Monday, 26 July 2010

PESANAN

Jiwa seorang a'bid sentiasa merasakan setiap ujian itu adalah hadiah istimewa dari Allah untuknya.Bersabarlah atas segala ujian yang melanda,kerana Dia punya rencana terbaik buatmu.

'Wahai orang-orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
AL-BAQARAH:153


'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar.
ALI-IMRAN:142

Malam ini NISFU SYAABAN.Sama-samalah kita manfaatkan kelebihannya.Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.Hari nisfu
sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan
diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb
sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).


Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4 Kata-kata hikmah:

cempedakbiru said...

suke rase nyer klu dkongsikan bersama suasana smbutan nisfu syaaban disana... mesti meriah.

Nur Raihan said...

nisfu syaaban xtau lah pulak meriah ke senyap sbb mybe lbh kpd sendiri2.
insyaAllah bulan pose ni kalu sempat akan buat post psl ramadhan kat sini.meriah sangat.sekarang pun start doh slow2 sale sempena ramadhan.

p/s:puasa kat sini xde bazar mcm msia huhu

cempedakbiru said...

xdop bazar pon xpo..
open house ado sokmo (mybe)...

cempedakbiru said...
This comment has been removed by the author.