Sunday, 12 December 2010

Di sini aku bermula....

Assalamualaikum~

Alhamdulillah,tadi telah selesai mesyuarat pertama Unit Pembangunan Insan(UPI).Banyak perancangan mahu pun cadangan,semoga Allah memudahkan segala gerak kerja.Kita merancang,tapi Allah jua lah sebaik-baik perancang.



'Siti dah kembali ke tempat asal tapi dibawah ketua yang baru',kata Kak Milah,penolong UPI sesi 08/09.Di dalam UPI inilah saya mula mengenali PCM.Setelah menjadi exco untuk sesi 09/10 kini saya kembali ke dalam UPI sesi 10/11 dengan harapan saya dapat memberikan yang lebih baik buat UPI dan semua.Terima kasih kepada yang memberikan saya peluang untuk berada di dalam persatuan ini.Terima kasih juga kepada 'insan' yang berpesan kepada saya jangan buat keputusan sebab orang lain.Orang kata,pengalaman mematangkan kita.Harap-harap itu lah yang berlaku kepada saya.

Tetiba rindu pada geng2 mesyuarat PSMB.12 kali mesyuarat,kalah meeting exco :P


'Meeting is a part of our tarbiyah'.


Selalu saya dengar orang tak suka bermesyuarat katanya sebab terlalu lama.Tapi adakah pernah kita fikir selama mana kita duduk bersila dalam mesyuarat itu apa yang kita dapat.Mustahil tiada langsung manfaat yang kita peroleh walau secebis.Kerana itu saya berpegang pada 'mesyuarat itu adalah sebahagian daripada pendidikan' buat kita.Jangan kata semua butir bicara mereka yang terlibat langsung tak bermakna.

Ingin saya petik kata-kata Kak didi semasa mesyuarat tadi,

Ada 3 masa bg pelajar seperti kita.
1.Masa utk belajar
2.Masa utk berhibur
3.Masa utk bekerja/bermasyarakat.
Jangan korbankan masa belajar utk bekerja sebaliknya korbankan lah masa hiburan kita.Berhibur itu perlu tapi jangan melebih-lebih.
*lebih kurang la ni*


Ini juga adalah medan untuk kita lebih kenal siapa diri kita dan siapa mereka yang bekerja bersama-sama kita.Selamat berkenalan dan bekerja kepada semua AJK UPI! (^__^)

P/S:
*Esok saya ada test Dental material.Doakan!
*Sayang nk lepas wartawan UPP,tapi saya tahu...inilah yang terbaik,InsyaAllah.Mintak maap Zaki dan Farah.huhu.
*Bagi sesiapa (ikhwah dan akhowat) yang berminat nak jadi AJK UPI boleh hubungi ketua dan penolong saya.




0 Kata-kata hikmah: