Saturday, 22 May 2010

Mee Hoon Sup


Mee Hoon Sup saya! :D

ALHAMDULILLAH,sekarang dah pukul 11.07 malam dan saya baru menghabiskan semangkuk mee hoon sup.Kenyang tak penting sangat,yang penting puas hati dapat masak.Disebabkan minggu ini Cik Siti,Hanagembira dan Auni ada peperiksaan,makanya kami diberi kelonggaran tak payah masak.Kalau rasa rajin boleh lah masak.Terima kasih Kak Dina a.k.a MAK DIN sebab asyik masakkan untuk kami kerana exam dia lambat lagi.Rumah kami tak ada jadual masak tapi tak pernah kebuluran sebab nya hari-hari akan ada orang masak.Siapa tak gembira dapat housemates yang rajin masak dan suka makan? :P :P :P


Oleh sebab dah 3 hari tak memasak saya rasa macam....tak tahu pula nak cakap apa huhu.Tapi malam ini tiba-tiba saja mood memasak saya datang membuak-buak.Lepas tu rasa macam nak makan sesuatu yang berkuah.Fikir punya fikir,tengok bahan apa yang ada dan akhirnya dengan bantuan encik google saya cari resepi MEE HOON SUP.


Bahan-bahan:
300 g daging batang pinang-tukar ayam
300 g udang
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan hiris menyerong setiap belahan
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 ketul kiub tulang rusuk "MAGGI" - Guna kiub ayam
4 biji telur
4 biji bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1/2 camca teh minyak bijan - guna miyak masak je
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan lain:
Mee Hoon yang siap dicelur Hirisan daun bawang/daun sup Bawang goreng Sambal kicap

Cara membuatnya:
- Hiris nipis daging ayam, cuci dan toskan.
- Kupas udang, cuci isinya dan toskan, cuci kulit udang dan rebus 20 minit dengan 1 liter air. Tapis untuk stoknya. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan lobak merah hiris
- Masak hingga layu dan tuang stok udang.
- Masukkan daging dan kiub ayam
- Biar mendidih perlahan hingga daging lembut.
- Masukkan udang dan serbuk lada hitam.
- Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi.
- Biar telur masak dengan api kecil sehingga keras.
- Tambah air jika perlu dan masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan belahan tomato.
- Masak sekejap dan rasa
- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup dengan isi2nya, tabur hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap.
- Yippi,boleh hidang!

UNTUK SAMBAL KICAP (yang ni saya tak buat pun,kalau anda rajin sila lah buat)
Tumbuk 10 - 15 biji cili padi, 2 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 2 camca besar gula pasir dan tumbuk lagi. Tuang 1/2 cawan kicap, kacau rata dan hidangkan bersama mee hoon sup.

Memasak itu seni jadi tak kisah lah nak tukar apa-apa,janji boleh makan!(^_^).Ok kawan-kawan,selamat mencuba.Buat Hana,Auni dan kengkawan dentist lain good luck untuk exam praktikal esok.Do the best!I LOVE YOU!


--->saya edit balik post ni sebab nya gatal tangan.

12 Kata-kata hikmah:

fajarimi said...

bagus,,saya suka,,nak cuba buat gak, lama dah tak makan mihun sup

Sakinah Syahirah said...

ct, nak jugak! ;)

GadisBerbajuBiru said...

faja:
buat lah,selamat mencuba :)

kinah:
mai umah orang lah ;)

faramira said...

waaa... dh ade resipi la kat cniee... =)

nice!

GadisBerbajuBiru said...

fara:
*malu2* tapi tak sehebat macam dia,asyik buat kek je.. :D

bila nak bagi orang makan? ;)

btw,tQ! (^_^)

hanagembira said...

hahaha besnyee jd housemate ct..
xyah masak wo.. lalalalla
mlm2 exam pun leh mkn ag...
ngeeeeeeeeee.... sblm exam mkn dah
pas hbs exam pun mkn lagi yiehuuuuu
weeeeeeeee
muahmuah ;ppppppp

GadisBerbajuBiru said...

:) i love u mek na!

faramira said...

ala.. kek kite bukan kenyang pon.. msk suke2 je..
lg best mee hoon sup siti.. ngee~~

p/s:kalo same kolej mmg dh lame kasik siti rse kek kite (yg x seberape ) .. heeee~

auni said...

sy sudah mkn..
sgt sedap....!terbayang2 meehun sup didapur.ahak
mekasyih cik siti sayang...^_^

ismisyakila said...

Assalamualaikum..

Erm..tetiba baby rasa nak ziarah rumah antie CT. bile ye ummi? hikhikhik.

(ni baby yang soleh lagi comeyl yg cakap ye..akak tak bersubahat..kehs3)

Tarian Pena ~GadisBerbajuBiru~ said...

waalaikumussalam

baby nak mai sini ke?kena inform dulu lah ye baru antie ct masak sedap2 kalau x tak de.haha..alalalala,bahagianya ummi ni,jeles auntie..

nak mai gtau dulu nak makan apa eh,insyaALLAH kita buat untuk ummi dan baby ;)

djambu puadovich said...

geram tgk udang...grrrr~~