuz (auzubillah..)
6. Banyak minum air
7. Ambil wudhu
8. Tukar tempat
9. Pecahkan rutin harian
10. Lepaskan (eg : exercise, riadah,main games)
11. Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
12. Memaafkan orang lain
13. Ingat mati
14. Dukung bayi

btw, jangan marah2.. nanti kene jual.. :)

GadisBerbajuBiru said...

cempedakbiru:
wslm :)

wah,terima kasih untuk tips tu,dukung bayi tu sngt menarik..tapi kalau nak marah atau sedih2,xpayah tunggu dukung.tgk muka diorg senyum pun dah ok ;)

cempedakbiru said...

yahh, btol2...

tp cik siti, tips ni hnya lah sbhagian saje (yg snang tuk dilakukan)

klau nk yg kompleks2 tu, cik siti kna cri sndri laa...

..0_0..