Friday, 30 July 2010

Snowy~


Sekali lagi entry pasal kucing yang bernama snowy.Saya sepatutnya menghabiskan masa untuk study tapi,keadaan snowy sedikit sebanyak menggugat emosi saya.

Si putih comel ini sepatutnya dijaga oleh saya sekarang tapi kerana terlupa untuk mengambil kunci rumah kak aina tempoh hari (sebelum kak aina balik Malaysia),snowy terpaksa bersendirian.Hajat saya untuk stay di rumah kak aina bersama-sama snowy tak kesampaian.Keadaan rumah saya yang tiada balkoni dan ada pula housemate yang 'tak berapa ngam' dengan kucing pasti menyukarkan semua orang dan snowy sendiri kalau snowy berada di sini.

Rasa bersalah dan sedih setiap kali memikirkan snowy.Terngiang-ngiang pesanan mak di telinga.'Jangan menzalimi kucing kalau nak jaga sangat'.Snowy sekarang bersendirian di rumah babanya.Setiap pagi jiran rumah depan datang menjenguknya tapi saya tahu snowy sedang kesunyian.Snowy sepatutnya bersama saya dan sekarang saya rasa seperti saya sedang menzalimi nya :(

Kadang-kadang saya berharap snowy atau mana-mana kucing sekali pun atas muka bumi ini boleh bercakap.Ceritakan segala rasa dalam hati mereka.Biar mereka luahkan tentang perbuatan manusia-manusia di sekeliling mereka.Tapi ini semua kejadian Allah,pasti ada kebaikan nya Allah ciptakan makhluknya sedemikan rupa.

Hari ini sekali lagi snowy mengajar saya erti kasih sayang.Kasih sayang kepada makhluk Allah selain daripada manusia.
Hari ini sekali lagi snowy membuatkan saya menitiskan air mata.Bersalahnya saya kepada Tuhan yang menciptakan snowy.

Esok saya akan bertemu snowy.Semoga snowy tak kan menunjukkan muka 'monyoknya' di hadapan saya.Dan saya tahu,pasti saat bertemu dengan snowy esok hari saya akan bercakap serta bercerita itu dan ini gayanya seperti snowy memahami apa yang cuba saya sampaikan.Saya sendiri tak pasti sama ada kucing memahami atau tidak apa yang manusia cakapkan tapi satu perkara yang saya dapat rasakan adalah,kucing mendengar pada kita.

3 Kata-kata hikmah:

nasiayam said...

awak mengingatkan saya anak ayam serama yg saya penah bela after SPM.^___^.senior sy kata,kesian kat sy sbb sy anak bongsu,takde adik,main ngan anak ayam..nge~

faramira said...

siti~~~~ snowy comey sgttt...

ehemm..(serius)

kite slalu ckp ngn kucing gak...

ct ape khabar.. lame x chat...?
hopefully sume ok~

Nur Raihan said...

kak ain:
haha.sweet je awak ni.main dengan anak ayam :P

faramira:
haah,comel kan?jatuh cinta kita kat die ;)

biasa lah tu ckp nga kucing.seronok je

sihat2 je.harap fara pun sihat.doakn kita ye (^__^)