Friday, 19 November 2010

Pengenalan Calon (Pengerusi PCM)



ALHAMDULILLAH,petang tadi telah selesai majlis pengenalan calon untuk pemilihan pengerusi,timbalan pengerusi dan exco sesi depan.Secara keseluruhannya,semua calon sememangnya mantap,masing-masing membawa manifesto tersendiri dan cuba menghuraikan yang terbaik.Berbezanya JPC sesi lepas dan sesi sekarang adalah untuk calon tahun ini mereka sendiri dikehendaki menandatangani borang pencalonan.Borang dibeli oleh seorang pencadang,ditandatangani oleh calon dan seorang penyokong.Sistem tahun ini menunjukkan bahawa setiap exco yang bakal dinaikkan sememangnya telah bersedia untuk berada di dalam tampuk pimpinan PCM.

Saya telah menghadiri kedua-dua sesi pengenalan calon bagi akhowat dan ikhwah(pengiring Kak Nada dan Hafiza).Post kali ini saya hanya ingin berbicara mengenai 2 orang calon pengerusi PCM untuk sesi depan iaitu saudara Ashraf dan saudara Azizi.Jujur saya katakan,kedua-duanya lebih hebat diuji saat berada bersama dalam kalangan mereka sendiri apabila diasak dengan soalan yang agak banyak.Dari sini juga para hadirin yang hadir sepatutnya boleh menilai yang mana pilihan mereka.Pilihlah pemimpin yang boleh memimpin kita.

Saya tak berkesempatan untuk merekod semasa sesi akhowat dan peluang kedua digunakan dengan sebaik mungkin.Isi entry dibawah adalah berdasarkan apa yang saya dengar dan catat serta mungkin terdapat ayat yang diubah supaya jadi sesuai.Nilailah sebaik mungkin.

Majlis didahului dengan calon pengerusi pertama iaitu saudara Mohd Ashraf Shabadin.Pembawakan 3R (revoke,reform,rebrand) yang diwar-warkan sebenarnya sangat menarik.Saya agak tertarik dengan penjelasan yang diberikan mengenai revoke yang membawa maksud membatalkan sebahagian program PCM yang tidak releven,reform sebagai membawa perubahan selepas muhasabah dilakukan dan rebrand,memperkenalkan semula PCM agar sampai kepada seluruh warga Mansurah apa yang dibawa PCM.

Ashraf turut menekankan bahawa Islam itu bukan prinsip atau perlembagaan sebaliknya ia adalah kewajipan.Siapa yang menang tidak menjadi masalah tapi menerima idea perubahan itu yang penting.Turut dinyatakan,tiada dalam sejarah pengerusi PCM adalah dalam kalangan pelajar Manchester dan tindakan Kak Qatrunnada menjadi calon bagi jawatan timbalan pengerusi adalah satu tindakan yang berani.(vote for Kak Nada :P).

PCM harus membawa wadah yang lebih jelas dan memperbaharui idea untuk mendekati pelajar Manchester.

Dari segi kebajikan,rebrand TKS.Jana ekonomi dengan menjual tiket kapal terbang.Dari segi unit sukan,masih relevenkah SINAI dibuat setiap tahun.Mengapa tidak kita tukarkan kepada umrah semasa musim panas.Sekarang,kelab baru turut ditubuhkan iaitu kelab dikir barat dan mungkin selepas ini kelab muzik.Kita cuba menarik orang untuk dekat dengan kita.

'Bersedia menyambut segala perubahan' -ASHRAF SHABADIN

Pengalaman:
1.Lembaga disiplin pelajar MRSM Kuantan
2.Lajnah perancangan pendidikan

Seterusnya calon pengerusi kedua,saudara Ahmad Azizi Mat Jusoh.

'Kita perlu bercita-cita untuk mencapai setinggi bintang biarpun kaki terpasak di bumi kerana sesungguhnya kita telah diberikan kekuatan dan kelebihan sebagai khalifah di muka bumi ini'-AZIZI JUSOH

Manifesto yang dibawa Azizi adalah 3K(Kualiti,Kebajikan,Kebebasan).Menurut Azizi,berdasarkan pengalamannya menjadi exco PCM selama setahun,PCM hakikatnya sudah mempunyai asas-asas yang jelas, contohnya bagaimana ingin bergerak dalam akademik,kebajikan dan sukan.PCM sudah mempunyai saluran dan guideline yang betul cumanya PCM mestilah meningkatkan kualiti dalam setiap program yang dijalankan agar benar-benar memberi kesan kepada ahli serta masuk ke dalam jiwa mereka.Kepimpinan seharusnya memilih aktiviti yang sememangnya berkualiti kerana sebagai pelajar medik masa kita sangat terhad.

Azizi juga menekankan eleman kebajikan.PCM adalah sebuah persatuan yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya tambahan pula dengan kapasiti ahli PCM yang kini mencecah 1000 lebih.Sebagai sebuah badan kebajikan,PCM harus menjuarai isu dan ke hadapan dalam menyalurkan sumbangan kepada ahli.PCM juga perlu lebih serius dan bersungguh-sungguh terhadap isu kebajikan ahli contohnya kebajikan pelajar pergigian dan hak-hak kita sebagai pelajar universiti.Tekan Azizi lagi,PCM sememangnya ada tabung untuk mereka yang memerlukan tapi kita gagal mencari individu-individu yang memerlukan dan di nyatakan di sini PCM sesi depan harus lebih fokus terhadap isu kebajikan.

Perkara ketiga yang dibawa oleh Azizi adalah mengenai kebebasan.PCM hari ini tidak sama dengan PCM 3 tahun lepas di mana kebanyakan ahlinya tidak mempunyai masalah dari segi fikrah agama dan mempunyai keinginan yang sama namun untuk sesi depan apa yang dilihat,PCM perlu mevariasikan program yang ingin dilaksanakan demi meraikan semua ahli PCM.Mungkin sedikit susah untuk melakukan sedemikian tetapi sekurang-kurangnya kita menyediakan platform untuk ahli-ahli ini bergerak mengikut citarasa mereka.

Akhir sekali,Azizi menyatakan apa yang terdetik di dalam hatinya agar PCM mampu untuk membentuk ahlinya menjadi doktor qudwah(menjadi contoh).

Pengalaman:
1.Ketua pengawas semasa darjah 3 untuk pelajar darjah 1,2,3
2.Ketua pengawas semasa darjah 6
3.Ketua pelajar
4.Ketua asrama
5.AJK surau di KMM
6.Unit UPI 08/09
7.Exco UPI sekarang

Suka saya ingin memetik kata-kata salah seorang calon exco kita,saudara Nasa.
'Lambungkan saja calon pilihan anda,tapi jangan mengutuk orang lain'

Berkempen berkempen jugak tapi jangan melampaui batas.ok?

3K vs 3R.PCM for ALL!

P/S:Mungkin entry ini agak kucar-kacir tapi saya tahu anda mampu memilih yang terbaik.InsyaALLAH,calon pilihan saya tetap sama :).Anda bagaimana??



0 Kata-kata hikmah: