Tuesday, 11 January 2011

Terkesan


'Musim peperiksaan boleh diertikan sebagai musim untuk kita mengenal kembali diri kita dan siapa pencipta kita. Hah! Baru kamu tahu langit tinggi atau rendah. Hati menjadi gentar, gusar dan takut. Peluang sebeginilah yang mesti kita ambil untuk muhasabah kembali setiap amalan yang kita lakukan sebelum ini'


Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata : “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


Diambil dari artikel ini.KLIK.


Nota 1:Makin nak exam makin banyak post.Aish,gundah gulana~

2 Kata-kata hikmah:

sinar_islami said...

Moga Allah beri ketenangan :)
Aih lusa nak exm sempt lgi akak blog walking ni..
Doakan akak ye...
All da best..

Nur Raihan said...

ameen :)

good luck kak sha!doakan ct jugak~
all the best.