Thursday, 27 January 2011

Cuti!

Assalamualaikum! :)

Hari ini banyak status yang kelihatan semuanya berkenaan cuti.Selamat bercuti semua!Saya ada satu kelas lagi esok,kelas mengukir gigi :D.Cuti saya masih belum bermula tapi hakikatnya saya dah rileks dari minggu lepas sebab banyak kelas yang dah habis.Perancangan cuti tahun ini agak kosong-tak merancang nak ke mana-mana.Bajet macam selalu berjalan,huhu.2 papers masih berbaki,ANATOMY dan BIOCHEM,jadi tak bercuti sangat pun~

Agak terkilan sebenarnya sekarang selepas mendapat tahu nama saya tiada dalam pendaftaran WEB 11.Saya agak keberatan apabila WEB 11 bertukar tempat dari Mansurah ke Kaherah kerana dewan baru (Qa'ah Ibnu Sina) mengalami sedikit masalah tapi memandangkan saya pernah berjumpa sendiri dengan Syeikh Rohimuddin,terasa satu kerugian sekiranya saya tak pergi.Mungkin masalah borang online atau masalah lain,saya sendiri tak pasti.Tarikh tutup adalah semalam dan saya anggap mungkin saya juga yang bersalah sebab tak cek balik nama.Saya anggap Allah memang nak saya stay je kat Mansurah.Huhu.

Harap pihak yang berkenaan sudi merekod diskusi kitab tersebut.Sharing is caring ;)
Kawan-kawan..Jangan lupa,masa lapang kalau tak dimanfaatkan boleh membunuh kita.'Silent killer is waiting for us,watch out people!' Saya sering dibunuh oleh masa,saya sedar :(

Happy holiday guys.


Nota 1: Saya jealous dengan org yang pergi WEB 11 T_T.Kalau korang tak manfaatkan memang rugilah.

Nota 2:Orang yang jaga pendaftaran WEB,jangan terasa ye :).Bukan salah awok pong!hikhik.

Wednesday, 26 January 2011

Kawan baik Vs Kawan yang baik


kita tgh berjalan kat tempat ramai orang.
pastu tiba2 kita tersepak batu pastu jatuh.

respon kawan yang baik :


"eh eh awak ok ke?bangun2.luka x?" *muka serius sambil tolong kita bangun*


respon kawan baik :


"eh??HAHHAAHAHA!!!!!LOLOLOL!" *cepat2 keluarkan iPhone 4 dari poket dan amik gambar kita utk diemailkan kepada bestfriend2 yang lain*


kredit to anis si bunga november.Copy and paste je.Ringkas tp sangat bermakna!Saya mengharapkan kawan baik yang baik :).Terima kasih kawan.Anda semua merupakan pelangi dalam hidup saya.

Monday, 24 January 2011

Gagal.......


'Gagal untuk merancang bererti merancang untuk gagal' -Adakah kita sedang menuju kepada kegagalan?


Ada kaitan ke gambar atas dengan post? @_@


Friday, 21 January 2011

Terima kasih


21012011=21 tahun

Dah hilang angka kosong.Tunggu 10 tahun lagi.Moga2 masih diberi kesempatan.Terima kasih kepada semua yang wish dan mendoakan saya.Alhamdulillah,sekarang dah rasa makin meningkat dewasa.Benarlah orang kata,makin meningkat umur,makin banyak pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan yang kita dapat.

Semakin bertambah umur,banyak perkara yang telah kita pelajari dan ketahui.Ada masa terkenang waktu-waktu dulu,rasa sangat tak matang.Hmmm,apa pun manusia sentiasa boleh berubah.Masa yang berlalu membawa diri kita ke satu tahap yang semakin tinggi sama ada dari segi pemikiran mahupun kelakuan.Jom jadi matang :P

Terima kasih semua.Doakan saya sentiasa tabah dalam kehidupan.


Nota 1:Setahun sudah berlalu.Maaf atas ketidakmatangan diri ini.Setiap org sentiasa belajar utk menjadi lebih baik.Begitu jua aku dan kamu :)

Thursday, 20 January 2011

Rindu

Pantai Tok Bali,Julai 2009

LAGU UNTUK IBU-Brothers

Seorang Wanita Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya



SENTUHANMU-Inteam

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Hari lahir saya semakin dekat dan saya merindui mak dan ayah kerana dengan takdir Allah,mereka dikurniakan dengan kelahiran saya dan adik-beradik yang lain.Umur saya semakin meningkat bererti mereka juga kian berumur.Terima kasih kerana menjaga kami sehingga kami dewasa.Semoga sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagiaan :)


