Tuesday, 6 April 2010

Bagai mencurah air ke daun keladi

PESANAN:Saya sedang EMO.Sila senyum terlebih dahulu :D say cheeseeeeeee..OK

Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi.Dah tegur depan-depan muka pun masih macam dulu.Saya tahu nak berubah bukan senang.Sekelip mata dah jadi baik,sekelip mata dah jadi cantik.Tapi sekurang-kurangnya biar ada perubahan walau sedikit.Saya sangat kecewa sekarang (Y_Y).Nak berubah memang susah tapi nak tegur orang pun susah juga tahu tak?Nak cari kekuatan,nak cari kata-kata.


Kalau nak sangat bercinta pun tak payah sampai nak berkasih sayang dalam FACEBOOK.Semua orang boleh baca lagi-lagi kalau tak buat private.ONE WHOLE WORLD!Kalau tak rasa malu dengan kawan-kawan fikir lah apa orang lain akan kata kalau orang baca benda-benda yang macam tu.Bukan nak menghalang jiwa remaja dan fitrah kita tapi jangan terlalu over di mata orang lain.Bercinta bagai nak rak pun belum tentu lelaki atau perempuan tersebut adalah pasangan kita.Awak pasti ke awek awak sekarang tu jadi isteri awak?PASTI?PASTI?Orang kata,kalau ada jodoh tak ke mana tapi kalau tak ada jodoh??


Saya tahu saya bukan lah orang yang layak nak bercakap pasal ni.Saya pun ada kekurangan dan kesilapan.Tapi apabila ada seseorang yang ingin berubah,jangan patahkan semangat dia.Jangan mengutuk apa yang ingin dia lakukan.Dalam fasa perubahan,dia memerlukan kata-kata semangat dan dorongan bukan nya hinaan atau celaan.


Emosi saya cepat terganggu dengan masalah teman di sekeliling.Kadang-kadang saya berharap saya hidup dengan manusia yang mempunyai fikiran dan fikrah yang sama dengan saya.Dunia sekarang sangat memenatkan.Penuh dengan pelbagai cabaran.Entah bagaimana kehidupan anak-anak saya kelak.Pasti lebih dahsyat.............


Saya tak berniat nak melukakan sesiapa.Maafkan saya.Saya juga insan yang lemah.

8 Kata-kata hikmah:

chenurulhusna said...

hihi..nice entry:)

faramira said...

oh... i love u tooo ct.. ngee~~~

<3 <3

piKah said...

uhm...kenapa ni siti..
dun emo2 keh?
ceria2...SABAR ITU INDAH SYG,

ye, berubah bukan sesuatu y senang.. bukan utk jadi terbaik tapi lebih baik..biasalah... kita tak mampu dan memang takkan boleh menyuruh org menjadi seperti kita, tpi, selagi termampu dn terdaya kita ingin mengajak org lain sejalan dan seiring dgn haluan kita... namun, setiap manusia punya batasan.. batasan yang berbeza antara satu sama lain..

mungkin bukan hari ni, tapi hari esok, lusa dan akan datang.. kesedaran akn timbul, biarkan diri dia y menyedarinya.. kita hanya mampu doakan, tak guna kita bersakit hati pada manusia yang tak reti berterima kasih..

p:s 1) saya sedang alami perubahan tersebut, ingin menjadi lebih baik..bukan senang..it take so many time..
2) ct, org la y post Q kt formspring sal dream 2..hehe
3) maaf coment y panjang..;p

GadisBerbajuBiru said...

kak husna:
(^_^) maaf,teremo la pulak


faraamira:
i love u too dear,ingat..jangan sedih2.. :)pedulikan org lain ek..jangan marah kat org ek *hug*
hehe


piKah:
ok my dear,sabar la ni.hehe

sama2 la kita doakn.Kuat ok?Manusia memang sentiasa berubah :).Komen la panjang2,xkisah..sama2 berkongsi..
Pasal mimpi tu xcakap pun tahu org tu adalah pikah ;) hebat x?hahahah

Thanks semua.anda buat saya tersenyum kembali
(^_^).Emo xleh lama2.xelok :D

:N.I.K.H.A.Z.W.A.N.I: said...

Kuat semangat CT..Memang susah untuk sedarkan org lain. Wani pon ad mual gak tgk org bercintan lam fesbuk..Haah, kekadang nek geram.Hehe. Apa yg terbaik doakan lah diorang spy cpt2 sedar..huhu

GadisBerbajuBiru said...

NIKHAZWANI:
ye,baik wani.KUAT SEMANGAT! :)
Hari tu deactive FB dekat 3bulan sebab hal ni la..tenangkan diri kjp.hoho.
insyaALLAH la.sama2 doakn(^_^)

cempedakbiru said...

biaso la 2..
darah muda..

GadisBerbajuBiru said...

cempedakbiru:
kalau ikut sngt darah muda tu habis rosaklah anak-anak zaman sekarang..
hmmm..
kita kena kuat lawan nafsu! :)