Wednesday, 29 September 2010

Suntuk

Hargai masa lapang sebelum sempit
haih~
Tercungap-cungap mengejar masa yang ada
Tapi,
baik sibuk daripada lapang tak buat apa

'sekular dalam hidup mahasiswa bilamana seorang mahasiswa memisahkan agama dan pembelajarannya. seolah-olah tidak ada istilah mendekatkan diri kepada Allah dalam kamus seorang mahasiswa'


OFF TO CAIRO with kak milah.Ada urusan penting yang harus diselesaikan.

p/s:adik,kak xddey call hari ni :(

Sunday, 26 September 2010

JADUAL KULIAH PERGIGIAN TAHUN 1


8-9

9-10

10-11

11-12

12-1

1-2

2-3

3-4

Sabtu

Oral Morphology

Anatomy

Dental Biomaterials

Physiology

Ahad

Oral

Histology

Oral Histology

Dental Biomaterials

Anatomy

Isnin

Physiology

Selasa

Physiology

Anatomy

Biochemistry

Rabu

Khamis

Biochemistry

Oral Morphology

Histology

Histology

1-Kotak berwarna biru adalah kelas praktikal

2-Semua kuliah untuk setiap subjek telah bermula termasuklah praktikal sejak 18 hbln September lagi.Cepat lah balik kawan2 :D Udah2 la cuti tu.

3-Untuk subjek pyhsiology,anatomy,biochemstry dan histology kuliah bertempat di dewan kuliah tibb di tingkat atas.

4-Untuk subjek oral morpho/histo dan dental biomaterial kuliah bertempat di kuliah putih (tibb asnan punya) di tingkat atas.

5-Cepatlah balik semua~Sape lambat,dia yang rugi :D :D :D

Kenyataan Rasmi PCM Tentang SINAR 10

Assalamu'alaikum W.B.T

Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana rahmatnya yang melimpah ruah buat kita. Selawat dan salam buat Junjungan mulia Rasulullah saw serta buat seluruh ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat dan pembawa risalah kebenaran sekalian.

Merujuk kepada sedikit kekecohan yang berlaku semasa program Seminar Akademik (SINAR '10) yang telah diadakan pada hari Khamis,23 September iaitu 2 hari lepas,saya mewakili pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) dengan ini akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi penjelasan yang sebenar berkenaan isu ini kepada mahasiswa/i Mansurah khususnya kepada mahasiswa/i baru bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan salah faham antara mahasiswa/i baru dengan persatuan PCM.

Penerangan Masalah Yang Timbul

Program ini yang pada awalnya bermula dengan lancar sekali seawal jam 1.30 petang dengan kehadiran mahasiswa/i baru sekitar 160 orang memenuhi ruang Dewan Handusah, Fakulti Perubatan Universiti Mansurah. Turut hadir dalam program ini adalah Dr Raouf El Nafees selaku Timbalan Dekan Fakuti Perubatan, Dr Nesreen Salah Omar selaku koordinator bagi mahasiswa/iantarabangsa Fakulti Perubatan, Dr Said Elhady selaku Pengarah Program Perubatan Mansoura-Manchester dan turut hadir ialah Dr Muhammad Hussin mewakili agensi Global Medic Network (GMN).

Setelah kesemua dif-dif dijemput menjamu selera, keadaan menjadi tegang apabila pegawai GMN tiba-tiba memberi arahan meminta semua mahasiswa/i di bawah agensi GMN untuk keluar daripada dewan. Mahasiswa/i yang sedang bersemangat untuk menyertai program tiba-tiba diarahkan untuk pulang atas sebab-sebab tertentu.

Barisan AJK pelaksana program cuba berunding dengan pegawai GMN agar membenarkan mahasiswa/i untuk terus mengikuti Seminar Akademik ini, namun terpaksa akur kerana pegawai GMN tetap dengan keputusan mereka .

Barisan AJK pelaksana program terpaksa melihat sahaja mahasiswa/i yang rata-ratanya kelihatan keliru pulang bagi menyiapkan urusan seperti yang didakwa.

Selepas itu, agenda program terus berjalan seperti yang dirancang dengan disertai oleh mahasiswa/i di bawah agensi Medicmesir sahaja disebabkan kekecohan ini. Program diteruskan dengan ‘Forum Mahasiswa Berkarisma' dan ‘Bengkel Kecemerlangan’ seperti yang dirancang.

Penjelasan Kepada Permasalahan Yang Timbul

Menjawab kepada permasalahan yang timbul, saya ingin menjelaskan bahawa :

1. Pihak Universiti Mansurah telah memberi kepercayaan kepada PCM untuk menguruskan Program SINAR '10 kerana mahukan keterlibatan daripada semua mahasiswa/i tidak kira datang daripada mana-mana agensi atau yayasan sekalipun.

2. Program SINAR ’10 adalah program tahunan Universiti Mansurah dan PCM yang telah diadakan sejak tahun-tahun yang lalu untuk semua mahasiswa/wi baru.

3. Pihak PCM berpendapat bahawa program SINAR '10 ini sangat penting sebagai persiapan dan persediaan mental dan fizikal mahasiswa/i baru untuk melangkah ke alam kuliah yang akan bermula beberapa hari lagi.

4. Sehari sebelum program ini diadakan, Pihak PCM dengan diketuai oleh saya selaku Pemangku Pengerusi bersama-sama Pengarah dan Timbalan Pengarah Program Sambutan Mahasiswa/i Baru (PSMB) telah berjumpa dengan Dr Muhammad Hussin selaku pegawai atasan Global Medic Network (GMN). Perjumpaan ini bertujuan mendapatkan respon mengenai Program SINAR ’10 yang turut melibatkan mahasiwa/i di bawah agensi GMN. Namun perjumpaan ini tidak membuahkan hasil yang positif.

5. Untuk makluman semua, PERUBATAN Cawangan Mansurah adalah satu-satunya persatuan mahasiswa/i perubatan di Mansurah yang berdaftar dan bernaung di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) / MalaysianStudent Department (MSD)

Makluman Khas

1. PCM masih lagi mengambil pendirian untuk membuka penyertaan setiap program PCM kepada semua mahasisawa/i baru tidak kira daripada agensi mana sekalipun.

2. Kepimpinan dan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah adalah terdiri daripada mahasiswa/i daripada semua agensi dan tajaan seperti JPA, MARA, Baitulmal, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Kelantan (YIK), GMN, Medicmesir, Akademi Quran
(AQ), Kelantan Medical Service (KMS) dan lain-lain.

3. Pihak PCM melalui fasilitator-fasilitator yang telah dilantik akan terus menghulurkan bantuan dan khidmat kepada seluruh mahasiswa/i baru.

Harapan

Saya mewakili PERUBATAN Cawangan Mansurah memohon maaf kerana tidak menyangka program berbentuk akademik ini mendapat halangan pihak tertentu. Moga-moga dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dan persoalan berkenaan dengan isu ini akan terjawab. Akhir kalam, diharapkan seluruh mahasiswa/i dapat menghidupkan suasana harmoni, saling bantu-membantu, nasihat-menasihati dan bersatu di bawah payung PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) tanpa mengira perbezaan jurusan, agensi serta tajaan. Sekian terima kasih. Siiru ‘ala barakatillah.

‘ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

‘AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’

Yang benar,

AHMAD AZIZI BIN MD JUSOH

Pemangku Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010

Saturday, 25 September 2010

Muhasabah



PSMB 2010
Mereka yang berjiwa besar.Sanggup turun ke airport untuk menyambut adik-adik baru :)

Hari ini saya bertemu dengan beberapa orang dan kami bersama-sama bercakap tentang stress.Memandangkan sekarang adalah fatrah Program Sambutan Mahasiswa Baru (PSMB) dan kuliah bakal bermula esok maka saya menjangkakan ramai insan2 di luar sana yang sedang stress seperti saya.Kelas pelajar pergigian sudah bermula seminggu lebih awal dan saya terpaksa akui saya sedikit tertekan dengan pelajaran dan kerja persatuan.

Mesyuarat AJK-AJK induk yang dijalankan hari ini sedikit sebanyak melegakan saya.'Meeting is a part of our tarbiyah'.Terima kasih kepada seorang teman untuk ayat ini.Banyak perkara yang telah berlaku walaupun tempoh PSMB masih lagi berbaki selama 2 minggu.Kejadian yang berlaku semasa program SINAR 10 semalam juga menjadikan kami semua lebih bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di dalam program seterusnya.InsyaAllah.

Terlalu banyak rasanya yang ingin saya coretkan tapi otak sudah terlalu penat.Ayat dan isi sudah mula berterabur.Ingatlah,'tiada hidayah tanpa dakwah,tiada dakwah perjuangan,tiada perjuangan tanpa pengorbanan'.Moga-moga kita terus thabat dalam perjuangan.Perjuangan kita sebagai sebagai seorang a'bid kepadaNYA.

Di dalam mesyuarat ini aku makin mengenali bagaimana aku dan juga mereka (^_^).

Sunday, 19 September 2010

Re-Post:La Tahzan

Bermula semalam result untuk pelajar medik tahun 1 dan 2 sudah boleh diketahui melalui on9.Pelajar2 dentist pula result dah dikeluarkan hampir seminggu.Alhamdulillah,ada yang lulus semua,ada yang kena reseat dan ada yang kena repeat year.Bagi pelajar medik semestinya masih tiada istilah repeat year selepas exam kali pertama tapi bagi kami pelajar pergigian,sekiranya fail 3 papers kami tak akan dapat peluang kedua untuk reseat.Apa-apa pun keputusan nya,terima lah dengan hati yang redha.


Hari ini saya agak terkesan dengan seseorang.

'Camne result?dah cek ke?ok tak?

'Alhamdulillah,kena 4 papers'


Huh,malu sangat terhadap dia.Masih boleh tersenyum dan begitu tenang sekali serta tak lupa untuk mengucapkan alhamdulillah.Nampak sangat dia cukup bersedia untuk menerima apa jua takdir Allah.Kata-kata ustaz semalam terngiang-ngiang di telinga.Apabila gagal atau berjaya, perasaan kita sepatutnya sama.Kita tetap hamba Allah.Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedih.Segala musibah yang menimpa kita adalah kerana tindakan kita sendiri.Pandang kembali pada diri kita.Mungkin ada salah silap kita di mana-mana.Sama ada dengan Allah?atau dengan ibu bapa kita?atau dengan kawan-kawan?


Sama ada kita berusaha atau tidak,yakin lah pada Allah.Yakin sepenuhnya pada Allah.Kebanyakan daripada kita berasa yakin apabila kita berusaha,belajar siang dan malam tapi goyah apabila kita rasa study tak banyak,banyak topik lagi tak cover,hafal asyik tak ingat2.Di sini menunjukkan kita sebenarnya tak yakin sepenuhnya pada Allah sebaliknya bergantung dengan kesungguhan kita,perbuatan kita.


Tempoh hari ada teman yang berborak-borak dengan saya dan bertanya kepada saya.


'Ada budak tu.. orang tengok dia couple,lepas tu tak jaga diri elok2 pun,study biasa2 je..tapi kenapa dia lepas exam?'


Kemudian saya teringat kata-kata seorang akak kepada saya berkenaan hal yang sama.Ustaz Salman pun ada sebut semalam.Itu adalah istidraj.Apabila seseorang itu lupa kepada Allah,Allah akan buka segala pintu-pintu dunia.Allah berikan pangkat,kejayaan,kemewahan supaya mereka terus kufur dan azab di akhirat pasti lebih besar untuk golongan ini.

Jadi bersyukur lah sekiranya kita bukan lah golongan di atas dan Allah menghantar ujian untuk kita.Mungkin Allah sedang memberi kita peluang untuk insaf serta mengurangkan azab di akhirat kelak atas kesalahan kita.

Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat

Minggu lepas semasa saya sedang bersedih, terlalu banyak rasanya kata-kata semangat yang saya dapat.Saat ini pun saya bukan lah orang yang paling layak untuk memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain tapi atas rasa 'saya faham perasaan itu',saya seperti terpanggil untuk mencoret sesuatu.Saya sering rasa susah,dan benarlah seperti apa yang saya sentiasa pegang.Susah banyak mana pun kita ingatlah, sentiasa ada orang yang lebih susah daripada kita.


Apabila kita bersusah hati atau sedih,bacalah Al-Quran.Terlalu banyak ayat-ayat yang dapat menenangkan kita.Kadang-kadang seperti satu kebetulan,kita akan bertemu dengan ayat yang sesuai dengan keadaan kita pada masa tersebut.Jangan bersedih,Allah bersama kita.


Hari ini aku belajar lagi sesuatu tentang kehidupan.Dan hari ini juga aku bertemu dengan ramai orang yang mencemburui mereka.Semoga terus diberi kekuatan (^_^).

Itu cerita yang lepas.Hari ini ada cerita baru.Ada lembaran baru yang harus dibuka.Keputusan peperiksaan Dhur Thani dah keluar.Alhamdulillah untuk apa jua keputusan.Tenang lah kerana Allah lebih tahu segala-galanya.

Jiwa seorang a'bid sentiasa merasakan setiap ujian itu adalah hadiah istimewa daripada Allah untuknya.Bersabarlah atas segala ujian yang melanda,kerana Dia punya rencana yang terbaik untukmu.

'Wahai orang-orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

AL:BAQARAH:153


'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar.

ALI-IMRAN:142

Kita diuji..bermakna ALLAH masih mengingati kita.Kuatlah sahabat.Tiada apa yang mampu saya berikan selain kata-kata semangat.Paling penting,carilah kekuatan dari dalam.Berdoalah pada ALLAH.DIA sedang mendengar pada mu :)

Tahniah kerana anda bertuah.Sama ada berjaya atau gagal,kita adalah insan terpilih.

Thursday, 16 September 2010

Hadiah Hari Raya:Bertemu Sheikh Rahimuddin

(tiba-tiba saya confuse sama ada Sheikh Nuruddin @ Sheikh Rahimuddin,hmmm)

4 Syawal

Hari ini kami bergerak ke Kaherah untuk menghadiri Majlis Raya anjuran Perubatan Pusat.Majlis bermula pada pukul 10 pagi sehingga 2 petang untuk akhowat dan pukul 3 petang sehingga 7 malam untuk ikhwah.Kami tiba di Hayyu Asyir pada pukul 11 pagi dan selesai menjamu selere serta beramah mesra hampir jam 1 petang.Tremco dijadualkan akan bergerak pulang pada pukul 4.30 petang jadi kami masih ada beberapa jam untuk menziarahi tempat-tempat lain.Geng kami membuat keputusan untuk menziarahi Sheikh Rahimuddin :-)

Kelas sedang berjalan semasa kami tiba di rumah beliau jadi terpaksa kami menunggu sambil mendengar apa yang disampaikan.Usai kelas kami keluar dari bilik dan menghadap Sheikh.Mula-mula semuanya diam seribu bahasa.Sheikh yang lebih banyak bertanya tentang cuti,pelajaran dan keadaan Mansurah.Kemudiannya Kak Oom mengeluarkan suara emas nya :D

'Sheikh,boleh tak bagi kami nasihat?Kami pun bukan selalu datang sini..susah nak jumpa'

Sheikh mula bersemangat untuk bercakap.Suara beliau lantang dan terkadang beliau tiba-tiba berdiri menunjukkan kesungguhannnya dalam menyampaikan ilmu.Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak huraikan apa yang saya dapat tapi saya tetap ingin berkongsi.Moga-moga ada yang mendapat manfaat.

