Friday, 23 July 2010

Tuan Mu Adalah Tuhan Mu


3.56 pagi,
Syari' Nokitty,Mansurah,Egypt

Dia merenung ke langit,mencari-cari si bulan.Hari ini 11 Syaaban.Belum tiba masanya lagi untuk melihat si purnama.Hampir pagi,sekali lagi dia memandang ke atas.Bulan sudah tak kelihatan,mungkin ditutupi dengan awan.Awan yang bergerak laju.Langit kelihatan merah dan hanya ditemani 3 bintang.Hilang serinya..namun di rasakan saat itu sangat indah,begitu tenang tanpa suara manusia atau bunyi hon yang membingitkan telinga.SUBHANALLAH.


Mungkin sudah ada jasad yang bangkit dari lena untuk menghadap penciptaNya.Mungkin juga masih ada yang berjaga demi menyelesaikan urusan dunia yang tak pernah selesai...


Islam mengajar kita untuk mengamati keindahan ciptaan Allah.Dia tahu,hari ini dia belajar tentang alam Allah dan dia sangat kagum dengan semua ciptaanNya.Seperti tiada apa lagi yang dapat menafikan bahawa benarlah alam ini ada penciptanya,ada tuannya.Setiap kapal punya satu nakhoda dan begitu juga dengan alam ini.Hanya satu penciptanya.Hanya satu.ALLAH.


Percayakah engkau andai dia katakan bahawa engkau juga ada tuan yang mencipta mu?yang menjaga mu?yang sentiasa memerhatikan mu?yang sentiasa memberikan mu rezeki walaupun engkau selalu mencuri tulang.Sampai bila engkau dengan sikap mu itu? (-_-)


Dia dan engkau,bersyukur lah kamu.Bersyukur lah.Bersyukur lah.Bersyukur lah.

0 Kata-kata hikmah: