Friday, 30 July 2010

Snowy~


Sekali lagi entry pasal kucing yang bernama snowy.Saya sepatutnya menghabiskan masa untuk study tapi,keadaan snowy sedikit sebanyak menggugat emosi saya.

Si putih comel ini sepatutnya dijaga oleh saya sekarang tapi kerana terlupa untuk mengambil kunci rumah kak aina tempoh hari (sebelum kak aina balik Malaysia),snowy terpaksa bersendirian.Hajat saya untuk stay di rumah kak aina bersama-sama snowy tak kesampaian.Keadaan rumah saya yang tiada balkoni dan ada pula housemate yang 'tak berapa ngam' dengan kucing pasti menyukarkan semua orang dan snowy sendiri kalau snowy berada di sini.

Rasa bersalah dan sedih setiap kali memikirkan snowy.Terngiang-ngiang pesanan mak di telinga.'Jangan menzalimi kucing kalau nak jaga sangat'.Snowy sekarang bersendirian di rumah babanya.Setiap pagi jiran rumah depan datang menjenguknya tapi saya tahu snowy sedang kesunyian.Snowy sepatutnya bersama saya dan sekarang saya rasa seperti saya sedang menzalimi nya :(

Kadang-kadang saya berharap snowy atau mana-mana kucing sekali pun atas muka bumi ini boleh bercakap.Ceritakan segala rasa dalam hati mereka.Biar mereka luahkan tentang perbuatan manusia-manusia di sekeliling mereka.Tapi ini semua kejadian Allah,pasti ada kebaikan nya Allah ciptakan makhluknya sedemikan rupa.

Hari ini sekali lagi snowy mengajar saya erti kasih sayang.Kasih sayang kepada makhluk Allah selain daripada manusia.
Hari ini sekali lagi snowy membuatkan saya menitiskan air mata.Bersalahnya saya kepada Tuhan yang menciptakan snowy.

Esok saya akan bertemu snowy.Semoga snowy tak kan menunjukkan muka 'monyoknya' di hadapan saya.Dan saya tahu,pasti saat bertemu dengan snowy esok hari saya akan bercakap serta bercerita itu dan ini gayanya seperti snowy memahami apa yang cuba saya sampaikan.Saya sendiri tak pasti sama ada kucing memahami atau tidak apa yang manusia cakapkan tapi satu perkara yang saya dapat rasakan adalah,kucing mendengar pada kita.

Monday, 26 July 2010

PESANAN

Jiwa seorang a'bid sentiasa merasakan setiap ujian itu adalah hadiah istimewa dari Allah untuknya.Bersabarlah atas segala ujian yang melanda,kerana Dia punya rencana terbaik buatmu.

'Wahai orang-orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
AL-BAQARAH:153


'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar.
ALI-IMRAN:142

Malam ini NISFU SYAABAN.Sama-samalah kita manfaatkan kelebihannya.Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.Hari nisfu
sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan
diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb
sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).


Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

La Tahzan

Bermula semalam result untuk pelajar medik tahun 1 dan 2 sudah boleh diketahui melalui on9.Pelajar2 dentist pula result dah dikeluarkan hampir seminggu.Alhamdulillah,ada yang lulus semua,ada yang kena reseat dan ada yang kena repeat year.Bagi pelajar medik semestinya masih tiada istilah repeat year selepas exam kali pertama tapi bagi kami pelajar pergigian,sekiranya fail 3 papers kami tak akan dapat peluang kedua untuk reseat.Apa-apa pun keputusan nya,terima lah dengan hati yang redha.


Hari ini saya agak terkesan dengan seseorang.

'Camne result?dah cek ke?ok tak?

'Alhamdulillah,kena 4 papers'


Huh,malu sangat terhadap dia.Masih boleh tersenyum dan begitu tenang sekali serta tak lupa untuk mengucapkan alhamdulillah.Nampak sangat dia cukup bersedia untuk menerima apa jua takdir Allah.Kata-kata ustaz semalam terngiang-ngiang di telinga.Apabila gagal atau berjaya, perasaan kita sepatutnya sama.Kita tetap hamba Allah.Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedih.Segala musibah yang menimpa kita adalah kerana tindakan kita sendiri.Pandang kembali pada diri kita.Mungkin ada salah silap kita di mana-mana.Sama ada dengan Allah?atau dengan ibu bapa kita?atau dengan kawan-kawan?


Sama ada kita berusaha atau tidak,yakin lah pada Allah.Yakin sepenuhnya pada Allah.Kebanyakan daripada kita berasa yakin apabila kita berusaha,belajar siang dan malam tapi goyah apabila kita rasa study tak banyak,banyak topik lagi tak cover,hafal asyik tak ingat2.Di sini menunjukkan kita sebenarnya tak yakin sepenuhnya pada Allah sebaliknya bergantung dengan kesungguhan kita,perbuatan kita.


Tempoh hari ada teman yang berborak-borak dengan saya dan bertanya kepada saya.


'Ada budak tu.. orang tengok dia couple,lepas tu tak jaga diri elok2 pun,study biasa2 je..tapi kenapa dia lepas exam?'


Kemudian saya teringat kata-kata seorang akak kepada saya berkenaan hal yang sama.Ustaz Salman pun ada sebut semalam.Itu adalah istidraj.Apabila seseorang itu lupa kepada Allah,Allah akan buka segala pintu-pintu dunia.Allah berikan pangkat,kejayaan,kemewahan supaya mereka terus kufur dan azab di akhirat pasti lebih besar untuk golongan ini.

Jadi bersyukur lah sekiranya kita bukan lah golongan di atas dan Allah menghantar ujian untuk kita.Mungkin Allah sedang memberi kita peluang untuk insaf serta mengurangkan azab di akhirat kelak atas kesalahan kita.

Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat

Minggu lepas semasa saya sedang bersedih, terlalu banyak rasanya kata-kata semangat yang saya dapat.Saat ini pun saya bukan lah orang yang paling layak untuk memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain tapi atas rasa 'saya faham perasaan itu',saya seperti terpanggil untuk mencoret sesuatu.Saya sering rasa susah,dan benarlah seperti apa yang saya sentiasa pegang.Susah banyak mana pun kita ingatlah, sentiasa ada orang yang lebih susah daripada kita.


Apabila kita bersusah hati atau sedih,bacalah Al-Quran.Terlalu banyak ayat-ayat yang dapat menenangkan kita.Kadang-kadang seperti satu kebetulan,kita akan bertemu dengan ayat yang sesuai dengan keadaan kita pada masa tersebut.Jangan bersedih,Allah bersama kita.


Hari ini aku belajar lagi sesuatu tentang kehidupan.Dan hari ini juga aku bertemu dengan ramai orang yang mencemburui mereka.Semoga terus diberi kekuatan (^_^).

Friday, 23 July 2010

Tuan Mu Adalah Tuhan Mu


3.56 pagi,
Syari' Nokitty,Mansurah,Egypt

Dia merenung ke langit,mencari-cari si bulan.Hari ini 11 Syaaban.Belum tiba masanya lagi untuk melihat si purnama.Hampir pagi,sekali lagi dia memandang ke atas.Bulan sudah tak kelihatan,mungkin ditutupi dengan awan.Awan yang bergerak laju.Langit kelihatan merah dan hanya ditemani 3 bintang.Hilang serinya..namun di rasakan saat itu sangat indah,begitu tenang tanpa suara manusia atau bunyi hon yang membingitkan telinga.SUBHANALLAH.


Mungkin sudah ada jasad yang bangkit dari lena untuk menghadap penciptaNya.Mungkin juga masih ada yang berjaga demi menyelesaikan urusan dunia yang tak pernah selesai...


Islam mengajar kita untuk mengamati keindahan ciptaan Allah.Dia tahu,hari ini dia belajar tentang alam Allah dan dia sangat kagum dengan semua ciptaanNya.Seperti tiada apa lagi yang dapat menafikan bahawa benarlah alam ini ada penciptanya,ada tuannya.Setiap kapal punya satu nakhoda dan begitu juga dengan alam ini.Hanya satu penciptanya.Hanya satu.ALLAH.


