Wednesday, 30 June 2010

Inilah kita


manusia memang sentiasa mengeluh
jarang merasa cukup dengan apa yang ada
terkadang lupa untuk mensyukuri segala nikmat Nya
tanpa nikmat Nya,rahmat Nya
siapalah kita sekarang
mungkin sebelah mata pun tak kan dipandang


nota kaki:
-Kenapa susah sangat kalau orang nak minta tolong (-_-),gunalah nikmat Allah dengan membantu orang yang memerlukan kita.
*peringatan juga buat diri sendiri yang sentiasa mengeluh........

Monday, 28 June 2010

Masakan kemboja




'Char'

Post saya kali ini adalah masakan kemboja yang diberi nama Char (baca dengan sebaik mungkin,hehe).Sebenarnya masih ada sambungan nama lauk ni cuma saya terlupa.Tapi biasanya kalau sebut 'char' memang dah boleh faham.Lauk char ada 3 jenis.Ada yang kena guna santan,ada yang kena guna lada kisar dan satu lagi adalah paling ringkas yang tak memerlukan santan atau pun lada kisar.Exam ada 2 minggu lebih lagi kan? jadi kalau nak jimat masa boleh lah cuba.


Bahan-bahan

-lauk dipotong mengikut keselesaan tapi biasanya dipotong kecil (ayam,daging,udang,sotong)
-2 ulas bawang putih ditumbuk
-serbuk lada hitam (sukatan terpulang kepada masing-masing)
-sayur yang dipotong (karot,kubis,bunga kubis,kacang panjang & sbg)
-garam
-gula


Cara-cara

1. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih berserta serbuk lada hitam sehingga naik bau

2. masukkan ayam dan tambah sedikit air

3.Setelah masak masukkan garam dan gula secukup rasa

4.akhir sekali masukkan sayur

5.siap untuk dimakan



Selamat mencuba! (^___^)

p/s:Kalau nak banyak kuah boleh tambahkan lagi air.Lauk char biasanya memang tak berkuah sangat tapi memandangkan housemates saya suka makan kuah banyak2 jadi saya tambahkan lagi air supaya lebih berkuah

Thursday, 24 June 2010

Hijab



Mungkin ada kaitan juga dengan post ini GULA-GULA (klik).Kadang-kadang kita tak perlu berbicara panjang berjela,cukup dengan sekeping gambar yang boleh memberi peringatan.

Wednesday, 23 June 2010

Nur Raihan

Gadisberbajubiru berwajah baru dan nama pun dah ditukar kepada Nur Raihan yang membawa maksud cahaya bunga-bungaan yang harum.Ada juga kawan beritahu yang Raihan adalah salah satu wangian syurga,yang ini saya pun tak berapa pasti.


Ada yang bertanya saya,

kenapa Nur Raihan?

siapa Raihan ni?


Nur Raihan adalah nama kegemaran ayah saya.Nak diberi pada anak perempuan selepas saya tapi tak ada rezeki sebab semuanya hero.Anak dah tak dapat maknanya bawa kepada cucu lah pulak,betul tak? ;)


Oh,atas sebab2 tertentu saya tak jadi nak privatekan blog.What i can say,people always can change their mind and sometimes it only takes a second serta saya sangat percaya yang kita amat dipengaruhi orang-orang dan persekitaran di sekeliling.Menerima atau melihat sesuatu perkara serta berita yang kita tak jangka kan hakikatnya boleh membuat kita berubah.Itulah yang berlaku kepada saya (^__^)


Hidup adalah keyakinan dan perjuangan.Hari demi hari,saya semakin dewasa.Mungkin masih tak dewasa dari fizikalnya tapi saya harap saya mampu untuk dewasa dari segi pemikiran dan tingkah laku.Semoga kita semakin dewasa bersandarkan pengalaman dan cabaran dalam kehidupan.

Monday, 21 June 2010

Tomorrow

My last paper :)

Organic chemistry.All the structures have been always 'berhantu' to me :P

May success be with us,InsyaALLAH





nota kaki:
-saya asyik dapat mimpi bukan2 pasal exam (-_-)

-Dia lelaki terhebat di mata dan hati ku,patah tak tumbuh,hilang tak kan berganti.Terima kasih ayah :).Selamat hari bapa


-esok 21Jun,genap lah 20 tahun 5 bulan saya hidup di muka bumi ALLAH

-Nak share 1 artikel ustaz hasrizal 'anak ku mahu kahwin'.Sangat suka dengan ayat ustaz,menjadi seorang suami dan bapa, adalah pencapaian paling besar di sepanjang hidup ini

Sunday, 20 June 2010

Dari Hamka



"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya". ( Hamka ).

Thursday, 10 June 2010

Selamat pengantin baru


'Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYa ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan DIA menjadikan di antara mu rasa kasih dan sayang.Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir'
AR-RUM:21



Selamat pengantin baru buat Kak ma dan abang Hafiz (eh pelik pulak bunyi nya :P) Semoga kekal bahagia ke akhir hayat dan sampai ke syurga,ameen.Akad nikah mereka sememangnya berbeza dari kebiasaan.Kak ma ada di Mesir dan abang Hafiz ada di Malaysia.Alhamdulillah majlis di kedua-dua tempat berjalan dengan lancar dan hanya dibuat secara kecil-kecilan.Dalam pukul 10.30 pagi (betul ke eh?lupa lak) waktu Mesir status Kak ma bertukar ---> dah jadi isteri orang :P :P :P macam tak caya je huhu.Bahagia je saya tengok Kak ma :).InsyaALLAH dalam bulan 9 ni suami Kak ma akan sambung belajar kat Mesir.KAK MA,sabar deh tunggu.Seorang isteri tak kan jemu menunggu suami nya..ceh,cik siti koya pehe.


Saya tak tahu nak tulis macam mana sebenarnya.Jadi tengok je la gambar yang tak cantik dan tak banyak ni ye.Saya jadi 'orang dapur' semasa majlis jadinya tak sempat ambil gambar banyak2 sangat.Maaf la gambar pengantin tak ada.Kalau nak tengok mintak dengan Kak ma sendiri ye :D.Terima kasih kepada semua yang menolong ;)





Menu semasa majlis




Yum yum,sedapnya



Kredit kepada Kak Oom dan gengnya untuk makanan yang sangat sedap ni juga kepada Kak Nana merangkap 'abah' serta Kak Milah merangkap 'ummi' kepada Kak ma.Orang yang paling bertungkus lumus untuk majlis Kak ma :) hehehe


nota kaki:

-Demi beli barang2 untuk majlis Kak ma,akhirnya sampai jugak saya ke Awadalla untuk kali pertama..besar sangat tempat tu rupanya..ketinggalan zaman,baru pergi.haha

-Saya juga ke Markas DPMM dan sempat membeli 4 buah buku dari perpustakaan.
1.Freemansory,Orientalisme dan Kristianisasi
2.400 kata-kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib
3.Berteduh di Kebun cinta
4.Cahaya Al-Muhammadiyyah
InsyaALLAH,kalau sempat summer ni saya akan bedah semuanya @_@.Sesiapa nak pinjam jangan segan2 ye :).Too many books,too little time.

-Membelek2 buku '400 kata-kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib'.Tersenyum saya pada satu kata-kata dalam buku tersebut.'Seseorang wanita boleh merahsiakan cintanya selama 40 tahun,namun dia tidak mampu menyembunyikan kebenciaan nya walaupun sesaat'.Hmmmm...

-Good luck kepada kawan2 yang sedang exam dan akan exam 12 Jun ni.Semoga ALLAH membalas usaha kita dengan kejayaan (^___^)


Monday, 7 June 2010

Aja aja fighting!


Left unspoken.Kadang-kadang diam tu lagi baik.Biar diam,diam yang bermakna (^_^)



Open your eyes,your heart and your mind


Forgive everyone for the sake of ukhuwah.We do it to get well and move on.



Life is about trying.So,never give up!


nota kaki:

suka saya petik kata2 kakyu,
-Pelik tetapi benar, ada orang on YM tapi invisible hanya semata-mata untuk melihat status orang lain sahaja.

