Monday, 26 April 2010

Pengskaleran (SCALING) -Cuci gigi

Assalamualaikum awak semua! :) Tadi baru balik klinik gigi dengan Kak Iba,Hana dan Anuar.Saya baru lepas scaling gigi :D.Ok rasa macam 'baru' haha.Selepas balik tadi saya dengan rajin nya cari lah serba sedikit pasal scaling ni.Terima kasih kepada encik google.Zaman kecil-kecil dulu saya ni bukan lah seorang yang jaga sangat gigi jadi gigi saya tak ada lah secantik gigi anda.Semakin besar baru lah semakin tahu dan faham *dah la takut doktor.haha*.Gigi cantik,senyuman pun menawan ;).Gigi kita yang depan nampak macam ok tapi hakikatnya dalam tu tetap ada kotoran.So,please please please pergi lah cuci gigi at least setahun sekali (^_^)

Ditulis oleh Dr. Nur Zunaidah

No ImageRawatan penyakit gusi yang konservatif.

PENSKALERAN

Merupakan kaedah rawatan penyakit gusi yang paling umum dan konservatif. Penskaleran adalah pembuangan karang gigi dan plak yang melekat di permukaan gigi. Proses ini selalunya menumpukan kawasan di bawah garis gusi di sepanjang akar gigi.Plak gigi lebih mudah melekat ke permukaan yang kasar. Disebabkan ini maka permukaan akar dilicinkan melalui satu proses yang dipanggil pengetaman akar atau ‘root planing’. Pengetaman akar membuang karang gigi yang tertinggal dan melicinkan permukaan akar gigi yang tidak rata.

No Image

Plak adalah bahan melekit yang penuh bakteria yang melekat di permukaan gigi. Bila ianya mengeras selepas jangka masa yang lama akibat campuran mineral dari air liur, ianya menjadi karang gigi juga dikenali sebagai tartar atau kalkulus.

Bakteria menyebabkan penyakit gusi. Plak dan karang gigi mengadakan permukaan tidak rata yang memudahkan bacteria melekat. Penskaleran dan pengetaman akar membuang permukaan ini. Pada peringkat awal penyakit gusi, penskaleran adalah mencukupi untuk merawat penyakit gusi. Ianya sangat berkesan untuk merawat keradangan gusi iaitu gingivitis. Pada peringkat lewat, penskaleran dan pengetaman akar kadang kala perlu digabungkan dengan pembedahan.

Adakah penskaleran menyakitkan?

Pada peringkat awal penyakit gusi, penskaleran mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan rasa sensitif. Gusi boleh berdarah sewaktu rawatan dijalankan. Jika penyakit gusi sudah melarat, kesakitan boleh dirasai, oleh itu doktor pergigian boleh menyuntik anestesia setempat untuk menghilangkan rasa sakit.

Bagaimana ia dijalankan?

Penskaleran dan pengetaman akar dijalankan dengan alat penskaleran ultrasonik atau alatan tangan atau kombinasi kedua-duanya. Alat ultrasonik mempunyai dua komponen iaitu:

  1. Tip logam tumpul yang bergetar pada frekuensi tinggi dan melonggarkan karang gigi dari permukaan gigi.

  2. Sistem pengairan yang menyejukkan tip logam dan membersihkan karang yang sudah tertanggal dari permukaan gigi.

Peralatan tangan pula mempunyai hujung tajam yang mengorek karang dari permukaan gigi. Penskaleran dan pengetaman akar biasanya dijalankan pada satu lawatan bagi kes yang tidak teruk atau sederhana. Bagi penyakit gusi yang teruk, ianya mungkin perlu dijalankan berulang kali kerana perdarahan yang banyak menyukarkan doktor pergigian untuk memastikan semua karang dapat dibersihkan dalam satu lawatan.

Apa yang anda rasai selepas rawatan?

Untuk beberapa hari selepas rawatan, gusi anda akan berasa sedikit sakit dan gigi mungkin berasa sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk atau panas. Doktor boleh memberikan ubat penahan sakit dan penggunaan ubat gigi sensitif akan disyorkan. Jika perdarahan banyak doktor pergigian akan mencadangkan ubat kumuran berantiseptik untuk membantu gusi cepat sembuh. Walaubagaimanapun pemberusan dan pemflosan gigi mestilah dijalankan dengan betul walaupun kurang selesa. Gusi pun akan berdarah bila diberus atau diflos buat beberapa hari tetapi dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik, gusi anda akan beransur-ansur sembuh dan perdarahan biasanya akan berhenti dalam masa seminggu.

RUJUKAN :www.dr.com.my

4 Kata-kata hikmah:

haizumie said...

siti..mahal tak? brape? doc tu buat kasar x?
sakit x?

GadisBerbajuBiru said...

yang biasa 100LE sekali dengan polish..tapi org semalam 200LE sebab pg depan kuliah tibb tu :) *penakut kan,terus pg tempat yg elok sikit haha*.doktor tu baik,dan sakit lah jugak sikit tapi ok2 je (^_^)

Anonymous said...

pengskaleran gigi ataupun cuci gigi adalah tidaklah menyakitkan...namun bagi individu yang mempunyai gigi sensitif seperti saya ini,,kesakitan yang tidak sangat tetap d
dirasai

Anonymous said...

brapa ek kos penskaleran?