Percayakah engkau andai dia katakan bahawa engkau juga ada tuan yang mencipta mu?yang menjaga mu?yang sentiasa memerhatikan mu?yang sentiasa memberikan mu rezeki walaupun engkau selalu mencuri tulang.Sampai bila engkau dengan sikap mu itu? (-_-)


Dia dan engkau,bersyukur lah kamu.Bersyukur lah.Bersyukur lah.Bersyukur lah.

Wednesday, 21 July 2010

Malaysia

p/s:

Selamat jalan sayang-sayang ku.
Doakan aku dalam perjalanan musafir mu.
Biar nama aku meniti di bibir mu saat kau lafazkan doa mu.
Biar jauh di mata,tapi dekat di hati.
2 bulan lagi kita bertemu lagi,insyaAllah.


Lompong di hati ini dipenuhi dengan cinta ukhwah daripada mereka.
Terima kasih (^_^)

Ini untuk awak!Awak tahu awak siapa ;)

Sunday, 18 July 2010

Kebajikan apa pun yang kamu peroleh,adalah dari sisi Allah,dan keburukan apa pun yang menimpamu,itu dari (kesalahan) diri mu sendiri.Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi rasul kepada (seluruh) manusia.Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

An-Nisa':79

Friday, 16 July 2010

Allah sedang berbicara dengan mu

Episod duka dalam hidup saya kembali lagi.Kembali menggugat segala kekuatan yang telah saya kutip sepanjang setahun ini.Lemah lutut saya berhadapan dengan situasi yang sama buat kali ketiga secara berturut-turut.Saat ini,hati saya semakin merindui pada kejayaan.Hati saya semakin mencemburui mereka yang berjaya,tersenyum lebar sambil melafazkan kalimah 'alhamdulillah' saat melihat keputusan yang di tampal pada papan kenyataan.

'lailahailallah.........'

Mengucap panjang doktor Ghaber mengetahui saya gagal lagi.Matanya menunjukkan perasaan simpati terhadap saya.Cuba untuk menahan air mata tapi ternyata saya gagal.Pedih rasanya,seharian terperuk di dalam bilik.Saya perlu bersendirian tapi saya masih memerlukan kata-kata semangat daripada teman-teman.Saya mesti mengutip balik segala sisa kekuatan yang masih ada.Tafsir Quran saya capai.Membelek-belek mencari ayat kegemaran saya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.......' 2:286

Bagaimana harus saya sampaikan pada ayah dan mak bahawa saya telah mengecewakan mereka sekali lagi.Pasti saya akan menangis lagi kalau bercakap dalam telefon lantas hanya SMS yang dihantar.

'Salam,ayah.Result dah keluar.Tak lepas lagi..tapi ada sekali lagi peluang.Maafkan kak ngah.Dah usaha tapi tetap tak dapat.Bersangka baik dengan Allah'

Walau apa pun ujian yang Allah bagi,bersangka baik dengan DIA.Itulah pesanan ayah yang paling saya ingat ketika saya diuji.Saya sudah berfikir2 untuk pulang ke Malaysia selamanya dan saya fikir ayah pun mungkin akan memberitahu perkara yang sama.Menangis lagi selepas menerima SMS ayah.Pastinya takkan ada yang dapat menggantikan mereka dalam hati saya.

'Ayah dan mak sentiasa mendoakan semua,peluang masih ada'

Malu nya terhadap mereka :(.Bersyukur saya dikurniakan keluarga yang sangat supportive.Sentiasa menerima setiap keburukan dan kebaikan saya.

Saya masih ada masa sebulan lebih untuk revise balik semuanya.Segala perancangan summer terpaksa saya batalkan.Hanya sekali lagi peluang.Hanya sekali.Biar hari ini seharian saya menangis tapi apabila munculnya mentari esok hari,saya takkan bersedih lagi.Esok saya takkan bersedih lagi!

END is not the end.. infact E.N.D. Means Effort Never Dies

Every successful person has a painful story,AND Every painful story has a successful ending,So,Accept the pain and get ready for success...

