Friday, 23 December 2011

=)

Alhamdulillah,im alive! :D


Lama sungguh tak update.Hmm,bagaikan kekurangan idea.Saje singgah2 di blog sendiri.


I'll be back soon,insyaAllah with more updates :)

Wednesday, 23 November 2011

Memberi Maaf

Memberi maaf di sini adalah jika seseorang tu telah buat aniaya ke atas kita kita,padahal kita mampu membalas kejahatannya tetapi kita memaafkan kesalahannya,maka di sini lah di katakan sebagai pemaaf.


Sifat maaf ini merupakan sifat yg mulia.Sifat maaf adalah semulia-mulia sifat dan semulia-mulia budi pekerti yg dimiliki oleh kebanyakan nabi,orangg2 soleh dan orang2 yg baik


'Hendaklah kamu maafkanlah (kerana maaf itu) lebih hampir kepada taqwa'

al-Baqarah:237

Ayat ni menganjurkan kita supaya memberi maaf kerana sifat itu boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.




'Ambillah maaf,suruh lah orang mengerjakan kebajikan dan berpalinglah daripada orang2 yang bodoh'

al-a'raf:199


Maksudnya selain memberi maaf ayat ini juga menganjurkan kita supaya berbuat baik dan tidak usah lah mempedulikan rintangan2 dan halangan2 yang dilakukan oleh orang bodoh dan jahil

Tuesday, 15 November 2011

Untuk bakal isteri ku



Bolehkah kamu berjanji, jika kamu menjadi isteriku, masa yang kau luangkan bersamaku, adalah masa yang bermanfaat untuk agamaku, dan untuk kehidupanku? Bolehkah kamu berjanji untuk berusaha tidak mengambil masa yang telah aku berhabisan menyusunnya untuk agama kita untuk kehidupan peribadimu, yang tidak mendatangkan kebaikan untuk agama kita? Bolehkah kamu berjanji melalui masa yang aku luangkan bersamamu 1 minit, akan memudahkan kerja agamaku selama 5 minit? Bolehkah kamu berjanji untuk berusaha bersamaku?

Jika kamu berjanji, dan jika diriku adalah suamimu, aku berjanji akan berusaha, tiada masaku yang akan aku luangkan melainkan supaya kehidupanmu berada pada landasan yang benar. Dan, tiada masa luangku akan aku habiskan melainkan supaya dirimu didengari dan dihargai. Dan, aku akan sentiasa berjalan bertemankan dirimu, jika kamu berjanji, kerana kamu tangan yang memudahkanku. Dan, aku akan sentiasa duduk bersebelahamu, jika kamu berjanji, kerana kamu peneman yang menyejukkan hatiku.

Saturday, 12 November 2011

kahwin dengan orang yg boleh buat kawan


 sehingga kawan itu jadi pasangan kita


sehingga pasangan kita tu, ibarat diri kita sndiri


********************
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan


Friday, 28 October 2011

Kata bunga

Andai bunga ini terlalu manis
Maafkan dia
Andai bunga ini selalu menarik perhatian mu
Maafkan dia

Kata bunga,dia mahu menjadi penawar
Bukannya menjadi racun
Tapi terkadang dirinya sendiri yang lemah
Tidak mampu pertahankan tembok yang dibina
Yang akhirnya ternyata menjadi racun berbisa
Namun tatkala si bunga menjadi racun,
Semoga kumbang lah yang akan menjadi penawarnya
bukan terus membiarkan semuanya terbunuh bersama

Bunga bersedih dan menyesal
Andainya ada si kumbang yang goyah hatinya dek kemanisan yang ada pada dirinya

Maafkan  si bunga
Dia masih belajar untuk menjadi kuat
Demi mendapat secebis pandangan  rahmat daripada Tuhannya

Berdoalah kerana Tuhan sedang mendengar mu



Saturday, 22 October 2011

Harga yang perlu dibayar

Pagi-pagi lagi saya sudah melakukan kesilapan semasa memasak breakfast.Permulaan yang baik di waktu pagi sangat lah penting kan?Supaya nanti tak adalah rasa mood swing.Apabila mood swing maka datanglah pelbagai cerita-cerita sedih bernyanyi-nyanyi di minda saya.Tempoh hari, 'budak suka buat lawak dalam meeting' [awak!=D] minta saya update blog tentang apa yang saya lalui selepas balik Msia.Mood nak menulis harus dicari baru best.Jadi bersesuaian dengan mood yang tak berapa sihat,marilah kita mengupdate blog~


Sudah 2 bulan 5 hari saya berada di Msia.Sebelum pulang,saya tahu dan sudah berfikir 'ada harga kepahitan yang perlu saya bayar dengan keputusan yang telah saya ambil'.Walaupun rasanya seperti bersedia untuk menerima apa sahaja lemparan kata-kata,tapi saya tetap tak maklumkan kepada ramai teman tentang kepulangan saya.Saya khuatir,persoalan yang terlalu banyak mungkin boleh membuatkan saya jadi seorang manusia yang lain.


Namun begitu,saya terpaksa akui sedikit sebanyak keputusan saya untuk tidak pulang ke Mesir mempengaruhi sikap saya.Saya dapat merasakan,saya kini menjadi seorang budak yang semakin sensitif dan pendiam.Ramai yang mengetahui cerita saya akan berkata,


'eh ruginya balik macam tu je'


Setiap kali mendengarnya,saya hanya mampu tersenyum dan buat-buat muka biasa,cuba untuk cover 'goresan' yang dilukis supaya tak terlihat di mata orang.


Ada juga yang cerdik pandai,mengatakan saya pulang kerana teringat boyfriend.Ini adalah alasan yang paling tak boleh terima.Cukup sedih.Cukup kecewa.Tak kenal maka tak cinta.Tak sepatutnya seseorang yang tak pernah bersama saya,makan bersama,tidur bersama,duduk bersama, berkata sedemikian.


Minggu lepas saya ke hospital dengan kereta sewa.Di dalam teksi tersebut terjadi lah perbualan ini.


Pak cik:Belajar lagi ke?
Saya:Haah,belajar lagi.
Pak cik:Belajar kat mana?
Saya:Belajar sekolah swasta,adabi
Pak cik:Oh yeke..nampak macam budak dah masuk kolej.Kamu bercinta banyak sangat ke sampai tak boleh masuk sekolah kerajaan?
Saya: [tergelak kecil bercampur sedih]

Saya tak salahkan pak cik tersebut sebab memang dia tak tahu apa yang berlaku tapi begitulah harga yang perlu saya bayar.Saya kemudiannya menceritakan kisah saya pada pak cik tersebut.


Biarpun pahit,saya sedar pengalaman saya sangat berharga.Biarlah apa orang nak kata,biarlah apa saya rasa sekalipun,semuanya tetap berharga kerana perancangan Allah itu sangat sulit dan indah.


Saya mesti kuat!Itu yang paling penting.


Akal bertanya kepada hati, "kenapa kamu bersedih, wahai hati?" Hati mendongak kepada awan dan berkata, "Aku impikan sang angin untuk terus menyejukkanku. tapi, sang awan menolak angin jauh dariku. Aku hanya berharap sang awan tidak membasahkan hujan ke atasku". Akal bertanya lagi kepada hati, "kenapa kamu masih bersedih, wahai hati?" Hati mendongak kepada bulan dan berkata, "Aku impikan sang bulan untuk terus menyinarkan hidupku. tapi, tiap kali tiba masanya sang matahari menutupi bulan dariku. Kepanasan sang matahari menjadi ganti".Akal tersenyum lalu berkata, "jangan bersedih wahai hati, apabila awan melintasi, angin pasti datang lagi. Kepanasan akan pergi, bulan akan kembali di malam hari. Kamu hanya perlu menanti." 
[Tengah syok update blog tiba-tiba dapat kata2 ini.Terima kasih!:)]


Saat ini saya merasakan seperti terlalu banyak kelemahan dalam diri saya sehinggakan saya tidak tahu apa kelebihan yang saya miliki.[Bunyinya macam orang tengah mereng huhu].Tak apalah,saya tahu....saya perlukan masa!Saya perlukan masa untuk mencari kembali semangat dan kekuatan saya.Pedulikan orang yang tak tahu =)


Doakan saya kuat seperti kamu semua!






Fatimah,sila bertabah! (^__^) Bday tahun depan nak hadiah nama salji lagi boleh tak? =p

Friday, 21 October 2011

Surat Terbuka untuk HIMPUN


Assalamualaikum wbth...

Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah. Belajar quran dengan arwah datuk yang garang, menyalin buku-buku agama karya tangan warisan berzaman dan berjalan ke surau waktu pagi yang dingin itu adalah kegiatan yang menggamit kenangan. Inilah kehidupan beradat beragama yang penuh dengan ketenangan. Tiada lagi perlu dipertikaikan betapa Melayu dan Islamnya saya dalam menulis surat ini untuk tatapan peserta HIMPUN.

Setelah dewasa dan berhadapan dengan pelbagai kerenah alam, pandangan berubah, kematangan bercambah, pemikiran tidak lagi berada dalam sifir keluarga, tetapi merebak untuk kepentingan sejagat. Dahulu, dididik bahawa bangsa kita perlu dimartabatkan tanpa menghirau bangsa lain yang bercambah dan membiak di persekitaran. Ini lumrah dilahirkan Melayu, dilahirkan untuk menjadi rasis. Namun, dengan izin Allah, perasaan perkauman itu kurang menebal dalam diri, kerana dibatasi dengan larangan Allah swt terhadapnya.

Arakian, bertemulah saya dengan susuk bernama HIMPUN dalam beberapa nafas yang lepas. Mendengar ucapan dan percakapan sekreteriatnya yang begitu bersemangat. Dari percakapannya, jelas fikrah kumpulan yang diwakilinya. Tiada dapat diselindungkan lagi fikrahnya itu. Dari tulisan penulis-penulis pendokong HIMPUN, semakin lama semakin jelas fikrah perhimpunan ini. Jelasnya fikrah ini adalah seperti kuatnya bau durian yang disimpan dalam kereta di waktu tengah hari yang terik panasnya. Dengan memahami fikrah mereka, barulah kita dapat mengikuti secara jelas tujuan perhimpunan ini.

