Tuesday, 23 November 2010

Surat Untuk Calon Pengerusi

Di saat aku memegang papan kekunci, hati ini benar-benar ingin kalian tahu.

Dengarkan apa yang ingin kutulis, buat renungan hati-hati yang bakal kami taati.

Antara kalian adalah bakal pemimpin.

Pemimpin itu pendakwah.

Pendakwah itu pedagang.

Kami mohon, kalian bawakan barang dagangan yang berkualiti, bukan sahaja dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani.

Itulah pemimpin yang kami mahukan.

Dengan perkembangan minda mahasiswa/mahasiswi mansurah,

kata-kata yang berlebihan tidak kami mahukan.

Kerana kami mahukan gerak kerja dan tindakan yang lebih berkesan.

Lebih berkesan dari kepimpinan yang lepas.

Itulah yang kami mahukan.

Jangan wahai calon pengerusiku sayang,

kalian dibuai kepercayaan bahawa apa yang ada pada kalian itulah yang kami mahukan.

Tanpa kalian bertanya apa yang kami harapkan.

Kami mahukan kecemerlangan akademik.

Tapi kami tak mahukan akademik kami menang,

namun budaya hidup kami terumbang.

Kami sangat takut, suasana biah solehah akan hilang.

Percayalah wahai calon pengerusi,

memberi kepada pada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri.

Kami hati-hati yang bakal mentaati,

amat-amat menghargai walau kadang tiada ungkapan terima kasih didengari.

Kami harap kalian sedar bahawa kelebihan yang dikurniakan pada kalian untuk memimpin kami adalah satu amanah dari ilahi yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami.

Jika kalian gagal memikul tanggungjawab ini,

kalian mengkhianati undi kami,

kalian mengkhianati amanah dari ilahi.

Tapi kami yakin dan kami percaya,

kalian memiliki kelebihan yang tidak semua dalam kalangan kami miliki.

Iaitu hati yang sentiasa mengingati rabbi.

Semoga allah sentiasa merahmati kalian.

Oleh itu wahai calon pengerusi ku sayang,

berhati-hatilah dalam membawa jentera lori PCM ini,

agar tidak pancit di tengah jalan.

Tidak terbalik apabila dilanggar masalah sosial yang kian membimbangkan.

Wahai calon pengerusiku sayang,

kami harap kalian tidak sesekali lari dari masalah.

Kerana kelak, jika kalian meninggalkan kami,

hancurlah persatuan yang kami sayang ini.

Kealpaan kalian bisa mengundang musibah pada kami.

Kerana kalianlah yang bakal memandu kami.

Kami akui,

Memang berat tugas ini.

Kerana kalian adalah pemimpin.

Pemimpin itu ad-daei.

Wahai calon penegrusiku sayang,

kami faham dan kami tahu,

manusia hari ini tiada yang sempurna.

Tiada manusia yang mampu memenuhi kehendak hati kami .

Hanya tuhan saja yang mempunyai segala apa yang diingini oleh kami, mahasiswa/mahasiswi universiti Mansurah

Baik kecemerlangan akademik mahupun rohani.

Cuma……………….

Satu yang kami mahu pada calon pengerusi,

iaitu, kalian sentiasa berusaha buat sebaik mungkin.

Kami tahu harapan kami ini tinggi,

sebab itu, kami mendoakan buat kalian,

siapa yang benar2 ikhlas dan berani menyahut cabran ini yang akan menjadi pengerusi

Wahai calon pengerusiku sayang,

Kami mohon kalian dapat memberikan ilmu, pimpinan, panduan dan juga kualiti, kebajikan serta kebebasan.

Yang benar,

Ahli PCM yang tidak sabar mengundi,

Kuekoci ,

Samanoudy.

P/s: surat ini juga ditujukan kepada semua calon exco, exco kekal, mentor dan menti.

1 Kata-kata hikmah:

Fawwaz said...

likes likes likes ! :)