Sunday, 16 January 2011

Masa berlalu


'Yang paling jauh bukan nya bintang,mentari pun bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali lagi.Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.Yang ada hanya hari ini dan akan datang.Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita,sedangkan semalam telah pergi buat selamanya' -Imam Syafie

Sebahagian daripada nasihat Rasullulah s.a.w kepada umatnya ialah:

Waktu itu adalah kehidupan

'Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya(pd hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikan nya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka'

Dipetik dari buku AYYUHAL WALAD yang baru saya belajar pagi tadi.Kalau sesiapa nak pinjam utk fotostat silalah.Tak boleh pinjam utk baca sebab saya sendiri tak habis lagi brguru dengan 'ustazah rock' :P


Nota 1:Exam tunda ke 20 hbln.Exam 2 paper dalam sehari.Yosh!:P

Nota 2:Baru tengok latest pic ziyad,fuyoo,bulatttttt!muka sebijik mcm ummi dia :D.Walau jauh, ziyad tetap dekat ngan acik sebab selalu pakai topi acik bagi.*perasan*Ok,banyak melalut.byebye.Assalamualaikum (^_^)

We can't do everything that we want but at least we can do something :)

4.30pagiMalaysia10.30malamMesir8.30malamMorocco

1 Kata-kata hikmah:

bintang27 said...

benda y paling besar nafsu...