Monday, 31 May 2010

DOAKAN GAZA

Hari ini saya tak dapat menahan air mata mendapat forward YM dari saudara Abrar seawal jam 5.30 pagi.

'3 syahid dan 30 lagi cedera'.Masih tak official tapi kalau sesiapa tengok live streaming akan dengar orang menjerit.

YA ALLAH,selamatkan mereka.Sama-sama doakan.





Saya tak faham kenapa ISRAEL jahat sangat (-_-)

Sunday, 30 May 2010

Nasi Ayam

Yum Yum,ini lah hasilnya tadi

Assalamualaikum......(^_____^) mulakan post dengan senyuman lebar sebab baru lepas makan nasi.Alhamdulillah,kenyang.Ok hari ini saya nak bagi resepi Nasi Ayam Cik Ct *perasan nya*.

Disebabkan malas menaip atau copy and paste,saya sertakan saja link haha.



OK,siap dihidang dan sedia untuk dimakan! :)

Resepi nasi ayam ni saya cari dengan bantuan encik google dari sumber yang banyak.Jadi,ambil sana sikit ambil sini sikit,inilah hasilnya.Memasak itu seni jadi ubah lah mana yang rasa nak ubah asalkan rasa nya tak lari jauh :P.SELAMAT MENCUBA (^_^) *tetiba rasa macam cakap indOn*


Saturday, 22 May 2010

Mee Hoon Sup


Mee Hoon Sup saya! :D

ALHAMDULILLAH,sekarang dah pukul 11.07 malam dan saya baru menghabiskan semangkuk mee hoon sup.Kenyang tak penting sangat,yang penting puas hati dapat masak.Disebabkan minggu ini Cik Siti,Hanagembira dan Auni ada peperiksaan,makanya kami diberi kelonggaran tak payah masak.Kalau rasa rajin boleh lah masak.Terima kasih Kak Dina a.k.a MAK DIN sebab asyik masakkan untuk kami kerana exam dia lambat lagi.Rumah kami tak ada jadual masak tapi tak pernah kebuluran sebab nya hari-hari akan ada orang masak.Siapa tak gembira dapat housemates yang rajin masak dan suka makan? :P :P :P


Oleh sebab dah 3 hari tak memasak saya rasa macam....tak tahu pula nak cakap apa huhu.Tapi malam ini tiba-tiba saja mood memasak saya datang membuak-buak.Lepas tu rasa macam nak makan sesuatu yang berkuah.Fikir punya fikir,tengok bahan apa yang ada dan akhirnya dengan bantuan encik google saya cari resepi MEE HOON SUP.


Bahan-bahan:
300 g daging batang pinang-tukar ayam
300 g udang
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan hiris menyerong setiap belahan
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 ketul kiub tulang rusuk "MAGGI" - Guna kiub ayam
4 biji telur
4 biji bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1/2 camca teh minyak bijan - guna miyak masak je
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan lain:
Mee Hoon yang siap dicelur Hirisan daun bawang/daun sup Bawang goreng Sambal kicap

Cara membuatnya:
- Hiris nipis daging ayam, cuci dan toskan.
- Kupas udang, cuci isinya dan toskan, cuci kulit udang dan rebus 20 minit dengan 1 liter air. Tapis untuk stoknya. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan lobak merah hiris
- Masak hingga layu dan tuang stok udang.
- Masukkan daging dan kiub ayam
- Biar mendidih perlahan hingga daging lembut.
- Masukkan udang dan serbuk lada hitam.
- Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi.
- Biar telur masak dengan api kecil sehingga keras.
- Tambah air jika perlu dan masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan belahan tomato.
- Masak sekejap dan rasa
- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup dengan isi2nya, tabur hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap.
- Yippi,boleh hidang!

UNTUK SAMBAL KICAP (yang ni saya tak buat pun,kalau anda rajin sila lah buat)
Tumbuk 10 - 15 biji cili padi, 2 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 2 camca besar gula pasir dan tumbuk lagi. Tuang 1/2 cawan kicap, kacau rata dan hidangkan bersama mee hoon sup.

