Saturday, 25 September 2010

Muhasabah



PSMB 2010
Mereka yang berjiwa besar.Sanggup turun ke airport untuk menyambut adik-adik baru :)

Hari ini saya bertemu dengan beberapa orang dan kami bersama-sama bercakap tentang stress.Memandangkan sekarang adalah fatrah Program Sambutan Mahasiswa Baru (PSMB) dan kuliah bakal bermula esok maka saya menjangkakan ramai insan2 di luar sana yang sedang stress seperti saya.Kelas pelajar pergigian sudah bermula seminggu lebih awal dan saya terpaksa akui saya sedikit tertekan dengan pelajaran dan kerja persatuan.

Mesyuarat AJK-AJK induk yang dijalankan hari ini sedikit sebanyak melegakan saya.'Meeting is a part of our tarbiyah'.Terima kasih kepada seorang teman untuk ayat ini.Banyak perkara yang telah berlaku walaupun tempoh PSMB masih lagi berbaki selama 2 minggu.Kejadian yang berlaku semasa program SINAR 10 semalam juga menjadikan kami semua lebih bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di dalam program seterusnya.InsyaAllah.

Terlalu banyak rasanya yang ingin saya coretkan tapi otak sudah terlalu penat.Ayat dan isi sudah mula berterabur.Ingatlah,'tiada hidayah tanpa dakwah,tiada dakwah perjuangan,tiada perjuangan tanpa pengorbanan'.Moga-moga kita terus thabat dalam perjuangan.Perjuangan kita sebagai sebagai seorang a'bid kepadaNYA.

Di dalam mesyuarat ini aku makin mengenali bagaimana aku dan juga mereka (^_^).

1 Kata-kata hikmah:

cempedakbiru said...

Mereka2 yg mampu muhasabah diri sendiri adalah lebih hebat dr mereka3 yg mampu memuhasabah org laen.

btw, selamat ari raya aidilfitri SITI. Maap zahir & batin.