Friday, 10 September 2010

1 Syawal

Salam 1 Syawal.

Waktu Malaysia sekarang adalah 10.15 pagi dan di Mesir baru azan subuh.Biasanya saya akan call Malaysia pada waktu pagi atau petang di Mesir tapi tahun ini saya call pada malam raya.Saya dapat rasakan tahun ini merupakan syawal yang paling sedih buat saya.Bercakap dengan seorang demi seorang membuatkan hati saya cukup sayu.Di tambah pula dengan mak yang cuba untuk tidak bercakap panjang.Hati seorang ibu.Pasti mak sangat merindui saya dan sedang menahan air mata.Itu lah mak saya.Tak pernah menitiskan air mata di hadapan saya dan tak pernah membenarkan saya mendengar esak tangisnya.Perangai mak 'turun' kepada saya.Seperti nya masing-masing cuba untuk menjadi tabah.

Sejurus selesai exam saya 'dihidangkan' dengan beberapa kerja berkaitan persatuan.Bekerja dengan manusia pelbagai ragam dan dugaan di bulan puasa benar-benar menguji saya.

Ada manusia yang suka menyindir.

Ada manusia yang terang-terangan membidas orang dengan kata-katanya

Ada manusia yang susah untuk membantu orang lain

Ada manusia yang lebih senang berdiam diri

Ada manusia yang sentiasa ringan tulang

Teringat saya pada pesanan seorang teman.Menjadi daie Allah atau menjadi orang yang berada di atas bukan lah satu perkara yang senang.Bersiap sedia lah dari segi mental mahu pun fizikal untuk menerima ujian Allah.Pelbagai ujian...celaan,hinaan,sindiran,kesakitan,kegagalan dan apa jua jenis ujian.

Tahun ini saya beraya sebagai seorang yang 'lain' dari tahun-tahun sebelumnya.Mungkin sebab itu saya rasa agak sedih.Tadi sempat juga ayah memberikan sedikit makanan rohani untuk saya.

Setiap orang lain ujian nya.Ayah dengan ujian yang Allah sediakan untuk ayah.Kak ngah lain pula ujian nya.

Kadang-kadang kita rasa tak suka dengan sesuatu benda tapi itu lah yang terbaik buat kita dan kadang-kadang kita suka dengan benda tersebut namun belum tentu itu lah yang terbaik buat kita.

Kak ngah kena selalu tabah.Doa banyak-banyak pada Allah.

Jangan lupa..nikmat Islam ini lah nikmat Allah yang paling berharga buat kita.


Dua hari ini kesihatan saya tak begitu baik.Mohon maaf atas emosi yang kurang stabil.Mohon maaf atas kelembapan saya.Mohon maaf atas air mata dan sikap berdiam diri saya.Saya cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik dengan melihat insan-insan di sekeliling saya.

p/s:berterabur~

2 Kata-kata hikmah:

.:: Imran ::. said...

*Terasa...
Minta maaf salah silap & terlanjur kata...

Nur Raihan said...

aduh,xde kaitan dengan ketua lah.

orang lain orang lain.
selamat hari raya.