Thursday, 27 January 2011

Cuti!

Assalamualaikum! :)

Hari ini banyak status yang kelihatan semuanya berkenaan cuti.Selamat bercuti semua!Saya ada satu kelas lagi esok,kelas mengukir gigi :D.Cuti saya masih belum bermula tapi hakikatnya saya dah rileks dari minggu lepas sebab banyak kelas yang dah habis.Perancangan cuti tahun ini agak kosong-tak merancang nak ke mana-mana.Bajet macam selalu berjalan,huhu.2 papers masih berbaki,ANATOMY dan BIOCHEM,jadi tak bercuti sangat pun~

Agak terkilan sebenarnya sekarang selepas mendapat tahu nama saya tiada dalam pendaftaran WEB 11.Saya agak keberatan apabila WEB 11 bertukar tempat dari Mansurah ke Kaherah kerana dewan baru (Qa'ah Ibnu Sina) mengalami sedikit masalah tapi memandangkan saya pernah berjumpa sendiri dengan Syeikh Rohimuddin,terasa satu kerugian sekiranya saya tak pergi.Mungkin masalah borang online atau masalah lain,saya sendiri tak pasti.Tarikh tutup adalah semalam dan saya anggap mungkin saya juga yang bersalah sebab tak cek balik nama.Saya anggap Allah memang nak saya stay je kat Mansurah.Huhu.

Harap pihak yang berkenaan sudi merekod diskusi kitab tersebut.Sharing is caring ;)
Kawan-kawan..Jangan lupa,masa lapang kalau tak dimanfaatkan boleh membunuh kita.'Silent killer is waiting for us,watch out people!' Saya sering dibunuh oleh masa,saya sedar :(

Happy holiday guys.


Nota 1: Saya jealous dengan org yang pergi WEB 11 T_T.Kalau korang tak manfaatkan memang rugilah.

Nota 2:Orang yang jaga pendaftaran WEB,jangan terasa ye :).Bukan salah awok pong!hikhik.

2 Kata-kata hikmah:

Anonymous said...

x po siti...
awk jago mansurah deh
sume aore tingga mansurah sapo nk jago...
hehe
gunakan masa cuti ngn sebaiknya
boring2 gak g la jjale umah pakwe awk^^

~ajwah~

Nur Raihan said...

hehe.insyaAllah~
takdi saya baru jupo pakwe sayo,bulat gote putih llepok :D

selamat bercuti!