Friday, 3 September 2010

Sesuatu tentang kehidupan?

-Saya tak tahu nak letak title apa.haih.selalu macam ni kan?kan?

Alhamdulillah,exam saya dah habis.Sekarang saya hanya mampu tawakal.Sama ada boleh jawap atau tidak,serahkan segalanya pada Allah.Buat Kak Iba dan Bad,semoga kuat.Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Dengan rahmat Allah, apa saja boleh berlaku.Kerap juga saya dengar ustaz mahupun ayah saya sendiri cakap macam ni,

'Kita ni beribadat lah beribu-ribu tahun sekalipun,kalau tak dapat rahmat Allah..tetap tak dapat masuk syurga.Kita masuk syurga bukan dengan amalan yang kita,tapi dengan rahmat Allah'

Sama juga lah kesnya dalam hal peperiksaan.Dengan rahmat Allah tiada yang mustahil.

Dalam peperiksaan sebenarnya kita sudah menjangkakan apa yang bakal kita perolehi.Hanya dua perkara.Sama ada BERJAYA atau GAGAL.Jadi, belajarlah untuk menerima takdir Allah dengan tenang dan sabar.Allah melihat usaha kita,itu yang lebih penting.Utamakan lah pandangan Allah daripada pandangan manusia.

Ada satu perkara yang saya suka tentang kegagalan.Ia mengajar saya untuk menjadi seorang insan yang lebih kuat,yang semakin tinggi pengharapan nya pada Allah.Memang benar,mendapat kegagalan merupakan satu kesedihan.Kadang-kadang tiada kekuatan untuk bertemu dengan orang lain, khuatir hal keputusan peperiksaan akan ditanya.Hakikatnya malu ke,sedih ke,penat ke...kita MESTI lawan perasaan tersebut.Lawan dan lawan,supaya akhirnya kita yang menang terhadap perasaan tersebut :)

***********************************


Tadi saya ade tengok video tentang malam merdeka.Berkaitan dengan aktiviti bebas remaja pada malam tersebut.Tiada mood untuk mengulas panjang.Kes buang bayi meningkat dari setahun ke setahun.Saya mahu tinggalkan satu persoalan.Tidak bahagiakah si ibu saat melihat bayi nya lahir ke dunia?Macam tak ada kepuasan dan nikmat bersyukur setelah penat mengandung 9 bulan.Berjalan ke sana ke mari dengan perut yang besar.Entah di mana sifat kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak nya.

Walaupun saya masih lagi seorang pelajar tambahan pula belajar di luar negara tapi hidup saya di kelilingi dengan ibu muda yang baru mengandung,ada yang baru melahirkan,ada yang masih kecil cahaya matanya dan saya melihat bagaimana susahnya mereka menjaga anugerah Allah tersebut.Errk,saya rasa macam ayat saya tak teratur sangat.huhu.Its ok,rasanya korang faham je :)

Semoga kita semua tak tergolong dalam kalangan orang yang tak bersyukur.


0 Kata-kata hikmah: