Thursday, 6 May 2010

Luahan Kaku Sekeping Hati

Hari-hari aku seperti semakin penuh dengan harapan
aku khuatir dan bimbang
andai harapan hanya tinggal harapan
melihat segalanya dari jauh hakikatnya sudah mampu membuat aku tersenyum
bisa memberi aku ketenangan
tiada masa untuk aku memberontak
kerana semuanya aku terima dengan hati yang redha


Aah,aku terpaksa akui
ternyata memang sukar mentafsir hati manusia
di luar tampak gembira
namun rahsia di hati,tak siapa yang tahu


Yang melihat tak semestinya merasa
tapi sekarang,aku sedang melihat dan merasa
oleh sebab itu,adakalanya aku lebih selesa dan tenang andai 'hilang dari mata'
biar hilang dari mata,asal sentiasa di dalam doa


Aku berharap keberanian itu tak kan memakan diri ku sendiri
aku tak ingin keberanian itu menjadi satu kesalahan bagi diri ku kelak
saat ini aku merasakan hanya doa sentiasa memberiku kekuatan
memberi aku kekuatan untuk terus memandang ke hadapan

******
Bernafas sekejap
(yang bawah ni seperti tiada kesinambungan dengan yang atas tapi aku harap ada juga yang memahaminya)

Pelangi,siapa tak ingin pada pelangi yang cantik itu?
aku,kamu,dia dan mereka pastinya suka akan kecantikan
namun andai aku kaku dalam menghayati keindahannya
pasti aku bukan lah orang yang selayak nya untuk terus menatap sang pelangi
hadirnya bukan setiap hari tapi kemunculan nya sentiasa mampu membuat aku tersenyum
senyum bersama hati yang tenang...
itu lah yang aku harapkan


Aku sentiasa berharap,
sang pelangi tak kan hilang dari pandangan aku seperti si awan biru yang tak pernah jemu menemani langit
walau muncul mu hanya seketika selepas hujan
namun, keindahan warna mu sentiasa terpahat di hati ku :)


'YA ALLAH,semoga aku terus diberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini.Sesungguhnya Engkau jua lah yang lebih mengetahui segala keperluan dan keinginan ku.Perkenankan lah doa-doa ku.Perkenankan lah doa-doa ku.Perkenankan lah doa-doa ku YA RAHMAN,YA RAHIM'


--->aku sangat gembira andai ada yang memahami luahan kaku di atas.Maaf kan diri ini yang penuh dengan kelemahan dan kesalahan.Penat rasanya bergelumang dengan kesakitan yang masih lagi 'menyerang'.Doakan aku cepat2 sembuh.Rutin yang dah banyak lari harus diperbetulkan semula (-_-)

5 Kata-kata hikmah:

auni said...

shbtku,
tersentuh hati ini tatkala membaca bait2 puisi yg dikau hamparkan...

shbtku...
diriku cuba memahami apa yg tersembunyi,apa yg tersirat dan tersurat...

shbtku...
doaku agar kau terus berlari dan terus berlari dlm mengejar impianmu..
jgn mudah mengalah yer...
andai dirimu terjatuh,bangkitlah kembali...
andai dirimu tersasar,kembali kpd asal posisi

kuat..!yer ct perlu kuat....!!
berjalan penuh keyakinan.krn kehidupan ini satu perjuangan..perjungan untuk kita berjaya di SANA kelak...

moga kejayaan milik awk,sy,kita2,dia dan mereka semua....ameen ya RAbb...

moga kejayaan kita semua memberi kita sinar.
biar air mata yg mengalir dipipi ayah dan bonda kita krn air mata kegembiraan...

luv you my dear siti...:)

GadisBerbajuBiru said...

auni:
maaf buat auni tersentuh ;) auni tersentuh sebab auni faham..betul tak?

terima kasih untuk kata2 semangat tu..cik siti sangat menghargainya..:)

doakan kejayaan kita bersama..

luv u too (^_^)

Gadis dari seberang Benua said...

salam ziarah ya ukhti (^_^)

jzkk for the beautiful puisi..

it's realy touch my heart..

"kadang2x kita sering tertanya-tanya kenape Allah turunkan hujan dan petir....
dan kita sering mengeluh dengan cuaca yg buruk..

rupa-rupanya Allah nak bagi kita "PELANGI" yang amat cantik..

kerana "PELANGI" yg cnatik hanya akan muncul selepas hujan (^_^)

GadisBerbajuBiru said...

gadis dari seberang benua:

terima kasih sudi ziarah..xde la beautiful sangat hehe tapi kalau buat betul2 dari hati..insyaALLAH orang yang baca pun dapat faham ;)

betul2,jadi cubalah kita belajar menjadi hamba yang menerima segala ketentuan ALLAH dengan redha..
*peringatan juga buat diri yg lemah ni (^_^)

auni said...

yer siti..kite faham...
sama2..^_^
byk yg tersirat cuba siti sampaikan disebalik kata2 siti tu...
Allah akn berikan yg terbaik buat hambaNYA..
jgn putus berharap drNYA..

u r strong siti..i know that.
prove to us that u can do..!:)

p/s:moga cepat sembuh cik siti..^_^