Bukan ingin menagih simpati dengan menulis cerita yang sedih.Tapi saya juga ingin memberikan semangat buat teman-teman lain.Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.Kita rasa susah,pedih dan penat hakikatnya ada ramai lagi orang yang susahnya berganda-ganda daripada kita.

Allah,gantikan kepedihan ini dengan kesenangan,jadikan kesedihan ini awal kebahagiaan dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Jangan sedih kalau kita gagal,jangan rasa rendah diri kalau kita tak dapat naik tahun.Kita ada kelebihan tersendiri dan mereka pun ada kelebihan mereka sendiri.Teruskan perjuangan,jangan pernah kenal erti putus asa.

15 JULAI 2010


p/s:
Berikan saya sedikit masa untuk 'berehat' dari perkara2 yang lain.Terima kasih kepada yang memberi semangat.Tolong doakan kejayaan saya.Saya ingin berjaya seperti anda.

Awak,jangan putus asa.Jangan menangis banyak2.Buruk.Nanti mata jadi sepet macam orang cina,lepas tu muka bengkak2.Tak caya pergi tengok cermin.Buruk kan?Saya pun dah jadi macam anak cina ni @_@.Mentari esok masih ada untuk kita.Ingat,Allah sedang berbicara dengan mu.Saya pun sedang bersedih seperti awak tapi saya pasti awak boleh berharap pada saya (^__^)

Thursday, 15 July 2010

Aku Rindu Pada Satu Nama

KEJAYAAN

Di mana lagi harus aku kutip kekuatan?
Adakah aku sememangnya kuat untuk menghadapi kenyataan ini

BENAR,aku rindu pada nama itu
aku rindu pada kelegaan saat mendapatnya
aku rindu pada ketenangan saat mendengarnya

BENAR,aku rindu pada satu nama

KEJAYAAN

Teman,berikan aku semangat untuk menatap wajah mu
Berikan aku semangat untuk menghadapi hari esok
dan hari-hari mendatang


Kini aku hanya mampu berikan senyuman palsu ku



Wednesday, 14 July 2010

RESULT

RASA YANG MEMBUNUH-Sakinah Syahirah

setiap nafas, kata dan lafaz
aku hela puas-puas.
setiap getaran dan debaran,
aku biar hingga lemas.

semua rasa itu bagai lali
bagai sebati
larut dalam acuan diri

lelah dan kalah
bagai sentiasa
bagai biasa
bagi jiwa yang kecewa

takut dan gerun
bagai sahabat.
berani dan tabah
bagai musuh.

luluh. hancur dan lebur.
tapi masih memandang pada sesuatu
yang aku gelar
harapan


Semoga kejayaan bersama kita


teringat peristiwa tahun lepas :( takut untuk menerima apa keputusannya *speechless*

Tuesday, 13 July 2010

Tae Guk Ki (The Brotherhood of War)

AMARAN:Entry tentang sejarah (saya tahu ramai tak suka sejarah :D)



Semalam akhirnya saya 'bertemu' jua dengan filem Tae Guk Ki @ The Brotherhood Of War.Filem ini dikeluarkan pada tahun 2004,namun semalam baru saya berpeluang untuk menontonnya walaupun dah lama teringin nak tengok.Mungkin tak ramai yang minat cerita perang2 jadi kalau pinjam hard disk banyak2 pun belum tentu ada cerita ni.Watak utama diterajui oleh Jang Dong Gun,memegang watak Lee Jin Tae dan adiknya dilakonkan oleh Won Bin,memegang watak Lee Jin Seok.Cerita berlaku di Seoul,sekitar tahun 1950-semasa peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara.Kalau nak baca sinopsis cerita,KLIK SINI.


Sebenarnya cerita ni benar2 membuatkan saya teringat pada ayah dan mak.Ayah pernah dipaksa menjadi askar vietnam dan mereka hidup seperti pelarian.Terpaksa meninggalkan rumah dan bersembunyi.Ayah juga terpaksa berpisah dengan keluarga dan akhirnya bertemu semula di Malaysia setelah lari dari askar dan pergi ke Thailand.Semua orang ingat ayah dah mati tapi dengan kuasa ALLAH keluarga kami bersatu kembali di Malaysia.Oh,masa peperangan ni saya masih tak wujud ye :P

Cerita Tak Guk Ki membuatkan saya terpaksa berusaha mencari tentang sejarah peperangan Korea Selatan dan Korea Utara sebab curious.Encik Google ada,jom kita usha sejarah negara Korea.


Errrmm sebenarnya nak tulis secara ringkas pun saya rasa tak reti + malas taip2 :D.Jadi baca kat sini jugak lah.Sangat panjang dan dalam campur2 bahasa indon.Kalau malas tak payah baca ;)


Selamat membaca sejarah.hoho.Hari ni dah ada kawan2 medik yang habis exam.Semoga semua nya dah lakukan yang terbaik,usaha habis-habisan.Sekarang kita berdoa semoga kejayaan milik kita semua.Result budak dentists dah nak keluar dan saya sangat cuak,cuak dan cuak juga trauma.Rasa macam tak nak pergi tengok (-___-)

Ok kawan2,doakan kejayaan kita semua ye (^__^)


Sunday, 11 July 2010

LUPA

Aku hanya manusia biasa yang sentiasa lupa,terlupa,melupai,sengaja melupakan.Lupa barang,lupa orang,lupa jalan,lupa buat kerja,paling besar lupa untuk bersyukur dengan nikmat ALLAH.Macam ni lah kita.Betul tak?Kan?Kan?

Semoga ALLAH mengingatkan kembali apa yang aku lupa




Sebahagian kertas kerja saya hilang,data hilang.Aduh,perlu cuba untuk ingat kembali.Dah nak mula rasa tertekan,tak pasal-pasal nanti muka cepat berkedut hoho.

P/S:
Unit Sukan dan Aktiviti Luar akan mengadakan kembara ke Matruh Siwa julai ini selama 3 hari 2 malam (ikhwah -20,21,22. akhawat - 24,25,26). Tempat adalah terhad, jadi berdaftarlah segera kepada wakil-wakil ( w.m.Syazani - 011 226 7751 , Nur Muhd -016 506 4448 , Manal Ismail - 011 851 8904 , Siti Fatimah- 014 274 4285 ). Maklumat lanjut akan menyusul segera.Jom pergi beramai-ramai.Beriadah sambil mengeratkan ukhwah :)

Saturday, 10 July 2010

Bila Tuhan Ada Untuk mu?

Sekali lagi aku belajar
tentang manusia
keluhnya panjang
hidupnya penuh onak duri
harapannya setinggi langit
hatinya serapuh kaca

Ditikam!
pecah berderai
keluhannya kedengaran kembali
harapan semakin menggunung

'Tuhan,harapan ini aku sandarkan padaMU..buangkan segala keluh resah ku'

Manusia itu terus berdoa
dengan secebis iman
bersama sisa air mata

Melodi sukma menari
tak bertemu liriknya
rosak,punah,hancur!

'Tuhan,harapan ini aku sandarkan padaMU..tenangkan hati ku'

Tuhan tarik keluh resah itu
Tuhan kurnia tenangnya hati
namun
Tuhan pudar kembali dari kalbunya

Ditikam lagi!
pecah berderai
keluhannya kedengaran kembali
harapan semakin menggunung
Tangan menadah ke langit
mengharap nikmat Tuhannya sekali lagi
tanpa ada secebis malu

Hey manusia,bila Tuhan ada untuk mu?
Setiap masa?
Saat susah?
Ketika senang?
Tepuk dada,tanya iman


p/s:
Saya tengah mereng,terhasil lah puisi ini.Semoga ada yang faham (-__-)



Friday, 9 July 2010

Di mana silapnya?

Siapa yang bersalah?

Tadi saya membelek2 FB pertama saya.Sudah lama tak 'meneroka' melihat teman-teman lama.Kemudiannya mata saya tertancap pada satu album seorang kawan lama.Satu album yang penuh dengan gambar buah hatinya.Aduh bergetar jiwa,diam seribu bahasa,hanya mata berkelip-kelip melihat gambar-gambar tersebut yang sememangnya menjadi tontonan satu dunia(kalau tak buat private).


Budaya couple seperti sudah menjadi satu trend buat anak-anak muda zaman sekarang.Mungkin budak sekolah rendah pun dah pandai 'berbuaya friend' dan 'bergeli friend' apatah lagi pelajar universiti.Bercinta bagai nak rak.Ke sana ke mari,ke hulu ke hilir macam belangkas.Ada motor,bawa atas belakang.Ada kereta,jadi teman di sebelah.Sakit mata melihat,tapi kadang-kadang tak semua mampu bersuara untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar hatta saya sendiri pun.


Kesian saya tengok budak-budak sekolah yang masih hijau,terlalu muda rasanya untuk terlibat dalam kes bercinta.Pernah saya menegur seorang adik,secara direct pun sudah,menyindir pun sudah sampaikan tak tertahan rasanya perasaan geram namun di kata pula kepada saya 'open minded lah sikit kak'.Lemah lutut saya berhadapan dengan mereka yang sebegini.


Pernah juga berborak-borak dengan seorang teman tentang menegur di dalam blog.Ada benarnya juga kata beliau,kadang-kadang orang sama je yang baca,orang yang memang dah faham.Orang yang tak faham bukan nya nak baca sangat benda-benda macam ni.Yang sedar mungkin makin bertambah kesedarannya tapi yang tak faham terus dengan dunia songsangnya.


Entah di mana silapnya.Siapa yang bersalah?Ibu bapa?diri kita sendiri?Teman-teman?Masyarakat sekeliling?Penat,mengeluh melihat dunia sekarang.


Nota kaki:
-Makin bertambah hebat cabaran ibu bapa zaman sekarang dalam mendidik anak-anak.Tetiba takut pula nak ada anak,adeh
-Esok ke Cairo,hantar nenek along balik msia.Terubat rindu pada mak :)
-Good luck kawan-kawan medik untuk oral.Do the best!






Thursday, 8 July 2010

Ibu

along,good boy (^_^)

kak aimi junior ;)

Hari ini baru saya berpeluang menziarahi Kak Aimi dan baby boy nya,Abdullah Fathi B.Mohd Izzat@Along.Sepatutnya semalam saya ke rumah mereka untuk menemani kak aimi sebab ayah along bersama mak nya(nenek along :P) nak pergi mendaftarkan kelahiran along tapi memandangkan along tak sihat,terpaksa batalkan.


Pukul 3 petang saya ke sana bersama kak didi.Sejam lebih berada di sana sangat membahagiakan.Tak puas tengok muka along.Sempat juga belajar cara mandikan bayi,melihat mak mertua kak aimi buat itu dan buat ini.Macam pergi kursus pulak.Mendengar cerita kak aimi tentang along yang tak berapa sihat membuatkan hati saya terdetik masa tu,'bukan senang nak jadi ibu'.Sakit melahirkan,penat menjaga dari kecil sehingga dewasa,bersusah payah mendidik menjadi orang yang baik.Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu.Kerana itu 'syurga di bawah tapak kaki ibu'.


Tadi sempat juga bagi sedikit hadiah untuk along.Dua pasang baju baby berwarna biru.Nanti minat biru macam acik jugak lah ye huhu.Hadiah yang dah lama dibeli,tapi disimpan dan saya hanya menunggu anak siapa yang bakal dapat baju tu.Ini lah gara-gara tak tahan tengok baju dan stokin budak yang comel2.Main beli je,lepas tu simpan :PPP


Tak sabar nak ada anak sendiri walaupun kadang-kadang terfikir 'aku ni dah bersedia ke nak jadi ibu?'.Huhu,cukup dengan melihat kanak-kanak boleh membuat saya rasa lega dan bahagia.
Oh tadi baca blog ustaz kadir,ada satu isi yang saya rasa sangat bermakna.Ketika mencari jodoh janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita (^__^).


Along,cepat2 besar ye.Tak sabar nak main-main dengan along.Minggu lepas saya jadi babysitter kejap untuk Hibriyyah.Dah makin besar,comel dan senang nak jaga,langsung tak menangis :) Hibriyyah tidur,acik pun tidur sekali.Semoga semuanya membesar dengan baik dan bakal menjadi pejuang Islam,meneruskan rantai perjuangan Rasulullah,ameen.