Niat Murni
Adapun niat murni yang ingin disalurkan kepada umat Islam, iaitu mengukuhkan aqidah umat Islam, justeru sangatlah patut disokong oleh sekalian umat Islam. Kerana aqidah yang tepat dan murni adalah diperlukan untuk melahirkan umat yang benar dan berwibawa. 

Adapun niat yang murni perlu disokongi dengan perlakuan yang benar. Perlakuan yang kebaikannya melebihi keburukan. Perlakuan yang mengambil kira sensitiviti dan perasaan kaum minoriti. Perlakuan yang tidak melanggar hak kafir zimmi yang duduk berlegar bersama kita tanpa ada sedikit pun dalam fikiran mereka untuk memberontak dan menghancurkan rumah ibadat kita. Perlakuan yang tidak akan menikam kita dari belakang sehinggakan orang bukan Islam semakin jauh daripada kebaikan dan keadilan Islam.

Siapakah Perosak Kemurnian Niat?
Pihak yang merosakkan niat murni ini adalah pihak HIMPUN sendiri. Niat murni ini tidak disusuli dengan perancangan teliti oleh sekreteriatnya. Cuba lihat salah satu daripada objektifnya yang terang menuding jari kepada pihak lain. Objektif itu menulis, "khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011". Dalam sidang media, mereka berkata, "Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka." dengan merujuk kepada kes DUMC sedangkan Sultan bertitah, bahawa JAIS dapat maklumat bahawa berlaku proses tersebut, tetapi, "keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil." Sekreteriat HIMPUN secara semberono melanggar titah raja dengan menyatakan bahawa berlakunya usaha ini walaupun pihak kerajaan sendiri tiada maklumat yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap mereka atau dalam bahasa yang senang difahami, "ianya hanya khabar angin sahaja".

Malahan, lihat, bagaimana tiada satu pun objektif yang meminta kita kembali kepada ajaran Allah supaya boleh bertahan jika aqidah digoncangkan dengan gempa hujah dari agama luar. Mungkin pihak HIMPUN lupa bahawa jika seseorang itu mempunyai aqidah yang kukuh, mereka tidak akan goyah sedikitpun walau datang seribu paderi dan sami buddha untuk memesongkan aqidahnya. Adakah pihak HIMPUN beranggapan bahawa aqidah umat Islam walaupun sekuat mana pun, mampu dipesongkan oleh paderi dan sami? Adakah pihak HIMPUN beranggapan hujah Islam kurang gagah berbanding hujah Kristian dan agama lain? 

Target yang Salah
Jelas sekali target HIMPUN adalah salah. Objektif mereka ada pesongan yang jauh daripada untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan untuk kepentingan Islam. Islam memandang usaha yang dilakukan oleh umatnya tidak mengambil kira keberjayaan usaha itu. Tetapi, Islam menyuruh kita membuat sesuatu usaha atas untuk mencapai keputusan yang baik, dengan perancangan yang teliti, dan dengan kesungguhan yang melebihi kesungguhan golongan bukan Islam. Islam melarang umatnya membuat sesuatu tanpa usaha untuk mencapai kemenangan. Cuba lihat, Rasulullah berhijrah dengan penuh teliti perancangannya. Sedangkan, Rasulullah itu pasti akan dilindungi Allah swt. Jika umat Islam yang ingin berhijrah, ditangkap dan dibunuh sekalipun, mereka beroleh syurga kerana usaha mereka mengikuti suruhan Allah. Namun, Rasulullah masih lagi merancang dengan teliti. Mengapa perancangan HIMPUN begitu tidak sempurna?

Target Yang Benar
Target yang sebenar yang perlu dihapuskan dengan buluh runcing bersalut racun adalah kelemahan aqidah umat Islam itu sendiri. Kelemahan yang disebabkan oleh tangan-tangan umat Islam itu sendiri. Cuba lihat, betapa banyaknya program realiti TV yang mengajak umat Islam ke arah hiburan yang melaghakan. Cuba lihat berapa banyak konsert yang mengajak pergaulan tanpa batasan. Cuba lihat betapa matapelajaran Pendidikan Islam dianaktirikan sehinggakan ia dianggap picisan. Cuba lihat betapa hukum Islam diaibkan setiap hari oleh umat Islam sendiri. Keimanan yang tinggi kepada Allah berserta aqidah yang murni, pasti tidak akan berupaya dipesongkan lagi. Jadi, pihak HIMPUN perlulah meminta supaya pihak kerajaan mengurangkan hiburan dalam negara kerana ini yang menyebabkan iman rakyat boleh menjadi senipis rambut. Dengan menguatkuasakan akta murtad, murtad masih lagi boleh berlaku, kerana untuk murtad, tidak perlu kepada persetujuan mahkamah. Sambil-sambil tengok TV pun boleh murtad!