Memasak itu seni jadi tak kisah lah nak tukar apa-apa,janji boleh makan!(^_^).Ok kawan-kawan,selamat mencuba.Buat Hana,Auni dan kengkawan dentist lain good luck untuk exam praktikal esok.Do the best!I LOVE YOU!


--->saya edit balik post ni sebab nya gatal tangan.

Friday, 21 May 2010

Aduhai bunga

Jangan biarkan bunga ini pudar warna nya,hilang seri dan bau nya serta rosak kelopaknya.Lihat lah,bukan kah bunga ini sangat indah??Seindah diri mu wahai teman :)


Semakin hari seperti makin bertambah bunga-bunga di kawasan istad.Ada yang cantik dan manis dipandang,dan ada juga yang menyakitkan mata.Aduhai,kawan si bunga pun rasa semacam apabila memandang apatah lagi dengan kumbang,belalang,lebah yang terbang ke sana ke mari.Hajat di hati ingin merehatkan badan di petang hari tapi tak pasal-pasal dapat 'cuci mata'.

* *
* *
* *
* *
* *
* *
* *

Kawan,bantu aku!Aku pasti lemah sendirian.Aku sedih melihat bunga-bunga itu
.(-_-).Beritahu pada ku apa yang harus aku lakukan??

Wednesday, 19 May 2010

Pesanan untuk mu dan untuk ku

Jika benar kamu menyayangi dia sebagai saudara seIslam,sebagai teman,sebagai kakak,adik atau apa saja,tegur lah dia sama ada secara terang-terangan mahu pun kiasan.


Kalau benar perbuatan dia menimbulkan perasaan kurang senang di hati kamu,cuba lah untuk menegur dengan sebaik-baiknya.Apabila kamu berusaha melakukan yang terbaik,insyaALLAH dia akan dapat menerima dengan hati yang terbuka.


Manusia,kadang-kadang mereka sedar dan ada rasa bahawa kelakuan mereka salah serta boleh menimbulkan perasaan tak senang kepada orang lain tapi masih mahu dan tak rasa bersalah untuk terus melakukan nya selagi semua orang berdiam diri,selagi tak ada yang berani membuka mulut.


Kalau mahukan yang terbaik buat dia,tegurlah dia :).Peringatan buat kamu,dia,mereka,kita dan saya yang lemah ini.Andai saya ada melakukan kesalahan,andai ada kelakuan saya yang tidak elok,tegurlah saya.Mungkin ada kalanya saya sendiri tak sedar.Benar,kadang-kadang saya seperti mahu ada yang menegur dan sering mengingatkan saya tentang apa-apa saja.Inilah manusia,ini lah kita (^_^)


--->Saya exam praktikal Khamis ni,doakan kejayaan saya.Terima kasih YA ALLAH kerana mempertemukan saya dengan insan-insan yang hebat! ;)

Wednesday, 12 May 2010

Marah ke dik oit??

Ada tak orang yang tak pernah marah?Dalam hatinya tak pernah timbul perasaan marah atau tak puas hati?Hmmm,mesti setiap daripada kita pernah mengalami bagaimana perasaan nak marah,betul tak?


Hari ini ada sesuatu terjadi.Saya cuba untuk berbaik sangka tapi kejadian tersebut membuat saya terfikir tentang sifat MARAH.Menjadi seseorang yang cepat marah atau garang bukan lah permintaan kita namun perasaan dan sikap tersebut sebenarnya boleh dikawal serta dididik dengan perlahan-lahan untuk menjadikan kita seorang yang lebih penyabar.


Saya bukan lah seorang pemotivasi dan pandai untuk memberi tips serta cara mengawal kemarahan tapi kalau ikut pengalaman sendiri,insyaALLAH boleh lah sikit2.Bagi saya sendiri,apabila perasaan marah 'menyerang',saya lebih suka berdiam diri walaupun muka saya yang merah dan buruk itu sudah cukup menunjukkan saya sedang menahan marah hoho.