*****************************
(cerita di luar tajuk,hehe)

Aha,terlupa.Tadi ada match Jerman Vs Spain.Belum berpeluang menonton walaupun satu perlawanan sejak bermula world cup.TV takde,internet macam siput.Sayangnya pasukan kegemaran saya,Jerman dah kalah.Takde semangat nak ambil tahu sangat pasal piala dunia kali ini sebab kecewa tak boleh tengok.huhu.Kebanyakan perempuan tak minat bola,kenapa ye?Kak kiki kata nanti kalau nak kahwin kena cari suami yang suka bola jugak,senang nak bercerita.Haa,yang mana suka tengok cerita korea cari suami yang suka layan korea jugak ye ;)


p/s:-Kak didi,saya rembat gambar dari blog awak ;)



Tuesday, 6 July 2010

Hmmm..

(tak tahu nak letak tajuk apa)

Semalam,hari ni,lusa dan hari seterusnya makin ramai budak dentist yang balik Malaysia.Aduh,jelesnya.Macam tak caya je saya tak balik.Maksudnya tahun ni kali ke 3 saya beraya di perantauan.Tahun pertama sebab datang Mesir sebelum raya.Tahun kedua balik Mesir awal sebab kena reseat paper Kimia.Tahun ketiga sebab memang tak balik.Buat-buat kental.Ini lah akibatnya kalau ayah lagi terer cakap arab daripada anak.huhu.Kena terer bahasa arab baru boleh balik (@_@)


Tapi kan banyak je benda nak buat kalau tak balik Malaysia.Tambahan pulak baba dan mama snowy balik jadi saya lah yang akan jaga snowy *happy*




Comel tak snowy?Siapa kata tak comel maknanya die tak suka kucing.hehe.Dulu snowy garang sangat.Asyik kena cakar sampai berdarah,berparut.Kucing hutan ke apa.haha.Mama dia lah kesian asyik kena,saya kena takdelah banyak sebab bukan pergi jenguk hari-hari pun.Kadang-kadang jaga kucing rasa macam jaga anak sendiri (^___^).

Mak pernah pesan,kalau nak jaga kucing tapi tak bagi makan,tak jaga keperluan dia baik tak payah jaga..buat tambah dosa je.Jadi jagalah makhluk ALLAH yang lain dengan sebaiknya macam kita jaga diri kita dan orang2 tersayang.

Snowy,tunggu auntie ye~~~~~
Selamat jalan buat kawan2 yang nak balik esok,lusa dan hari seterusnya.Happy holidays.Semoga dapat manfaatkan dengan sebaik mungkin.

p/s:mama snowy,auntie pau gambar.halalkan ye ;))))

Monday, 5 July 2010

alhamdulillah

Tahniah kak aimi dan abg Ijak untuk kelahiran permata sulung.Baby boy pertama bagi pelajar tibb mansurah.

Selamat datang ke dunia.Semoga jadi anak soleh.

Thursday, 1 July 2010

Jalan yang kau pilih


dulu kita pernah berjanji
bersama-sama menyusuri jalan ini
senang mahu pun susah
tetap tabah menempuh segala ujian dan mehnah
benar,indahnya ukhwah kerana Allah

tapi kini kau memalingkan wajah mu
tidak lagi seiring bersama ku
hati ini luluh,kecewa
mana janji mu yang dulu?
mana diri mu yang dulu?
ku rasakan kita semakin jauh,jauh.....dan jauh

maafkan aku yang hanya mampu memandang dari jauh
lidah ku bagaikan kelu,mulut seperti terkunci
walau hati meronta merindui diri mu
mungkin salah aku
takut untuk bersuara
mungkin salah aku
yang tak mengingatkan diri mu saat kau mula hanyut

kini aku hanya terus melihat..........
dan berdoa
semoga kau ingat kembali jalan yang kau pilih dulu


Sahabat,aku benar merindui mu.Adakah kau pun begitu?