Thursday, 16 September 2010

Hadiah Hari Raya:Bertemu Sheikh Rahimuddin

(tiba-tiba saya confuse sama ada Sheikh Nuruddin @ Sheikh Rahimuddin,hmmm)

4 Syawal

Hari ini kami bergerak ke Kaherah untuk menghadiri Majlis Raya anjuran Perubatan Pusat.Majlis bermula pada pukul 10 pagi sehingga 2 petang untuk akhowat dan pukul 3 petang sehingga 7 malam untuk ikhwah.Kami tiba di Hayyu Asyir pada pukul 11 pagi dan selesai menjamu selere serta beramah mesra hampir jam 1 petang.Tremco dijadualkan akan bergerak pulang pada pukul 4.30 petang jadi kami masih ada beberapa jam untuk menziarahi tempat-tempat lain.Geng kami membuat keputusan untuk menziarahi Sheikh Rahimuddin :-)

Kelas sedang berjalan semasa kami tiba di rumah beliau jadi terpaksa kami menunggu sambil mendengar apa yang disampaikan.Usai kelas kami keluar dari bilik dan menghadap Sheikh.Mula-mula semuanya diam seribu bahasa.Sheikh yang lebih banyak bertanya tentang cuti,pelajaran dan keadaan Mansurah.Kemudiannya Kak Oom mengeluarkan suara emas nya :D

'Sheikh,boleh tak bagi kami nasihat?Kami pun bukan selalu datang sini..susah nak jumpa'

Sheikh mula bersemangat untuk bercakap.Suara beliau lantang dan terkadang beliau tiba-tiba berdiri menunjukkan kesungguhannnya dalam menyampaikan ilmu.Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak huraikan apa yang saya dapat tapi saya tetap ingin berkongsi.Moga-moga ada yang mendapat manfaat.

'Nasihat saya yang paling penting adalah kenali diri kamu dari dalam.Kalau saya suruh kamu buat itu atau buat ini mungkin kamu akan melakukannya dalam keadaan kamu tak faham apa tujuannya dan apa juga hasilnya'

'Dipamerkan keburukan orang lain untuk menjadi saranan kebaikan kepada kita,kerana mungkin keburukan itu sendiri ada pada kita,dah dipamerkan juga kebaikan kita kepada orang untuk menjadi saranan kebaikan kepada orang lain.Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa manfaat'

Satu perkara yang paling Zaaaapp ke dalam hati saya adalah apabila Sheikh memberikan nasihat ini,

'kalau kita sakit hati dengan seseorang yang menyakitkan hati kita, itu maknanya mungkin kita juga bersikap begitu (bersikap suka menyakitkan hati orang lain).Andai kita tidak bersikap begitu,insyaALlah kita hanya akan tersenyum,menerima dengan hati yang tenang apa saja perbuatan orang tersebut.Haih~terasa *muhasabah balik*

Kata sheikh lagi,'kejahatan itu ada di mana-mana hatta di Masjidil Haram sekali pun.Kecurian berlaku setiap saat.Kalau semua orang baik,tiadalah ladang untuk kita beribadat.Mereka itu adalah hikmah dan sepatutnya lebih disayangi namun kita melakukan yang sebaliknya.Kita makin membenci mereka yang bersikap buruk'

'Perbaiki lah batinnya dan akhirnya biarkan dia zahirkan sendiri kebaikannya'

Bergambar bersama Sheikh dan keluarga (^_^)

-Masih banyak rasanya nasihat yang diberi tapi saya tak sempat tulis semuanya :( .Saya masih muda,patut kalau tak tulis pun banyak yang boleh diingat kembali.

-Esok rombongan pertama junior baru akan sampai.Kami yang di sini akan bertungkus-lumus membantu mereka.Selamat bekerja fasilitator semua :)

-Baca artikel ni,sangat menarik MEREKA YANG PELIK.Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang pelik ini

0 Kata-kata hikmah: