Wednesday, 14 July 2010

RESULT

RASA YANG MEMBUNUH-Sakinah Syahirah

setiap nafas, kata dan lafaz
aku hela puas-puas.
setiap getaran dan debaran,
aku biar hingga lemas.

semua rasa itu bagai lali
bagai sebati
larut dalam acuan diri

lelah dan kalah
bagai sentiasa
bagai biasa
bagi jiwa yang kecewa

takut dan gerun
bagai sahabat.
berani dan tabah
bagai musuh.

luluh. hancur dan lebur.
tapi masih memandang pada sesuatu
yang aku gelar
harapan


Semoga kejayaan bersama kita


teringat peristiwa tahun lepas :( takut untuk menerima apa keputusannya *speechless*

2 Kata-kata hikmah:

Sakinah Syahirah said...

siti..

nak exam cuak.
nak dapat result LAGI cuak.

ape yg penting,
SEGAN haha.

*berdebar tahap tong drum kne ketuk dgn lajunye*

Nur Raihan said...

kinah

doa banyak2 tau.
dengan rahmat ALLAH mcm2 boleh jadi