'Nasihat saya yang paling penting adalah kenali diri kamu dari dalam.Kalau saya suruh kamu buat itu atau buat ini mungkin kamu akan melakukannya dalam keadaan kamu tak faham apa tujuannya dan apa juga hasilnya'

'Dipamerkan keburukan orang lain untuk menjadi saranan kebaikan kepada kita,kerana mungkin keburukan itu sendiri ada pada kita,dah dipamerkan juga kebaikan kita kepada orang untuk menjadi saranan kebaikan kepada orang lain.Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa manfaat'

Satu perkara yang paling Zaaaapp ke dalam hati saya adalah apabila Sheikh memberikan nasihat ini,

'kalau kita sakit hati dengan seseorang yang menyakitkan hati kita, itu maknanya mungkin kita juga bersikap begitu (bersikap suka menyakitkan hati orang lain).Andai kita tidak bersikap begitu,insyaALlah kita hanya akan tersenyum,menerima dengan hati yang tenang apa saja perbuatan orang tersebut.Haih~terasa *muhasabah balik*

Kata sheikh lagi,'kejahatan itu ada di mana-mana hatta di Masjidil Haram sekali pun.Kecurian berlaku setiap saat.Kalau semua orang baik,tiadalah ladang untuk kita beribadat.Mereka itu adalah hikmah dan sepatutnya lebih disayangi namun kita melakukan yang sebaliknya.Kita makin membenci mereka yang bersikap buruk'

'Perbaiki lah batinnya dan akhirnya biarkan dia zahirkan sendiri kebaikannya'

Bergambar bersama Sheikh dan keluarga (^_^)

-Masih banyak rasanya nasihat yang diberi tapi saya tak sempat tulis semuanya :( .Saya masih muda,patut kalau tak tulis pun banyak yang boleh diingat kembali.

-Esok rombongan pertama junior baru akan sampai.Kami yang di sini akan bertungkus-lumus membantu mereka.Selamat bekerja fasilitator semua :)

-Baca artikel ni,sangat menarik MEREKA YANG PELIK.Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang pelik ini

Tuesday, 14 September 2010

Hey budak gemuk!

Saje letak gambar ni,jangan terasa ye kawan2 hehe.Ini lah geng 'gigi rongak'.
*Di Kaherah,majlis Raya anjuran Perubatan Pusat

Bila nak kurus?

ish ish ish

Sila jaga kesihatan anda,jaga pemakanan anda,jaga personaliti anda (semestinya pesanan untuk diri sendiri juga)

Jangan sihat di luar saja,di dalam bagaimana?

Jangan terlalu OBSES dengan sesuatu perkara,Islam mengajar kita untuk BERSEDERHANA.

Jangan gemukkan badan tapi 'gemukkanlah' amalan!

Perempuan ni memang sensitif bab2 berat badan.Kenapakah?

p/s:Post berterabur gara-gara ditegur semakin bulat.Adeh~ saya nak cakap saya memang bulat..aci tak?haiyooo

Saturday, 11 September 2010

Haiwan

Hai,hensem x aku?Namaku Snowy ;)


Hello!Saya Miro :-)

Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]


Mereka bukan lah binatang semata-mata

Mereka juga seperti kita.Makhluk Allah yang bernyawa

Ada mata,ada hidung,ada mulut,ada tangan,ada kaki,ada deria

Mereka juga ada habitat,mereka ada rumah

Mereka makan,mereka tidur,mereka main,mereka marah,mereka sedih,mereka sakit

Memang mereka tak ada akal macam kita,tapi segala2 nya yang lain hampir sama dengan kita

Mengapa perlu menzalimi mereka?

Kalau tak suka,jauhkan diri daripada mereka.Bukannya sepak terajang.Kalau takut abaikan mereka,jangan jaga.Jangan seksa mereka.

diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.


Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.


Sekarang saya jadi penjaga kepada beberapa ekor hamster dan kucing [Miro,Lulu,Thipsy,Hammy,Chipsy,Snowy dan Lily(esok lily dah nak kena ambil.huhu)].Jaga diorang mengajar saya banyak benda.Salah satunya,KESABARAN.Sabar apabila semua buat bising time nak tidur sebab gigit2 cage tu minta nak keluar.Sabar bila letak dalam bola,main-main tetiba berak pulak dalam tu.Kejap lagi nak kena mandikan si Lily,Lulu,Miro.Haih,latihan untuk menjaga anak sendiri di masa hadapan haha.

Saya agak terkilan dengan sikap sesetengah orang yang buat tak peduli dengan haiwan2.Ok,sila lah terasa dan sensitif dengan apa yang cuba saya sampaikan.Semoga ada manfaat yang diperoleh.

P/S:Snowy,maafkan kita :-(