Sunday, 16 January 2011

Masa berlalu


'Yang paling jauh bukan nya bintang,mentari pun bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali lagi.Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.Yang ada hanya hari ini dan akan datang.Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita,sedangkan semalam telah pergi buat selamanya' -Imam Syafie

Sebahagian daripada nasihat Rasullulah s.a.w kepada umatnya ialah:

Waktu itu adalah kehidupan

'Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya(pd hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikan nya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka'

Dipetik dari buku AYYUHAL WALAD yang baru saya belajar pagi tadi.Kalau sesiapa nak pinjam utk fotostat silalah.Tak boleh pinjam utk baca sebab saya sendiri tak habis lagi brguru dengan 'ustazah rock' :P


Nota 1:Exam tunda ke 20 hbln.Exam 2 paper dalam sehari.Yosh!:P

Nota 2:Baru tengok latest pic ziyad,fuyoo,bulatttttt!muka sebijik mcm ummi dia :D.Walau jauh, ziyad tetap dekat ngan acik sebab selalu pakai topi acik bagi.*perasan*Ok,banyak melalut.byebye.Assalamualaikum (^_^)

We can't do everything that we want but at least we can do something :)

4.30pagiMalaysia10.30malamMesir8.30malamMorocco

Thursday, 13 January 2011

MENGUKIR

Assalamualaikum semua!

Beginilah jadinya kalau mengukir gigi ;)

Selamat mengukir gigi untuk gigians!Kami ada masa 3 hari untuk berlatih mengukir sebanyak 6 jenis gigi.

1-Maxillary central incisor
2-Maxillary lateral incisor
3-Mandibular central incisor
4-Mandibular lateral incisor
5-Maxillary canine
6-Mandibular canine

Next exam will be on 16 January.Semasa hari peperiksaan kami hanya akan mengukir sebatang gigi berdasarkan cabutan undi yang dibuat setiap orang dan setiap gigi mempunyai masa tertentu yang diberikan.Paling lama 1 jam 30 minit (rasanya lah).Sekarang perlu tingkatkan skill supaya dapat siapkan dalam masa yang pendek tapi hasilnya kemas!Saya pernah diberitahu,nak jadi dentist sangat senang sakit pinggang.Saya masih belum grad tapi setiap kali ukir gigi pun saya dah merasa sakitnya pinggang.Doakan kami~

Fara,gambar ini diambil dari blog anda ;)

Sekarang saya juga tengah mencari-cari alat ini (tak tahu panggil apa) untuk menguatkan hand grip.Sangat penting hand grip yang kuat supaya nanti senang lah nak cabut gigi korang :D.Kalau sesiapa ada jumpa tolong inform ye,kalau nak beli terus pun boleh.Boleh jadi hadiah birthday *wink*.Ok,nak pergi ukir gigi.Esok ada kelas revision mengukir gigi.Selamat berjaya semua.
Carving a tooth can be fun,yeeaayyyy-ayat Hanis (^_^)

Nota 1:Ade orang cakap,umur dah nak 21 tahun tapi apesal muka macam budak 19 tahun perangai pulak macam orang umur 36 tahun.Apakah? @_@ Maksudnya saya lagi dari matang dari awok lah ye N.A.A.huhu.

Nota 2:Azimah,cepat-cepat sembuh deh :)


Tuesday, 11 January 2011

Terkesan


'Musim peperiksaan boleh diertikan sebagai musim untuk kita mengenal kembali diri kita dan siapa pencipta kita. Hah! Baru kamu tahu langit tinggi atau rendah. Hati menjadi gentar, gusar dan takut. Peluang sebeginilah yang mesti kita ambil untuk muhasabah kembali setiap amalan yang kita lakukan sebelum ini'


Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata : “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


Diambil dari artikel ini.KLIK.


Nota 1:Makin nak exam makin banyak post.Aish,gundah gulana~

Monday, 10 January 2011

Comel-Danbo










Mungkin sesetengah akan anggap ia nya kotak semata-mata.Tak ada perasaan pun tengok tapi bagi sangat kotak ini sangat comel!Nama dia Danbo :)

Next exam 12 Jan.PHYSIOLOGY.Waaaah,banyaknya nak kena ingat.Doakan saya ye.InsyaAllah,marilah bersama-sama kita belajar :D

Siti!jangan malas ye

'Even if you feel soooo tired to seek the knowledge,keep in your mind that this might be one of our greatest deeds that going to be count during the day of judgement.Just imagine Allah is watching you right now and He knows how tired you are,but because of his deen,you keep on moving forward'

Nota 1:Hari ini tak sihat.Bak kata hana,'blockage of nose'.Hana kata,kalau tak usaha makan ubat macam mane nak sembuh.OK!hari ni sila pergi beli ubat ;)

Nota 2:Ada orang penting nak datang Mesir summer ni.Semoga dipermudahkan segala urusan.Menghitung hari :)

Saturday, 8 January 2011

Rasailah.....


