Friday, 25 March 2011

MATI

Satu perkataan yang boleh menggerunkan sesiapa.

Saya seperti kehilangan idea untuk update blog.Kehilangan spirit mungkin?Tapi hari ini saya tersentap dengan perkhabaran tentang kematian seseorang yang baru saya kenali.Ada tenang di wajahnya dan masih tergambar senyuman yang dihadiahi saya saat kali pertama bertemu.Di sebabkan kami saling mengenali dan saya sangat rapat dengan anak arwah yang saya anggap seperti keluarga sendiri,saya tak dapat menahan air mata.

Cukuplah mati sebagai peringatan buat kita yang masih hidup.Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.Tolong sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan mendoakan Kak Tonah serta keluarga terus kuat.

Semoga bertemu Pemiliknya dalam keadaan yang indah,insyaAllah.

0 Kata-kata hikmah: