Monday, 28 June 2010

Masakan kemboja




'Char'

Post saya kali ini adalah masakan kemboja yang diberi nama Char (baca dengan sebaik mungkin,hehe).Sebenarnya masih ada sambungan nama lauk ni cuma saya terlupa.Tapi biasanya kalau sebut 'char' memang dah boleh faham.Lauk char ada 3 jenis.Ada yang kena guna santan,ada yang kena guna lada kisar dan satu lagi adalah paling ringkas yang tak memerlukan santan atau pun lada kisar.Exam ada 2 minggu lebih lagi kan? jadi kalau nak jimat masa boleh lah cuba.


Bahan-bahan

-lauk dipotong mengikut keselesaan tapi biasanya dipotong kecil (ayam,daging,udang,sotong)
-2 ulas bawang putih ditumbuk
-serbuk lada hitam (sukatan terpulang kepada masing-masing)
-sayur yang dipotong (karot,kubis,bunga kubis,kacang panjang & sbg)
-garam
-gula


Cara-cara

1. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih berserta serbuk lada hitam sehingga naik bau

2. masukkan ayam dan tambah sedikit air

3.Setelah masak masukkan garam dan gula secukup rasa

4.akhir sekali masukkan sayur

5.siap untuk dimakan



Selamat mencuba! (^___^)

p/s:Kalau nak banyak kuah boleh tambahkan lagi air.Lauk char biasanya memang tak berkuah sangat tapi memandangkan housemates saya suka makan kuah banyak2 jadi saya tambahkan lagi air supaya lebih berkuah

5 Kata-kata hikmah:

faramira said...

waaaaaaaaahhh3!

nmpk sedap~~ (^__^)

Nur Raihan said...

waaaah3!

cubalah ;) fara kan suka masak.

~BeInIsNeIn~ said...

tp lagi sedap kalau ade org siap masakkan kn? kuikuikui...

*komen ni semata2 sbb nk test follow-up comments... cam x jadik sgt jerh.. hurm.. any idea nape??

Nur Raihan said...

mmg lah best org masakkan:)

oh,entah le..hmmm.maalish

Anonymous said...

sedap!!!