Kristianisasi
Menurut makna dari Dewan Bahasa dan Pustaka, kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Secara jelas dan terang ditulis di laman sesawangnya, "tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini."  Tapi, dalam terang mentari suluhan objektif perhimpunan ini sendiri yang menuding jari kepada warga kristian atas kelonggaran aqidah umat Islam, mereka masih lagi cuba mengelirukan dengan pernyataan songsang mereka, bahawa "ia bukanlah provokasi terhadap orang Kristian"

Kesan HIMPUN kepada Masa Depan 
1. Hubungan antara Islam dan Kristian semakin jauh. Cuba kita teliti dan baca setiap komen-komen antara umat Islam dan rakyat bukan Islam, yang boleh dibaca dalam malaysiakini dan malaysian insider. Disebabkan HIMPUN ini, orang bukan Islam berkeinginan mengadakan juga perhimpunan mereka. Dan, umat Islam membalas dengan kata-kata yang kasar seperti, "tak sedar diri duduk negara orang". Inikah yang ingin dicapai?
2. Umat Islam yang sudah dipesongkan tidak kembali kepada Islam disebabkan HIMPUN ini. Cuba lihat tentatif HIMPUN. Orang yang berharap 250000 orang (seperti yang didakwa Mufti Perak) akan kembali kepada Islam, pastinya manusia yang berfikiran positif tanpa mengetahui hakikat sunnatullah, "iaitu usaha tangga kejayaan". HIMPUN hanyalah satu pertunjukan bilangan umat Islam kepada bukan Islam.
3. Orang Krisitian tetap tidak akan berhenti menyebarkan fahaman mereka walaupun perlembagaan menghalang mereka. Dalam ajaran mereka, menyebarkan Kristian adalah kewajipan, seperti yang ditulis dalam Gospel of Matthew."Go ye therefore, and teach all nations, baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Ghost: Teaching them to observe all things whatsoever I have commanded you: and, lo, I am with you always, even unto the end of the world. Amen." Sekatan ini tidak akan menyebabkan mereka berhenti. Adakah umat Islam akan berhenti menutup aurat jika kerajaan Malaysia melarang penutupan aurat? Umat Islam tetap akan menutup aurat, kerana ianya kewajipan agama. Jadi, orang Islam tidak boleh berangan-angan, bahawa dengan adanya akta itu, Kristian tidak akan lagi disebarkan. Penganut Kristian yang kukuh pegangan kepada Kristian tetap akan menyebarkannya.

HIMPUN, ataupun Perhimpunan Sejuta Umat ini, secara realitinya adalah program berniat murni tapi, dilaksanakan dengan salah. Ketegangan agama pasti akan berlaku, jika Islam terus dimomokkan sebegini oleh umat Islam sendiri. Jika mahukan kejayaan, pastikan umat Islam dilengkapi dengan kenyataan balas terhadap hujah mereka, serta sediakan hujah dari sebelah kita untuk menunjukkan kemurnian agama kita.

Sekian, semoga kejayaan bersama masyarakat beriman.Assalamualaikum wbth. 

Tulisan daripada seorang kawan,
Abdul Manaf Bin Abdullah

Friday, 14 October 2011

Sukarnya fahami hati itu.

Sudah lama tak update blog.Terima kasih kepada yang mengingatkan.Itu tanda sokongan.Orang jauh tengah rindu nak baca cerita terbaru kot? ;)


Terlalu banyak kisah yang ingin saya coretkan tapi setiap kali ditaip pasti saya delete semula.Hmm?Emosi masih tak stabil mungkin?


Ok.hari ini nak berkongsi satu nukilan menarik dari seseorang.Penulisnya mungkin tak ada blog kot? :D jadi dia berharap saya boleh berkongsi di dalam blog saya.Awak,saya minta maaf..lambat sangat post.Tapi hari ini saya teringat awak dan saya harap post ini sendiri mampu memberikan awak kekuatan sebabnya semuanya dari hati awak sendiri.

**************************


Manusia ni memang susah nak untuk faham atau difahami kan,
Sebenarnya kita nak faham diri & hati sendiri pun sangat susah,
Kenapa??
Andai lah ramai yang faham akan diri & hati masing-masing,
Mesti kita tidak akan jumpa…
Mat Rempit,perompak, pembunuh ,rasuah, fitnah atau tidak akan ada kes jenayah langsung kt dunia ni,

“Barangsiapa yang kenal hatinya, maka dia akan kenal Tuhannya”
(Maksud Hadis)


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah"
(Ali-Imran : 110)
Umat Terbaik !!!
(*mesti kita ada perasaan bangga jika kita dapat gelaran, PELAJAR TERBAIK atau DOKTOR TERBAIK sehingga kita lebih bersemangat untuk menabur jasa agar gelaran itu sentiasa segar pada
 pandangan mata manusia)
Namun,
Di mana perasaan bangga itu apabila kita disebut  umat & hamba TERBAIK kepada Allah & Rasul NYA ???
Ke mana kesungguhan itu hilang untuk mengekalkan gelaran UMAT TERBAIK di hadapan ALLAH & Rasulullah SAW?
Disebabkan hati itu terlalu unik dan memerlukan kesedaran yang tinggi dan datang daripada ilmu,
utk difahami, serta dikatakan hati itu juga  lah RAJA dalam diri,
Maka,masyarakat seperti hari ini lah yang telah terbentuk,penuh mungkar & ingkar.

“Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahawa pagar Allah adalah larangan-laranganNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Baik hati,baiklah akhlaknya,baiklah manusia itu…
Rosak hati,rosak akhlak,rosak lah manusia itu…
Ibarat harta atau kereta,apabila rosak,pasti kita segera bertindak menghantar ke kedai untuk dibaiki,kerana betapa harta itu penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Andai rosak terlalu lama,dikhuatiri tidak tidak mampu lagi dibaiki.
Namun,jarang sekali manusia sedar,bahawa HATI itu juga rosak dan SENTIASA perlu di perbaiki.
Jika terlalu lama rosak hati itu,maka MATI lah ia dan tidak lagi boleh “digunakan”
Mahukah kita hidup tanpa HATI ?
Mahukah kita hanya hidup sebagai BONEKA syaitan yang tiada tujuan hidup,
kerana sudah jelas, terang lagi nyata di beritahu dalam kitab Agung-NYA,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.             (Adz Dzariyat [51] : 56)

Kita hidup hanya dengan satu tujuan iaitu BERIBADAH kd Allah.
Namun kalam Allah yang hanya satu baris ini,terlalu sukar untuk difahami apatah lagi untuk diamalkan.
Ayuh manusia sekalian,tinggikan semangat,tegarkan langkah,
Fahami lah hati itu,di mana kedudukan kita hakikatnya dalam dunia ini,
Dan faham yang menghasilkan kesedaran itu datang dari ilmu,

"Sebaik-baik ilmu adalah yang dapat menyebabkan takut kepada Allah"
(Syeikh Ibnu 'Atho'ilah As Sukandar)

Jika PELAJAR TERBAIK itu adalah kerana keputusannya yang cemerlang,
Jika DOKTOR TERBAIK itu adalah kerana hebatnya dia dalam merawat pesakit,
Jadi, DI MANAKAH UMAT TERBAIK pasca ini ?
Yang menyuruh kepada kebaikan,
menegah daripada kemungkaran,
semangatnya tegar dalam perjuangan…
Dan hidupnya tidak lain tidak bukan,hanya lah untuk Allah & Islam.
Allahu’Alam.


*************************

AWOK! Allah knows the best :)
Hanya kiriman rindu dan semangat dari jauh mampu ku berikan



Sunday, 18 September 2011

Apa yang difikir?

Alhamdulillah,sudah sebulan saya berada kampung tercinta.Ada cerita manis,menyakitkan,membahagiakan sepanjang perjalanan baru saya.Pernah dengar orang kata 'berubah tempat,berubah lah manusia'.Semuanya bergantung kepada persekitaran seseorang.Berubah nya manusia mungkin boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud tapi yang ingin saya perkatakan sekarang adalah setelah pulang,jadual hidup saya terus berubah dari kebiasaan semasa berada di Mesir.


Bersama keluarga dan kawan cukup memberikan satu suasana yang berbeza.Jujur saya katakan,keselesaan di Malaysia sedikit sebanyak menjadikan saya malas :( Tiba-tiba rindu Mesir.Sebab itu apabila ada yang tahu saya ingin pulang ramai yang mengatakan begini kepada saya,'cabaran kat Msia lain dengan cabaran kat sini.Kat Msia kena lagi kuat'.Hmm,ada benarnya.


Apa yang saya fikir kan sekarang?Saya pun tak tahu.Allahuakbar.



Semoga terus diberi kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.Sesak nafas menahan sendu di jiwa...



Tuesday, 6 September 2011

Jangan buta sejarah!

Hari ini bermula lah perjalanan baru dalam hidup saya.Jalan yang mungkin agak jauh berbeza dengan jalan yang lepas.Subjek paling menarik yang saya belajar pada hari ini adalah Sejarah.


'Jangan buta sejarah!'

Itulah ayat yang diulang berkali-kali oleh cikgu saya.Ditanyakan kepada kami,


'Bagaimana pejuang yang sebenar?'


'Pejuang yang sebenar adalah mereka yang menerima banyak ujian tatkala melangsungkan perjuangan mereka contohnya seperti ditangkap,dibunuh,dipukul atau dilabel sebagai pengkhianat.Kalau kita belajar sejarah maka kita boleh menilai sendiri siapa pejuang yang sebenar'


Kata cikgu lagi,'biarlah diorang bergaduh ke apa,kita yang belajar,fikir sendiri.Itu semua hanya kerana politik maka masing-masing mempertahan kenyataan yang dikeluarkan'  


Kata-kata ini timbul gara-gara kenyataan yang dikeluarkan pemimpin kedua PAS sehingga menimbulkan kontroversi.Secara jujur,saya masih pening dengan sejarah melayu.Tapi sejarah yang kita belajar dengan dasar kepercayaan harus diubah dengan keyakinan.Oleh sebab itu,belajar lah sejarah,fikir,percaya dan yakin!


Sejarah,semakin kita belajar semakin tinggi rasa ingin tahu dan sejarah membuatkan kita berfikir.


Pernah tahu kenapa dulu Siam tidak dijajah oleh british?Saya tidak tahu secara detail tapi mengikut apa yang saya belajar tadi [buku takde lagi,ingat dalam otak jela] semasa permulaan british ingin memasuki Siam,sultan mangkoat telah melakukan banyak perubahan supaya pihak british merasa senang untuk berada di sana.Antara perubahan yang dibuat adalah menghapuskan amalan meniarap ketika menghadap raja,menghapuskan poligami,membenarkan mubaligh kristian untuk menyebarkan agama mereka dan sbgnya.


