Tuesday, 13 July 2010

Tae Guk Ki (The Brotherhood of War)

AMARAN:Entry tentang sejarah (saya tahu ramai tak suka sejarah :D)



Semalam akhirnya saya 'bertemu' jua dengan filem Tae Guk Ki @ The Brotherhood Of War.Filem ini dikeluarkan pada tahun 2004,namun semalam baru saya berpeluang untuk menontonnya walaupun dah lama teringin nak tengok.Mungkin tak ramai yang minat cerita perang2 jadi kalau pinjam hard disk banyak2 pun belum tentu ada cerita ni.Watak utama diterajui oleh Jang Dong Gun,memegang watak Lee Jin Tae dan adiknya dilakonkan oleh Won Bin,memegang watak Lee Jin Seok.Cerita berlaku di Seoul,sekitar tahun 1950-semasa peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara.Kalau nak baca sinopsis cerita,KLIK SINI.


Sebenarnya cerita ni benar2 membuatkan saya teringat pada ayah dan mak.Ayah pernah dipaksa menjadi askar vietnam dan mereka hidup seperti pelarian.Terpaksa meninggalkan rumah dan bersembunyi.Ayah juga terpaksa berpisah dengan keluarga dan akhirnya bertemu semula di Malaysia setelah lari dari askar dan pergi ke Thailand.Semua orang ingat ayah dah mati tapi dengan kuasa ALLAH keluarga kami bersatu kembali di Malaysia.Oh,masa peperangan ni saya masih tak wujud ye :P

Cerita Tak Guk Ki membuatkan saya terpaksa berusaha mencari tentang sejarah peperangan Korea Selatan dan Korea Utara sebab curious.Encik Google ada,jom kita usha sejarah negara Korea.


Errrmm sebenarnya nak tulis secara ringkas pun saya rasa tak reti + malas taip2 :D.Jadi baca kat sini jugak lah.Sangat panjang dan dalam campur2 bahasa indon.Kalau malas tak payah baca ;)


Selamat membaca sejarah.hoho.Hari ni dah ada kawan2 medik yang habis exam.Semoga semua nya dah lakukan yang terbaik,usaha habis-habisan.Sekarang kita berdoa semoga kejayaan milik kita semua.Result budak dentists dah nak keluar dan saya sangat cuak,cuak dan cuak juga trauma.Rasa macam tak nak pergi tengok (-___-)

Ok kawan2,doakan kejayaan kita semua ye (^__^)


2 Kata-kata hikmah:

Cik Hijau said...

Kenapa tak minta dengan akak cerita ni. Akak lama dah ada.

Ada pengajaran tersirat dalam cerita ini (^_^)

Nur Raihan said...

haha,xtertanya la pulak psl cite ni.

haah,ada pengajaran :)Excited saya dpt tgk cite ni :D