Wednesday, 5 January 2011

Chewing gum

Assalamualaikum semua! :)

Ada satu perkara saya nak ingatkan kepada semua.Kalau makan chewing gum sila berhati-hati ye jangan sampai tertelan.24 Disember lepas saya ke Kaherah untuk pilihanraya pusat.Sebelum bertolak pulang,saya tertelan chewing gum sebab masa tu tengah bergelak ketawa dengan kengkawan yang buat lawak.Bajet macam dah masuk dalam lah konon.Esoknya saya tak sihat,sakit kepala.Rasa satu badan penuh dengan angin.Bermula hari itu juga saya mengalami satu masalah.Seminggu saya sengsara.Setiap kali makan saya rasa sakit dada dan seperti tercekik.Tapi serius!Tak ingat langsung pasal chewing gum tersebut.

Tahun baru,1 Januari 2011.Saya ke library sebabnya esok nak exam dental materials.Entah kenapa asyik rasa nak muntah jadi saya stand by je lah kat dalam bilik air.Tiba-tiba....

Buweek!Tak ada apa yang keluar melainkan chewing gum.Fikiran saya berputar-putar teringat cerita 24 Disember lepas.Seminggu chewing gum tu ada dalam tekak saya.Alhamdulillah,saya masih hidup.Im alive.

Kisah ini benar-benar membuatkan saya terfikir.Nikmat sihat itu sesungguhnya sangat bernilai.Apabila dengar kawan-kawan ucap 'syafakillah siti',macam nak menangis je .Tapi sakit itu kafarah dosa,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.Kalau kita bersabar,insyaAllah dapat hadiah dari Allah :)

Bersabar ye kawan!


p/s:Exam seterusnya 9 jan ni.Doakan saya ye! (^__^)

2 Kata-kata hikmah:

nasiayam said...

1 pengajaran yg baik ntuk sume,thanks ti..kalu sy tmbh 1 lg pengajaran bleh?hehe...

"jangan tergelak masa makan".berckp takpe,gelak tuh berhati2.=P.takpun,kuatkan smgt!!tahan perasaan geli hati bile kengkawn buat lawak.

thanks sbb slalu doakan sy.=).sy doakan yg terbaik ntuk awk jgk exam nnti.moga Allah permudahkan urusanmu wahai mek ti ku syg.

bintang27 said...

len kali jangan makan dah chewing gum tu... tak elok,, siasat dia diperbuat daripada apa...