Dan saat ini,saya terfikir.


Adakah merdeka yang kita peroleh sekarang adalah 'percuma'?.Hmm.Masih banyak harus dikorek dari buku-buku sejarah.Apa-apa pun,bersyukurlah kita hidup di Malaysia :).Walaupun pilihanraya kita tak berapa bersih tapi kita tetap negara yang aman dari bencana alam.[Ada kaitan ke?haha] 


Oh ye,tapi semalam ada berlaku gempa bumi di Indonesia dan gegaran dapat dirasa di beberapa negara di Malaysia.Aman aman jugak tapi petanda kiamat dah makin banyak berlaku.Mari menjadi hamba yang lebih baik!

Monday, 29 August 2011

Bertemu kah lagi?

Sepurnama berlalu

Masih diri mu yang dulu atau yang baru?





Setelah 3 kali menyambut hari raya di perantauan,kini saya pulang :)


Selamat hari raya kepada semua yang mengenali saya terutamanya orang2 Mansurah.Mereka yang terlalu banyak memberikan saya kenangan manis.Sentiasa bersama saya susah dan senang.


Taqabbalallahu Minna Wa minkum



Thursday, 18 August 2011

Untuk mereka

Assalamualaikum w.b.t.Kepada rakan2 seperjuangan mentor sekalian,saya ingin meminta maaf kepad semua sekiranya sepanjang kita kenal dan bekerja bersama ada salah silap yg saya lakukan secara sengaja mahupun tak sengaja.

Pesanan saya kepada akhawat sekalian,
Jaga lah diri kamu kerana wanita adalah permata yg sangat berharga.Malam2 kalau takde keje tak payah la keluar.Kalau ada keje,tolong lah gunakan musyrif.Tunjukkan contoh yg baik utk junior2 kita :D

Pesanan saya kepada ikhwah sekalian,
Kalau org mintak jadi musyrif rajin2 lah menyudikan diri dan paling penting rajinlah ke masjid!Lagi2 solat subuh.Ada org pernah berpesan,orang lelaki ada komitmen untuk ke masjid/surau,wanita jangan pilih lelaki yang 'takut' kepada masjid :)

Pesanan saya kepada semua,
Semoga terus thabat bekerja utk Islam!

Saya pun manusia yg lemah,marilah sama2 kita menjadi lebih baik.InsyaAllah.
Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.Ada rezeki,umur yg panjang kita bertemu lagi.

Mungkin kita bukan lah manusia yg paling berjaya,paling bijak di dunia.Tapi sama2 lah kita cuba menjadi manusia yg memberi manfaat kepada org lain.Kalau tiada jasa yg kita mampu berikan,cukuplah jangan menyusahkan org lain.Biar keberadaan kita di muka bumi Allah ini dirasai kegembiraan nya bukan nya di maki kerana jahatnya akhlak.
Goodbyefornow


PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH [Team Medical Daie] :)

Tuesday, 16 August 2011

18/8



Saya seberang sini,awak seberang sana.Kalau nak jumpa kena naik kapal terbang! :D

Setiap yang dikenali
Ada sikapnya yang tersendiri,ada cerita yang terkisah
Biar manis mahupun pahit
Pasti akan dikenang.

Saya juga mempunyai sikap saya sendiri
Sikap yang kadang2 kawan A boleh terima tapi kawan B tak suka
Untuk itu,
Kawan-kawan!Maafkan saya ye!Doakan saya sentiasa akan menjadi lebih baik.
Kalau saya ada hutang tolong lah tuntut.Ok?:-) 

P/s:Saya kasar?




Wednesday, 10 August 2011

Ini jawapan ku

Di satu sudut,terdengar kata-kata,'Benarkah keputusan yang aku putuskan?'.Mengenangkan apa yang bakal ditinggalkan kadang-kadang aku jadi tak keruan.Bersedih sendirian.


Dari satu sudut yang lain aku terbayang-bayang akan wajah-wajah yang cukup merindui ku di sana.Wajah-wajah yang seakan mengerti kepahitan yang aku lalui walaupun jarak  yang memisahkan cukup jauh.


Sudah penat aku mendengar persoalan,'kenapa keputusan ini yang diambil?' sehinggakan aku membiarkan saja persoalan itu tanpa jawapan.Ada masa aku penat untuk bercerita.Mesej yang dihantar berjela-jela aku biarkan.Pujuk nasihat yang diberikan aku dengar dengan hati yang kosong.Andai aku membalas,faham kah mereka pada cerita ku?

Orang kata,'tengok dia tu..tak pernah berputus asa,walau dah banyak benda yang jadi tapi dia tetap teruskan'.Siapa kata aku berputus asa?Siapa kata aku tak tengok dia?Hmmm..kondisi aku dan dia berbeza maka jangan samakan kami.Ini keputusan yang aku ambil,biar berjuta risiko yang mendatang sekali pun aku tak kan pernah menyesal kerana aturan Allah itu sesungguhnya sempurna.

Mak pernah berpesan,jika sesuatu keputusan sudah diambil maka jangan menyesal!Biar pun kemudian nya hanya keburukan yang menjengah.