Perasaan marah sebenarnya adalah syaitan dan syaitan pula datang nya dari api.Jadi,kalau nak marah sangat tu pergilah ambil wudhuk.Kalau sedang berdiri cubalah untuk duduk dan kalau duduk pun masih lagi membara cubalah untuk baring lepas tu ZZZZzzZZZZzzz haha :P.Pernah tak apabila marah2 kita lepaskan kemarahan terhadap benda-benda di sekeliling.Macam dalam tv lah konon nya.Baling pinggan,sepahkan meja,tutup pintu macam nak pecahkan pintu,menjerit-jerit macam orang tak sedar diri.Itu semua sangatlah tak baik.Bayangkan kalau orang tengok,orang cakap apa.Saya mengaku, zaman muda2 dulu pernah sekali dua berperangai begini,marah2 pada benda lain.Suatu hari ada seorang remaja cantik manis marah2 macam ni depan saya.Saat tu saya tengok dan sedar........'aduhai,buruknya perangai macam ni'.Buruk kan?kan?


Jadi,kita sama-sama belajar untuk bersabar.OK?:) Kalau suka marah nanti cepat tua sebabnya selalu buat muka berkerut-kerut (^_^).Jaga diri ye semua.Cik Siti exam praktikal minggu depan,doakan kejayaan saya ;)

Thursday, 6 May 2010

Luahan Kaku Sekeping Hati

Hari-hari aku seperti semakin penuh dengan harapan
aku khuatir dan bimbang
andai harapan hanya tinggal harapan
melihat segalanya dari jauh hakikatnya sudah mampu membuat aku tersenyum
bisa memberi aku ketenangan
tiada masa untuk aku memberontak
kerana semuanya aku terima dengan hati yang redha


Aah,aku terpaksa akui
ternyata memang sukar mentafsir hati manusia
di luar tampak gembira
namun rahsia di hati,tak siapa yang tahu


Yang melihat tak semestinya merasa
tapi sekarang,aku sedang melihat dan merasa
oleh sebab itu,adakalanya aku lebih selesa dan tenang andai 'hilang dari mata'
biar hilang dari mata,asal sentiasa di dalam doa


Aku berharap keberanian itu tak kan memakan diri ku sendiri
aku tak ingin keberanian itu menjadi satu kesalahan bagi diri ku kelak
saat ini aku merasakan hanya doa sentiasa memberiku kekuatan
memberi aku kekuatan untuk terus memandang ke hadapan

******
Bernafas sekejap
(yang bawah ni seperti tiada kesinambungan dengan yang atas tapi aku harap ada juga yang memahaminya)

Pelangi,siapa tak ingin pada pelangi yang cantik itu?
aku,kamu,dia dan mereka pastinya suka akan kecantikan
namun andai aku kaku dalam menghayati keindahannya
pasti aku bukan lah orang yang selayak nya untuk terus menatap sang pelangi
hadirnya bukan setiap hari tapi kemunculan nya sentiasa mampu membuat aku tersenyum
senyum bersama hati yang tenang...
itu lah yang aku harapkan


Aku sentiasa berharap,
sang pelangi tak kan hilang dari pandangan aku seperti si awan biru yang tak pernah jemu menemani langit
walau muncul mu hanya seketika selepas hujan
namun, keindahan warna mu sentiasa terpahat di hati ku :)


'YA ALLAH,semoga aku terus diberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini.Sesungguhnya Engkau jua lah yang lebih mengetahui segala keperluan dan keinginan ku.Perkenankan lah doa-doa ku.Perkenankan lah doa-doa ku.Perkenankan lah doa-doa ku YA RAHMAN,YA RAHIM'


--->aku sangat gembira andai ada yang memahami luahan kaku di atas.Maaf kan diri ini yang penuh dengan kelemahan dan kesalahan.Penat rasanya bergelumang dengan kesakitan yang masih lagi 'menyerang'.Doakan aku cepat2 sembuh.Rutin yang dah banyak lari harus diperbetulkan semula (-_-)