Thursday, 8 July 2010

Ibu

along,good boy (^_^)

kak aimi junior ;)

Hari ini baru saya berpeluang menziarahi Kak Aimi dan baby boy nya,Abdullah Fathi B.Mohd Izzat@Along.Sepatutnya semalam saya ke rumah mereka untuk menemani kak aimi sebab ayah along bersama mak nya(nenek along :P) nak pergi mendaftarkan kelahiran along tapi memandangkan along tak sihat,terpaksa batalkan.


Pukul 3 petang saya ke sana bersama kak didi.Sejam lebih berada di sana sangat membahagiakan.Tak puas tengok muka along.Sempat juga belajar cara mandikan bayi,melihat mak mertua kak aimi buat itu dan buat ini.Macam pergi kursus pulak.Mendengar cerita kak aimi tentang along yang tak berapa sihat membuatkan hati saya terdetik masa tu,'bukan senang nak jadi ibu'.Sakit melahirkan,penat menjaga dari kecil sehingga dewasa,bersusah payah mendidik menjadi orang yang baik.Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu.Kerana itu 'syurga di bawah tapak kaki ibu'.


Tadi sempat juga bagi sedikit hadiah untuk along.Dua pasang baju baby berwarna biru.Nanti minat biru macam acik jugak lah ye huhu.Hadiah yang dah lama dibeli,tapi disimpan dan saya hanya menunggu anak siapa yang bakal dapat baju tu.Ini lah gara-gara tak tahan tengok baju dan stokin budak yang comel2.Main beli je,lepas tu simpan :PPP


Tak sabar nak ada anak sendiri walaupun kadang-kadang terfikir 'aku ni dah bersedia ke nak jadi ibu?'.Huhu,cukup dengan melihat kanak-kanak boleh membuat saya rasa lega dan bahagia.
Oh tadi baca blog ustaz kadir,ada satu isi yang saya rasa sangat bermakna.Ketika mencari jodoh janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita (^__^).


Along,cepat2 besar ye.Tak sabar nak main-main dengan along.Minggu lepas saya jadi babysitter kejap untuk Hibriyyah.Dah makin besar,comel dan senang nak jaga,langsung tak menangis :) Hibriyyah tidur,acik pun tidur sekali.Semoga semuanya membesar dengan baik dan bakal menjadi pejuang Islam,meneruskan rantai perjuangan Rasulullah,ameen.

*****************************
(cerita di luar tajuk,hehe)

Aha,terlupa.Tadi ada match Jerman Vs Spain.Belum berpeluang menonton walaupun satu perlawanan sejak bermula world cup.TV takde,internet macam siput.Sayangnya pasukan kegemaran saya,Jerman dah kalah.Takde semangat nak ambil tahu sangat pasal piala dunia kali ini sebab kecewa tak boleh tengok.huhu.Kebanyakan perempuan tak minat bola,kenapa ye?Kak kiki kata nanti kalau nak kahwin kena cari suami yang suka bola jugak,senang nak bercerita.Haa,yang mana suka tengok cerita korea cari suami yang suka layan korea jugak ye ;)


p/s:-Kak didi,saya rembat gambar dari blog awak ;)



1 Kata-kata hikmah:

Cik Hijau said...

Rembatlah...huhu
Akak buka 2 3 blog sama je gmbr along...