Dosa itu abstrak.Kalau dicari sampai ke lubang cacing sekali pun pasti tak kan nampak bagaimanakah rupanya sang dosa.Tapi jangan sebab tak nampak,kita buat 'derk' dengan perkara-perkara yang boleh menambahkan dosa.Kenapa saya kata TAMBAH?Sebabnya kita bukan maksum macam nabi.Suci dari dosa.

Kita tak boleh nampak dosa tapi Allah kurniakan hati.Hati dan naluri untuk merasai sesuatu yang tersirat mahupun tersurat.Masih tenangkah hati kita setelah melakukan dosa?


' .......Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram'
Ar-Ra'd:28

Katakanlah,'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dia lah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang'

AZ-ZUMAR:53

Astaghfirullah...


Nota 1:Nak 'berehat'lah kejap.Bahasa hati mula bermain2 di benak fikiran :(

Friday, 7 January 2011

EXAM EXAM



Saya dalam fatrah exam sekarang ini dan percaya tak kalau saya kata orang nak exam selalunya emosi tak stabil sangat.Mesti percaya,kan?kan?Sebab kita semua merasainya :)

'Arrgh,banyak lagi tak baca!'

'Cuaknya,doktor cakap banyak chapter masuk'

'haih,hari ni kena masak pulak'

'Menyesal!menyesal!hari ni tido banyak sangat,tak sentuh buku kottt'

'Eh,entah bila nak pergi ziarah adik SC'

Dan macam-macam dialog lagi kita boleh dengar.Masa nak exam ini juga lah tiba-tiba rasa macam banyak benda tak dapat nak buat.Itu lah,ini lah sehinggakan kita lupa kita telah mengabaikan insan-insan di sekeliling.Jangan lupa ye kawan2,study study juga tapi hak orang lain jangan kita buat2 tak endah.Peringatan untuk kita bersama ;)

Hmm,masa berlalu dengan sangat pantas.Sudah beberapa bulan kita belajar dan tak lama lagi dah nak final.Cepat sangat pulak rasanya.*cuak*.Ok kawan2!Doakan saya berjaya untuk next exam!Pernah tak korang rasa dah banyak baca tapi bila nampak soalan exam terus lupa amende yang dah dibaca.Sedih kan kalau macam tu?Tapi tak apa,USAHA TANGGA KEJAYAAN.Chaiyok!Allah ada bersama kita,jangan risau.Pergantungan padaNYA yang paling utama~


Nota 1:Tak ber'break' mane la cuti ni sebab ada 2 papers lagi menanti selepas cuti..fiuh~

Nota 2:Rasa macam nak pergi Sinai lagi tahun ni sebagai 'manusia biasa'.Hmmm...

Wednesday, 5 January 2011

Chewing gum

Assalamualaikum semua! :)

Ada satu perkara saya nak ingatkan kepada semua.Kalau makan chewing gum sila berhati-hati ye jangan sampai tertelan.24 Disember lepas saya ke Kaherah untuk pilihanraya pusat.Sebelum bertolak pulang,saya tertelan chewing gum sebab masa tu tengah bergelak ketawa dengan kengkawan yang buat lawak.Bajet macam dah masuk dalam lah konon.Esoknya saya tak sihat,sakit kepala.Rasa satu badan penuh dengan angin.Bermula hari itu juga saya mengalami satu masalah.Seminggu saya sengsara.Setiap kali makan saya rasa sakit dada dan seperti tercekik.Tapi serius!Tak ingat langsung pasal chewing gum tersebut.

Tahun baru,1 Januari 2011.Saya ke library sebabnya esok nak exam dental materials.Entah kenapa asyik rasa nak muntah jadi saya stand by je lah kat dalam bilik air.Tiba-tiba....

Buweek!Tak ada apa yang keluar melainkan chewing gum.Fikiran saya berputar-putar teringat cerita 24 Disember lepas.Seminggu chewing gum tu ada dalam tekak saya.Alhamdulillah,saya masih hidup.Im alive.

Kisah ini benar-benar membuatkan saya terfikir.Nikmat sihat itu sesungguhnya sangat bernilai.Apabila dengar kawan-kawan ucap 'syafakillah siti',macam nak menangis je .Tapi sakit itu kafarah dosa,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.Kalau kita bersabar,insyaAllah dapat hadiah dari Allah :)

Bersabar ye kawan!


p/s:Exam seterusnya 9 jan ni.Doakan saya ye! (^__^)