Friday, 9 July 2010

Di mana silapnya?

Siapa yang bersalah?

Tadi saya membelek2 FB pertama saya.Sudah lama tak 'meneroka' melihat teman-teman lama.Kemudiannya mata saya tertancap pada satu album seorang kawan lama.Satu album yang penuh dengan gambar buah hatinya.Aduh bergetar jiwa,diam seribu bahasa,hanya mata berkelip-kelip melihat gambar-gambar tersebut yang sememangnya menjadi tontonan satu dunia(kalau tak buat private).


Budaya couple seperti sudah menjadi satu trend buat anak-anak muda zaman sekarang.Mungkin budak sekolah rendah pun dah pandai 'berbuaya friend' dan 'bergeli friend' apatah lagi pelajar universiti.Bercinta bagai nak rak.Ke sana ke mari,ke hulu ke hilir macam belangkas.Ada motor,bawa atas belakang.Ada kereta,jadi teman di sebelah.Sakit mata melihat,tapi kadang-kadang tak semua mampu bersuara untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar hatta saya sendiri pun.


Kesian saya tengok budak-budak sekolah yang masih hijau,terlalu muda rasanya untuk terlibat dalam kes bercinta.Pernah saya menegur seorang adik,secara direct pun sudah,menyindir pun sudah sampaikan tak tertahan rasanya perasaan geram namun di kata pula kepada saya 'open minded lah sikit kak'.Lemah lutut saya berhadapan dengan mereka yang sebegini.


Pernah juga berborak-borak dengan seorang teman tentang menegur di dalam blog.Ada benarnya juga kata beliau,kadang-kadang orang sama je yang baca,orang yang memang dah faham.Orang yang tak faham bukan nya nak baca sangat benda-benda macam ni.Yang sedar mungkin makin bertambah kesedarannya tapi yang tak faham terus dengan dunia songsangnya.


Entah di mana silapnya.Siapa yang bersalah?Ibu bapa?diri kita sendiri?Teman-teman?Masyarakat sekeliling?Penat,mengeluh melihat dunia sekarang.


Nota kaki:
-Makin bertambah hebat cabaran ibu bapa zaman sekarang dalam mendidik anak-anak.Tetiba takut pula nak ada anak,adeh
-Esok ke Cairo,hantar nenek along balik msia.Terubat rindu pada mak :)
-Good luck kawan-kawan medik untuk oral.Do the best!






3 Kata-kata hikmah:

syifa hanifuddin said...

bile kate couple itu salah, ade yg jawab, 'islam ni mudah...die x halang makhluknye utk berkasih-kasihan'
helloooo....diorg ni tau x islam tu mudah hape????

Nur Raihan said...

syifa:
itu mereka yang tak faham islam sebenar..memang islam itu mudah tapi mudah2 pun ada caranya.

syifa,jangan gatal2 nk bercintan cintun eh nty kena nga akak :)

syifa hanifuddin said...

hahah...doakanlah kite dijauhi...