-Lebih pelik dan lebih benar lagi, ada orang rasa gembira apabila melihat anda online YM walaupun anda tidak menegur dia kerana baginya cukuplah anda online sebagai tanda anda masih bernyawa.
adakah anda dalam kelompok ni?Jangan risau,anda normal ;)


-Oh ada orang hantar mesej kat FB hana.Pasal post ni -warkah ADAM kepada HAWA- Bacalah wahai kaum Hawa :)


-Hari ini saya masak bubur jagung.Entah berapa banyak gula saya masukkan tapi still tak manis sangat.Betul ke gula mesir memang kurang manis??? @_@


-Jom layan lagu FIFA WORLD CUP versi PALESTIN -WAVING FLAG-






Saturday, 5 June 2010

The Candle Light In Palestine


When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back


So many wars, settling scores
Bringing us promises, leaving us poor
I heard them say, love is the way
Love is the answer, that’s what they say,


But look how they treat us, make us believers
We fight their battles, then they deceive us
Try to control us, they couldn’t hold us
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers


But we struggling, fighting to eat
And we wondering, when we’ll be free
So we patiently wait, for that faithful day
It’s not far away, but for now we say


When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back






Wednesday, 2 June 2010

Selamat Hari Lahir Mek Ka!

SELAMAT HARI LAHIR yang ke 21 buat ZULAIKHA AMIN (^_^)

~semoga jadi anak,wanita dan bakal isteri solehah :P :P :P

~dipanjang umur,dimurahkan rezeki

~berjaya dan bahagia dunia akhirat

~semoga jadi doktor gigi yang bertaqwa dan cool lepas tu pergi join mercy.OK? ;)..jangan lupa doakan PALESTIN dan seluruh umat Islam


Walaupun rancangan asal kami tak menjadi tapi tak apa lah..dapat jugak buat surprise.Semua orang sibuk siapkan makanan selepas Subuh tadi dan Hana ialah chef pertama dibantu Kak Dina dan Auni.Saya pula hanya perlu menguruskan Kak Ika tapi gagal.Minta maaf semua.haha.Tengah orang busy siapkan semua makanan, saya hanya menjadi reporter untuk LifeLine For Gaza *koya*

Sebenarnya nak siapkan semalam tapi disebabkan penat berjalan2 di Sikkah tak dapatlah nak buat terus.Selepas solat Subuh pagi tadi terus berasap dapur.Oh terima kasih kepada orang yang beli roti dan telur.Rancangan awal nya nak bawak Kak ika pergi library Mubarak tapi memandangkan kalau pergi sana cik siti asyik mengantuk dan melayan buku2 cerita jadi cik siti pun cakap lah nak pergi library gamaah.Tapi kak ika ni balik awal lah pulak sebab tak duduk semeja dan arab meja dia buat bising.Hantar mesej,terus blah..tak sempat nak panggil balik.Call berpuluh-puluh kali tak angkat *OVER* haha.Jadi cik siti pun balik rumah awal jugak dengan penuh kecewa.

Tak larat nak bercerita banyak2.Last2 kak ika call balik Hana dan kami pun suruh lah dia datang rumah kami.Terima kasih buat Hana,Mak Din dan Auni sebab bertungkus-lumus.Kalau sesiapa nak resepi makanan kat bawah ni minta dengan Hanagembira ye,tak pun tunggu summer ni..dia akan buat blog ke 2 nya..its about cooking,do support her! ;).Jom layan gambar.

ZULAIKHA-KAKA-BANDAAVATAR-TEMBAM


with gedem a.k.a hanagembira


tengok cupcakes kami!


ini pai ayam...yum yum best nya


ini pulak pai epal..makan sikit je,sebab dah kenyang sangat


Hana kata ini DUGONG PUFF.haha :P



with love ~GEDEM-POLIS-SOTONG-USTAZAH AUNI-MEK JAH~

Dalam kita bergembira semoga kita tak lupa pada yang sedang dalam kesusahan.Doakan kemenangan ISLAM!

Tuesday, 1 June 2010

Doa Qunut Nazilah




Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami.

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan
mereka.

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka.

Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan yang gagah perkasa!
Wahai Tuhan yang penuh raksasa!
Wahai Tuhan yang bersifat murka!

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab!
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab!

Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!

Dan menangkan kami ke atas mereka.


SAMA-SAMA MENDOAKAN GAZA DAN SELURUH UMAT ISLAM.