Mengenangkan masa yang berbaki,melihatkan air mata teman-teman,menerima betapa dalam nya kasih mereka terasa sungguh berat hati ini.Tapi apa kan daya,di sana lebih memerlukan aku dan aku juga sudah penat menjadi 'kambing hitam' :-)


Kalau masih ada yang bertanya kenapa.Ini jawapan ku.


'Sekurang-kurang nya selepas ini kalau mereka rasa susah hati,penat dan rindu ..aku berada di sisi mereka.Mereka bekerja sendiri,menggunakan tulang empat kerat demi aku.Kalau semakin lama di sini,aku sendiri tidak tahu bila masanya aku akan menjadi yang terbaik untuk mereka kerana apabila aku 'diambil' kelak semuanya sudah tak kan sama kerana selepas dimiliki,yang memiliki aku lah yang pertama.'





Jangan pertikaikan jawapan aku.Kerana aku bukan kamu.Kerana kita berbeza.Kerana kamu tak tahu apa di dalam hati ini.


'Mungkin aku bukan orang yang PALING BERJAYA dalam pelajaran, tapi aku punya cita-cita terhadap mak dan ayah ku'.Aku hanya mengharapkan doa dan sokongan dari kalian :)

Sunday, 7 August 2011

Wanita

Pagi tadi saya baca satu akhbar.Seorang artis wanita dikaitkan dengan kontroversi gambar yang kurang senonoh.


Sedih.Kerana wanita sentiasa di eksploitasi.


Sedih.Kerana wanita itu sendiri tidak menjaga maruahnya


'Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah'


Astaghfirullah :(

Friday, 5 August 2011

Kembara hidup


3 tahun lepas,

Keseronokan belajar di sekolah setelah bercuti beberapa bulan selepas SPM tak dapat saya luahkan dalam kata-kata yang jelas mahupun berselindung.Hampir sebulan berada di sekolah baru,menjadi pelajar tingkatan 6 bawah dalam bidang sains.Terasa jiwa sudah tidak dapat menerima.Tambahan pelajar-pelajar satu kelas dengan saya tidak begitu mesra.Lantas saya mengambil keputusan menukar bidang sastera.Segala urusan saya selesaikan di JPN.Masih berbaki satu 'seat' dan alhamdulillah akhirnya terpilih dan saya bertukar ke sekolah baru dalam bidang sastera.

walaupun belajar dalam tempoh yang singkat di kedua-dua buah sekolah tapi saya dapat melihat sesuatu perbezaan dalam kalangan pelajar-pelajarnya.

Sekolah pertama,dalam bidang sains.Sekolah terkawal.Kebanyakan pelajar-pelajar yang bijak.Kali pertama menjejakkan kaki saya berasa sangat janggal.Kebanyakan nya tidak peramah.Masing-masing lebih kepada bergeng.

Sekolah kedua,dalam bidang sastera.Sekolah harian biasa yang popular dengan masalah disiplin dan pelajar-pelajar yang biasa-biasa saja.Namun kali pertama berada di sini sudah cukup membuatkan saya gembira.Disambut oleh guru dengan ramah mesra dan kebanyakan pelajar-pelajar nya suka melayan saya walaupun masih budak baru.

Entah kenapa,tapi saya merasakan bahawa orang yang bijak-bijak ini mempunyai satu sikap yang ego dan mungkin juga berbangga diri.Tak semua.Itu saya setuju.Entah..mungkin hanya saya yang berfikiran sedemikian dan berburuk sangka.

2 minggu berada di sekolah kedua.Sudah ada kawan baik (Ika) dan saya gembira.Di tengah-tengah cerita ini keluarlah satu cerita baru.

'Nak pergi Mesir tak?'

Ketika ini saya masih seorang budak yang mentah.Tidak pandai  membuat keputusan untuk diri sendiri.Dipujuk dan berfikir,akhirnya terbang lah saya ke sini.Mesir,bumi barakah.Bumi para anbia.Bumi yang penuh dengan ilmu.Ada tujuannya kenapa ayah mahu saya ke sini tapi......hmmm.

2008,Istad Gamaah

2009,Syaima'

2010,Kuliah Tibb

2011,Dumyat



Nota 1:Bersambung mungkin?

Friday, 22 July 2011

Rasa

Ada kala perjalanan kita tidak sama dengan orang lain. Mungkin yang membezakan perjalanan kita dengan mereka hanyalah jarak masa.Teruskan melangkah walaupun kadang kala terasa berat.



'Kesemua suhuf Musa adalah pengajaran;

Aku hairan melihat orang yang yakin terhadap kematian,kemudian beliau masih bergembira.

Aku hairan melihat orang yang yakin terhadap neraka,kemudian beliau masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang yakin terhadap kadar ketentuan Allah,kemudian beliau masih kecewa.

Aku hairan melihat orang yang melihat bagaimana dunia memutar-belitkan penghuninya,kemudian beliau masih tenang terhadap dunia.

Aku hairan melihat orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab,kemudian beliau masih tidak beramal' 

(hadis riwayat Ibn.Hibban)


Sehingga hari ini saya sentiasa mengingati pesanan ayah saya

'Setiap musibah yang berlaku adalah kerana kesalahan kita sendiri'.Allah sedang memberi peluang pada kita.Bersangka baiklah pada Allah.Maka,masih ada yang perlu diperbetulkan.


