Thursday, 29 April 2010

Root Canal Treatment-Rawatan Akar

ALHAMDULILLAH,tadi dah selesai Root Canal Treatment(RCT)-rawatan akar untuk gigi pre-molar ke 5 saya.Tak sakit langsung sebab nya doktor dah biuskan bahagian berkenaan tapi agak menggerunkan tengok peralatan yang tajam dan bunyi yang......tak tahu lah nak cakap macam mana.Secara jujur,sedih :( kali terakhir jumpa dentist sebelum fly ke Egypt,then balik Malaysia hari tu tak pergi jugak, pergi ahad lepas sebab sakit gigi wisdom alih-alih benda lain pula yang kena buat.Disebabkan saya penakut lah saya agak tak nak jumpa doktor,tambah2 dengan doktor di Mesir :D *sila jangan ikut perangai saya* Ok kawan2,tolong lah pergi cek gigi.Kadang-kadang kita rasa macam tak ada apa2,sihat je,ok je padahal kita tak perasan gigi yang dalam tu dah dirosakkan karies.


Gigi pre-molar ke 5 saya tak selalu sakit tapi sangat sensitif kepada benda sejuk dan panas.Rupa-rupa nya dah ada lubang kecil kat situ dan lubang tersebut telah menyebabkan lapisan pulpa (pulp) gigi tersebut terdedah (expose).Doktor bagi saya pilihan sama ada buang terus atau nak buat rawatan akar dan saya pilih rawatan akar sebab nak kekalkan fungsi gigi.


Saya tak malu nak kongsi cerita saya dengan awak semua sebab tak nak nanti awak jadi macam saya :D *serius tengah sedih :P* Gigi tak asli dah,tapi tak pelah.Bersyukur (^_^)
Please sangat2,kalau tiba2 rasa macam gigi jadi sensitif atau nampak lubang walaupun KECIL,silalah pergi jumpa doktor gigi ;) OK???

Latarbelakang

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan salah satu rawatan pilihan bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji. Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

salur akar
salur akar



Sabtu ni ada lagi pertemuan dengan doktor.Doakan semuanya baik2 saja (^_^)
LOVE YOUR TEETH,LOVE YOURSELF!

5 Kata-kata hikmah:

faramira said...

insyaAllah gigi siti gud as new nnt.. hehehe

djambu puadovich said...

amcm, dh selamat ke? :D

GadisBerbajuBiru said...

faramirah:
insyaALLAH... :) doktor tu cermat lah,cantik 'gigi baru' yg dia buat hehehe

djambu puadovich:
haha,selamat je..serius tak rasa pape sebab kena suntik bius dengan dua jarum yang besar :P..alat2 nya sangat menggerunkan,tgh2 buat tu sampai terfikir2..this is me in the future.haha.korek2 mulut org jugak ;).insyaALLAH

dealova said...

cik siti dengan giginye...
oh begitu sebati skali ^_^

GadisBerbajuBiru said...

dealova:
haha,mestilah~~~ nak jadi doktor gigi kan :P