Friday, 16 July 2010

Allah sedang berbicara dengan mu

Episod duka dalam hidup saya kembali lagi.Kembali menggugat segala kekuatan yang telah saya kutip sepanjang setahun ini.Lemah lutut saya berhadapan dengan situasi yang sama buat kali ketiga secara berturut-turut.Saat ini,hati saya semakin merindui pada kejayaan.Hati saya semakin mencemburui mereka yang berjaya,tersenyum lebar sambil melafazkan kalimah 'alhamdulillah' saat melihat keputusan yang di tampal pada papan kenyataan.

'lailahailallah.........'

Mengucap panjang doktor Ghaber mengetahui saya gagal lagi.Matanya menunjukkan perasaan simpati terhadap saya.Cuba untuk menahan air mata tapi ternyata saya gagal.Pedih rasanya,seharian terperuk di dalam bilik.Saya perlu bersendirian tapi saya masih memerlukan kata-kata semangat daripada teman-teman.Saya mesti mengutip balik segala sisa kekuatan yang masih ada.Tafsir Quran saya capai.Membelek-belek mencari ayat kegemaran saya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.......' 2:286

Bagaimana harus saya sampaikan pada ayah dan mak bahawa saya telah mengecewakan mereka sekali lagi.Pasti saya akan menangis lagi kalau bercakap dalam telefon lantas hanya SMS yang dihantar.

'Salam,ayah.Result dah keluar.Tak lepas lagi..tapi ada sekali lagi peluang.Maafkan kak ngah.Dah usaha tapi tetap tak dapat.Bersangka baik dengan Allah'

Walau apa pun ujian yang Allah bagi,bersangka baik dengan DIA.Itulah pesanan ayah yang paling saya ingat ketika saya diuji.Saya sudah berfikir2 untuk pulang ke Malaysia selamanya dan saya fikir ayah pun mungkin akan memberitahu perkara yang sama.Menangis lagi selepas menerima SMS ayah.Pastinya takkan ada yang dapat menggantikan mereka dalam hati saya.

'Ayah dan mak sentiasa mendoakan semua,peluang masih ada'

Malu nya terhadap mereka :(.Bersyukur saya dikurniakan keluarga yang sangat supportive.Sentiasa menerima setiap keburukan dan kebaikan saya.

Saya masih ada masa sebulan lebih untuk revise balik semuanya.Segala perancangan summer terpaksa saya batalkan.Hanya sekali lagi peluang.Hanya sekali.Biar hari ini seharian saya menangis tapi apabila munculnya mentari esok hari,saya takkan bersedih lagi.Esok saya takkan bersedih lagi!

END is not the end.. infact E.N.D. Means Effort Never Dies

Every successful person has a painful story,AND Every painful story has a successful ending,So,Accept the pain and get ready for success...

Bukan ingin menagih simpati dengan menulis cerita yang sedih.Tapi saya juga ingin memberikan semangat buat teman-teman lain.Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.Kita rasa susah,pedih dan penat hakikatnya ada ramai lagi orang yang susahnya berganda-ganda daripada kita.

Allah,gantikan kepedihan ini dengan kesenangan,jadikan kesedihan ini awal kebahagiaan dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Jangan sedih kalau kita gagal,jangan rasa rendah diri kalau kita tak dapat naik tahun.Kita ada kelebihan tersendiri dan mereka pun ada kelebihan mereka sendiri.Teruskan perjuangan,jangan pernah kenal erti putus asa.

15 JULAI 2010


p/s:
Berikan saya sedikit masa untuk 'berehat' dari perkara2 yang lain.Terima kasih kepada yang memberi semangat.Tolong doakan kejayaan saya.Saya ingin berjaya seperti anda.

Awak,jangan putus asa.Jangan menangis banyak2.Buruk.Nanti mata jadi sepet macam orang cina,lepas tu muka bengkak2.Tak caya pergi tengok cermin.Buruk kan?Saya pun dah jadi macam anak cina ni @_@.Mentari esok masih ada untuk kita.Ingat,Allah sedang berbicara dengan mu.Saya pun sedang bersedih seperti awak tapi saya pasti awak boleh berharap pada saya (^__^)

8 Kata-kata hikmah:

YaNaJoOn^__^ said...

tiey..
xper..bley cuba lagi..
all the best to u..
insyaallah bley buat...kuatkan semangat taw^^
I BELIEVE IN YOU!

cah said...

takper ct, dah usaha yg terbaik kan, result tu Allah yg tentukan...
Allah nk uji kite...dgn kegagalan & kejayaan....
Jangan smpai kejayaan @ kegagalan tu menjadikan kite jauh dari Allah...Believe in Allah...
Allah nk dengar lg doa & rintihan hamba-Nya..

Selagi masih ade peluang, jgn pernah berhenti berusaha & mengharapkan pertolongan Allah....Ujian utk kwn2 kite yg lain ade yg lagi hebat dari kite..

Allah sayangkan hamba-Nya yg sabar dgn semua ujian-Nya...

Sy tau ct kuat, kuat semangat, x putus asa dari rahmat-Nya....Kdg2 kekuatan ct utk bangkit turut m'beri kekuatan pd kwn2 yg lain..

PELANGI ITU TETAP ADA, DI SEBALIK MENDUNG KELABU, JGN KITE FOKUS KPD MENDUNG ITU, TP LIHATLAH KPD PELANGI DI SEBALIKNYA....

Grab da chance.....you can do it...chaiyok2...With love..ur fren

muslimah said...

assalamualaikum,,,k ti,,,ore x tau nok kato gapo sebab ore x layok nok bagi nasihat ,,,tapi gakkk,,,,so jah nok oyak,,,ore yakin k,ti buleh buat,,,,,,,,,tapi k,ti pun keno yakin k,ti buleh buat,,,,,,,ORANG ISLAM YANG BERIMAN X AKAN PERNAH PUTUS ASA SELAGI MANA MASIH ADA PELUANG DIHADAPANNYA,,,,,,,,ALLAH will always be with you....remember that,,,,jangan sie2kan pluang yang masih ada,,,,,,,

ismisyakila said...

Assalamualaikum wbt.

MasyaAllah..

Sayangnya Allah pada kamu dik..

Sedangkan orang lain nak dapat demam pun susah. Saidina Umar r.a sendiri berasa risau apabila sudah lama tidak diuji dengan kesakita dan beliau tertanya-tanya "Adakah Allah sudah lupa pada aku?"

InsyaAllah,kegagalan hari ini membawa kejayaan yang sangat sangat besar pada hari esok. Bi iznillah!

Sugguh, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

chenurulhusna said...

memerhati mu dr jauh,
br hari ini mendekati mu,
kuatkan semangat dik,
yakin pad Allah.
Allah bersamamu.
mengadu padaNya.

ayat 2-3 surah al’-Ankabut :
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta".

mansurah said...

salam alaykum.
may Allah grant your patience with success and jannah, sister.
We will always pray for U.
Allahumma ameen.

Nur Raihan said...

terima kasih semua (^__^)
doakan saya

faramira said...

salam siti... br menjenguk cnie...

berat mate memandang berat lagi bahu yg memikul...

all the best ye siti...
sahabat2 sume mendoakan yg terbaek...