Dah lama rasanya saya tak 'memberi' sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca blog ini.Hmmm dan saat ini pun seperti kaku tangan saya untuk menaip.

Doakan saya terus kuat!

Nota 1:Berpura-pura tabah dan kuat boleh merisaukan orang lain tapi hakikatnya lebih cepat menenangkan kita.

Wednesday, 6 July 2011

Tersorok

Kita selalu nampak salah orang lain,tapi salah sendiri tak sedar.Sebab itu ada orang kata,kawan adalah penting.


Yang salah ditegur
diberitahu
dinasihati


Tapi kadang-kadang
ada kawan yang tak dapat menegur kawan nya sendiri
Tak sanggup?takut kawan marah?bergaduh?tak berani?
Golongan ini termasuklah saya yang sedap menaip


Kerana itu saya sentiasa berharap 


Kawan...
fahami penulisan ku
fahami isi tersirat ku
fahami ekspresi wajah ku
fahami renungan mata ku


Many hearts...


Having so many hearts to look after is not that easy.

Friday, 1 July 2011

Sebulan lagi?


Tinggal sebulan lagi nak puasa.Terlalu cepat masa berlalu.Teringat satu kenangan semasa bulan puasa zaman kecil-kecil dulu.Eh kecil lagi ke masa tu,rasanya dah besar.hihi.

Seperti biasa bulan puasa,menonton televisyen adalah dilarang sama sekali di rumah kami.Kalau nak tengok sangat pun boleh tengok cerita jejak rasul/al-kuliyyah dan cerita yang sewaktu dengan nya.Nak tengok kartun pun macam tak berapa boleh.Bagi peluang kepada si kecil je.

Ayah biasa nya tidur waktu petang,sebelum asar.Haa,masa tu lah kami curi2 bukak tv.Sekali kantoi!Tak sempat tutup tv masa ayah naik.Masa tu ayah tanya.

'Ni lagi takut kat ayah ke kat Allah?'

DUSH! atas muka sebijik. =.=

Itu sahaja.Bye2.Assalamualaikum.Lately rasa macam 'beku' je penulisan.haih~

Jangan asyik tengok tv lah!Pergi baca buku :p








Thursday, 30 June 2011

Membawa...



hati yang lara


Ikhlas dan Istiqamah
Di manakah kamu?
Aku merindui dan aku penat menunggu kamu
Aku mencari-cari 
tapi seperti nya begitu sukar untuk kita bertemu


Allahuakbar.

Monday, 27 June 2011

Botol air


Botol air ini dibeli semasa saya pulang Malaysia Februari lepas-cuti free sebab evakuasi.Sepatutnya penutup dia pun warna biru tapi saya tukar dengan penutup botol air Syakirah,kononnya nak tengok setakat mana kami jaga.Hoh!Saya lah yang cuai :D


Nak dijadikan cerita oleh Allah s.w.t,saya tertinggal botol air dalam bilik exam 18 Jun tempoh hari.Sampai kat rumah baru teringat jadi saya ambil keputusan nak tengok balik pada next exam,23 Jun.Tapi orang kata,di Mesir ni tinggal barang kejap pun boleh hilang.23 Jun kemudian pergilah saya ke gamaah dengan harapan akan bertemu kembali dengan botol air kesayangan tapi kecewa.Dah lesap :-(.Itu lah kali pertama sepanjang exam saya bertahan 3 jam tanpa minum walaupun seteguk air.


Nak dijadikan cerita lagi,hari ini ada seorang mak cik yang jaga exam tiba2 tanya saya ada tertinggal botol air ke tak.Saya dengan muka gembiranya cakap ya.Botol saya disimpan kat syuun tullab :-)


Nak tau saya fikir apa lepas dapat balik botol ni?


Hargai barang yang ada bersama kita selagi Allah masih beri peluang untuk kita hargainya.Sama juga seperti manusia.Sayangi mereka selagi mereka masih hidup.Selagi mereka ada.Satu nikmat yang cukup membahagiakan Allah hantar balik botol air ini kepada saya jadi saya boleh lah nak sayang banyak2 kat dia selepas ni tapi kalau manusia mana mungkin Allah nak hidupkan kembali setelah dicabut nyawa (tak mustahil pun bagi Allah nak hidupkan balik tapi yela kita ikut kebiasaan kejadian Allah :p)


Selepas ini reminder saya dah tak kan berbunyi dengan sia2! :D Sejak hilang botol air saya sering terlupa untuk minum air dengan sebanyak2 nya walaupun setiap sejam water reminder di laptop saya akan berbunyi.Makin sedih ada lah masa berbunyi tu sebab asyik teringat kat botol air.


 Im glad i found u back!

Disebabkan hari ini exam histology jadi sempat lah saya mewarna gambar botol air supaya nanti senang masa pergi syuun tullab.Saya tak tahu apa botol air dalam bahasa arab.hihi.Selamat berkhidmat kembali wahai botol air.I love u! 


Nota 1:Syakirah,mai la kita tukar balik penutup botol ni cepat2 :p