Sunday, 19 September 2010

Re-Post:La Tahzan

Bermula semalam result untuk pelajar medik tahun 1 dan 2 sudah boleh diketahui melalui on9.Pelajar2 dentist pula result dah dikeluarkan hampir seminggu.Alhamdulillah,ada yang lulus semua,ada yang kena reseat dan ada yang kena repeat year.Bagi pelajar medik semestinya masih tiada istilah repeat year selepas exam kali pertama tapi bagi kami pelajar pergigian,sekiranya fail 3 papers kami tak akan dapat peluang kedua untuk reseat.Apa-apa pun keputusan nya,terima lah dengan hati yang redha.


Hari ini saya agak terkesan dengan seseorang.

'Camne result?dah cek ke?ok tak?

'Alhamdulillah,kena 4 papers'


Huh,malu sangat terhadap dia.Masih boleh tersenyum dan begitu tenang sekali serta tak lupa untuk mengucapkan alhamdulillah.Nampak sangat dia cukup bersedia untuk menerima apa jua takdir Allah.Kata-kata ustaz semalam terngiang-ngiang di telinga.Apabila gagal atau berjaya, perasaan kita sepatutnya sama.Kita tetap hamba Allah.Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedih.Segala musibah yang menimpa kita adalah kerana tindakan kita sendiri.Pandang kembali pada diri kita.Mungkin ada salah silap kita di mana-mana.Sama ada dengan Allah?atau dengan ibu bapa kita?atau dengan kawan-kawan?


Sama ada kita berusaha atau tidak,yakin lah pada Allah.Yakin sepenuhnya pada Allah.Kebanyakan daripada kita berasa yakin apabila kita berusaha,belajar siang dan malam tapi goyah apabila kita rasa study tak banyak,banyak topik lagi tak cover,hafal asyik tak ingat2.Di sini menunjukkan kita sebenarnya tak yakin sepenuhnya pada Allah sebaliknya bergantung dengan kesungguhan kita,perbuatan kita.


Tempoh hari ada teman yang berborak-borak dengan saya dan bertanya kepada saya.


'Ada budak tu.. orang tengok dia couple,lepas tu tak jaga diri elok2 pun,study biasa2 je..tapi kenapa dia lepas exam?'


Kemudian saya teringat kata-kata seorang akak kepada saya berkenaan hal yang sama.Ustaz Salman pun ada sebut semalam.Itu adalah istidraj.Apabila seseorang itu lupa kepada Allah,Allah akan buka segala pintu-pintu dunia.Allah berikan pangkat,kejayaan,kemewahan supaya mereka terus kufur dan azab di akhirat pasti lebih besar untuk golongan ini.

Jadi bersyukur lah sekiranya kita bukan lah golongan di atas dan Allah menghantar ujian untuk kita.Mungkin Allah sedang memberi kita peluang untuk insaf serta mengurangkan azab di akhirat kelak atas kesalahan kita.

Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat

Minggu lepas semasa saya sedang bersedih, terlalu banyak rasanya kata-kata semangat yang saya dapat.Saat ini pun saya bukan lah orang yang paling layak untuk memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain tapi atas rasa 'saya faham perasaan itu',saya seperti terpanggil untuk mencoret sesuatu.Saya sering rasa susah,dan benarlah seperti apa yang saya sentiasa pegang.Susah banyak mana pun kita ingatlah, sentiasa ada orang yang lebih susah daripada kita.


Apabila kita bersusah hati atau sedih,bacalah Al-Quran.Terlalu banyak ayat-ayat yang dapat menenangkan kita.Kadang-kadang seperti satu kebetulan,kita akan bertemu dengan ayat yang sesuai dengan keadaan kita pada masa tersebut.Jangan bersedih,Allah bersama kita.


Hari ini aku belajar lagi sesuatu tentang kehidupan.Dan hari ini juga aku bertemu dengan ramai orang yang mencemburui mereka.Semoga terus diberi kekuatan (^_^).

Itu cerita yang lepas.Hari ini ada cerita baru.Ada lembaran baru yang harus dibuka.Keputusan peperiksaan Dhur Thani dah keluar.Alhamdulillah untuk apa jua keputusan.Tenang lah kerana Allah lebih tahu segala-galanya.

Jiwa seorang a'bid sentiasa merasakan setiap ujian itu adalah hadiah istimewa daripada Allah untuknya.Bersabarlah atas segala ujian yang melanda,kerana Dia punya rencana yang terbaik untukmu.

'Wahai orang-orang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

AL:BAQARAH:153


'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar.

ALI-IMRAN:142

Kita diuji..bermakna ALLAH masih mengingati kita.Kuatlah sahabat.Tiada apa yang mampu saya berikan selain kata-kata semangat.Paling penting,carilah kekuatan dari dalam.Berdoalah pada ALLAH.DIA sedang mendengar pada mu :)

Tahniah kerana anda bertuah.Sama ada berjaya atau gagal,kita adalah insan terpilih.

3 Kata-kata hikmah:

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

nice post:)
sooo trueee..huhu
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216).

Hadi Marosadee said...

kita mmg seharusnya xt'lalu sedih atas kegagalan...kita sekadar menerima apa yg sepatutnya..semua sudah ditetapkan oleh ALLAH Taala...la tahzanu kullukum wa la tahzanna kullukunna!!

Latifah said...

pertama kali datang sini...
dapat tahu pun dari blog Yana.
benar apa yang ditulis.
harus terima segala yang telah terjadi, kerana ada hikamh disebaliknya yang tersembunyi...
insyaAllah, Allah akan sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.

salam ukhwah =)